Sunday, March 30, 2008

Before you retire, SAVE

Sepatutnya Sabtu nak berjalan ke housewarming Zila. Tapi memandangkan sibuk mengemas rumah dan ditambah suami baru balik outstation, kami tak kemana-mana. 2 hari ni mengemas aja. Itupon banyak lagi nak kene kemas, minggu depan sambung lagi. Saya ni jarang tidur siang, tapi petang semalam dah tidur sebab letih sangat. Lepas solat Subuh menyiapkan Cream Puff kemudian mengemas sampai waktu lunch. Lunch pulak masak nasi aje, sebab bahan-bahan mentah semuanya tiada (belum beli lagi). Jadi, Cik Abang belikan lauk siap aje.
Disebalik keseronokan anda melihat projek ubahsuai rumah saya ini, ingin saya kongsikan apakah lagi yang saya 'mahu' tapi tak buat disebabkan dorongan Adam Khoo. Sebelum membeli 2 persoalan perlu ditanya, 1) Adakah barang tersebut kemahuan atau keperluan? 2) Jika barang tersebut tidak dibeli, adakah ia menjejaskan hidup?. Disebabkan Jawapan 1) Kemahuan dan 2) Tidak menjejaskan hidup, jadi saya let go that items:
1) Ubahsuai tandas bawah. Jangan terkejut masih berwajah lama walaupun dikelilingi kengkawan baru (dapur + bilik)
2) Jubin bercorak / berbunga antara jubin dinding. Anda perasan kan jubin dapur saya semua satu warna?
3) Dapur plaster siling. Tanpanya, saya masih boleh membuat kek!
4) Awning baru (pergola / skylight) untuk bahagian car porch. Masih dengan awning asal masa kami beli rumah ni last 3 years (sekarang ni memang dah tak jumpa le), dengannya kain kami jemur di waktu siang masih tak kene hujan. Alhamdulillah.
5) Hard tiles untuk car porch. Tanpanya, kami masih hidup bahagia dan boleh parking 2 kereta.
Mungkin ada yang berpendapat, alang-alang renovate, buat je semua. Opps..kami tak mungkin. Bayangkan jika kita kehilangan kerja, adakah duit simpanan sekarang cukup untuk 6 bulan? Bagaimana jika berlaku hal kecemasan lain yang memerlukan wang banyak? Jika semua duit simpanan digunakan, soalan tersebut pasti sukar dijawab. Oleh itu, saya bayangkan saya tak dapat bonus pon :p
Adam Khoo menyarankan, jika barang tersebut 'luxury' kita disyorkan menggunakan pendapatan pasif anda. Jadi, dalam kebanyakkan senarai di atas, saya memandang no (4) adalah projek terdekat dan sasaran saya menggunakan pasif income saya. Entah berapa bulan agaknya eheheh :D. Yang lelain tu belum ada perasaan :D
Nak tengok rumah kita meh la sini.
Sebagai penutup, sama-sama kita renungkan:
Before you spend, earn (not borrow )
Before you write, think
Before you speak, listen
Before you criticize, wait
Before you die, give
Before you retire, SAVE
Hubungi Bijak Ringgit untuk simpanan hari tua atau pengajian anak-anak kita di masa hadapan.

Thursday, March 27, 2008

My rennovation contractors & BD

Assalamualaikum,
#1
Since few people already ask the same questions..I think I’d like to share the info with all of you. My contractors for this Debt – Free renovation are:
1) Architect – Hj Azhari, Architect panel MPS
2) Main contractor – Mohd Zain Abdullah
3) Kitchen Cabinet – Hoyin Kitchen
4) Aluminum sliding door (10 X 7 feet)– Reliance Metal
5) Grill wrought iron (10 X 7 feet) - MyDelux

Later I share the total costs with itemized billing and the pictures pulak okey. Appreciate your patience. ;)

Thanks a lot to them!!

#2
I had made another achievement today, donate blood , very first time of doing this. I've shared a year ago that my 2 attempts failed due to 1st - not enough iodine in blood and 2nd-breastfeeding. I went to Menara TM & did the donation ALONE without any moral supporters. I really determined to do it as I've sacrificed my Puasa Sunat today. Initially, I planned to go with my 2 great subordinates who have the experience in this. However, due to the morning meeting with GM, they have gone Menara earlier. What else i can say? ALHAMDULILLAH. I 'm more than happy. I just informed hubby in late evening (he still on outstation at PD until tomorrow). While laying on the bed, I was having chit chat with the nurses (sis, u all very good!!). They said most of the donators are Chinese. Many other individuals are not aware on the importance of doing this. They are many MYTHS that may hinder people to do it. Example..this is what people said when I'm going to donate..
Eh ..tak takut sakit ker?
Kalau dah donate sekarang..ko kene selalu mantain derma gak at least once in 3 months
Eh..tak takut badan gemuk ker?

My responses:
Kita tak tahu bila kita perlukan darah..mungkin kalau terjadi sesuatu pada kita/keluarga baru kita sedar nak menderma.
Anda tak menderma darah pon boleh gemuk. Ehem, tak jaga makan dan bersenam ker?

I'd like to campaign..if you are healthy and qualified, go ahead! Tabung Darah Negara memerlukan darah anda.

Anyway, tak sakit pon. Kejap sgt ;)

Wednesday, March 26, 2008

Selasa pon indah juga ;)

Semalam saya bercuti. So apa yang telah saya buat?

