Sabtu lepas, kami sekeluarga menziarahi Tok Wan yang sakit tenat. Semasa kami melihatnya, keadaan sangat uzur tapi agak stabil. Dan Ahad petang kami balik ke KL.
Isnin malam kami terima berita semula keadaannya tenat semula. Suami dan abang ipar bertolak ke Gerik dan tiba disana jam 4 pagi. Keadaan Tok Wan memang uzur. Selasa petang suami pulang semula ke KL.
Malam tadi, Tok Wan telah kembali kerahmatullah dan suami bertolak ke Gerik menumpang kereta sepupunya dan sampai di sana jam 3 pagi. Kini suami masih berada di Utara sehingga hari Sabtu ini.
Semoga Tok Wan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah buat Tok Wan.

2 comments:
Salam. Takziah untuk Farra sekeluarga. Kehilangan insan yg disayangi pasti memeritkan. Moga Allah berikan ketabahan. Moga roh arwah dicucuri rahmatNya
Assalamualaikum
Takziah untuk farra sekeluarga.Moga roh arwah ditempatkan dikalangan insan-insan soleh.
Al-Fatihah
Post a Comment