1) Mandikan, bagi sarapan dan hantar Mus'ab ke sekolah. Kali terakhir saya hantar dia ke sekolah ialah masa 1st day. Bestnyer kalau jadi surirumah, boleh hantar sendiri anak ke sekolah.

2) Gi Public Mutual kejap kat damansara

3) Gi withdraw duit untuk bayar wrought iron for door grill. Sekarangkan tak guna Credit Card :D

4) Sehari suntuk duduk rumah sendiri sebab monitor 2 kontraktor:
4.1) Mydelux pasang Wrought iron grill. FYI, kami ubahsuai juga pintu masuk umah iaitu Sliding Door RM2800 dan Wrought Iron Grill RM1960. --> psst..yg ni tak frugal, jangan contohi
4.2) Hoyyin Kitchen dah pasang Kabinet Dapur saya dari jam 11 pagi sampai 6 petang.
Mawaddah ada bersama saya sepanjang di rumah. Saya suka :D

5) Lepas siap semuanya saya, suami dan emak mengemas umah. Badan sakit-sakit dek mengemas sampai kui 9 malam. Itupun banyak lagi nak kemas. Kami belum pindah umah sendiri lagi. Sebab today suami gi outstation. So cadangnya nak pindah Sabtu ni.

6) Sebelum tidur, buat kerja sekolah ngan Mus'ab.

Alhamdulillah, my Debt -free rennovation is almost complete. I will share the pictures later ok. So, I guess my SmileyCakes will start its operation this coming Sunday. Dah dpt order pon.

I also shared Cheesecakes tips in SmileyCakes. More tips and recipe will be shared later. Happy surfing ;)

Saturday, March 22, 2008

Beautiful Saturday

Mini celebration

Buat sambutan kecil sempena Hari Jadi Mawaddah. Beli kek American Choc 500gm dari King's Confectionary berharga RM29. Actually, harga agak murah dari Secret Recipe. Tapi,nak beli SC besar sangat. Bila beli King's kecil, itupon susah nak habis, rasa pon kureng. Buat sendiri lagi sedap. Macam tak percaya pembuat kek pon kene beli kek untuk anaknya sendiri. huhuhu

Designer Hood

Alhamdulillah, khamis dan jumaat terkeciwa. Tak sangka cuba nasib hari Sabtu kami dapat yg ini. :). Kat luar harga RM1300, kami dapat RM500. Suction Power: 900m3 / hr


Beli hari Sabtu senang sangat kat Elba Clearance Sales tu. Tak ramai orang. Banyak juga barang baru dikeluarkan terutama jenama Rubine. Paling excited tengok built in oven RM1200 jek. Ada yang kurang RM1000 pon ada. Built in hob Rubine pon menarik! So, tahun depan siapa nak beli boleh target Elba Clearance ni lagi. Peti sejuk yang besar tu ada, mesin basuh ada, ala..semua ada. Very very good bargain. Excited terus call K. Nita. :D K. Nita beli apa?
Rumah

Alhamdulillah, grill dah pasang. Pintu juga sampai hari Sabtu, tapi malangnya ukuran tak tepat. Kontraktor kene pulangkan balik pintu tu kat kilang. Disebabkan dah dapat jimat kat Hood, saya pon jalan gi kedai langsir. Beli rod kayu gantikan rod besi untuk langsir ruang tamu. Harga ok =RM10/square feet kalau kedai SC curtain RM15/square feet. Untuk tingkap belakang memang teringin nak pasang rolling blind curtain. So, dah tempah corak bunga. Harga untuk 3 panel RM256, saya minta kurang dapat RM240. Knape nak langsir jenis gini? Sebabnya, pintu tingkap dapur dah rapat ngan rumah belakang. So, bila malam pasang lampu, orang belakang boleh nampak. Susahla aurat kita, so kita bleh tutup guna curtain tu bila malam ;) Khamis ni insyallah semuanya akan dipasang termasuk Kitchen Cabinet. Dah kata bos, Khamis nak cuti. Semalam Jumaat, saya memula cuti (approved) tapi cancel sebab kesian bos-bos semua manager cuti, kang tade orang bantu. Memang btol jam 5pm++ ada sedikit tugas dapat bantu bos besar. Kesian Bos kerja banyak, jgn stress-stress ok.

Thursday, March 20, 2008

Cerita Maulidul Rasul

Elba Clearance Sale

Menakjubkan! Saya agak terkilan dan kecewa kerana sampai jam 11 pagi, my designer Hood dah hampir sold out. Very limited units, masa kami sampai tinggal lagi 1 jenis harga RM600 sorang kakak dah book dan 2 jenis saja yg berharga RM500. Asyik dok berdiskusi ngan suami, couple lain dah kebas dulu. Then tinggal lagi satu je yg kurang elok. Kecewa. Saya pon terus berjalan tengok barang-barang lain. Orang ramai macam kat Chow Kit! Akhirnya saya beli 2 benda:
1) Blender Faber harga RM67, normal price RM99. Saya nak guna blender ke2 ni untuk blend makanan tak pedas macam cheesecake etc. Selama ni Peach cheesecake yg sy buat pinjam blender emak. Kini belnder emak dah dipulangkan.

2) Rice cooker mini Faber harga RM44. Ini RC pertama kami beli tapi RC ke 3 kat umah ( 2 yang ada ni saiz besar hadiah kawin). Selama ni kami masak nasi guna periuk kecil atas api, kadang-kadang kalau lupa/leka buat kerja lain, memang pernah nasi hangus!

Nak tengok designer hood yg saya melepas tu?? uh uhhh daku terkeciwaaaa
Yg ni harga offer RM500!!! Yg ni la saya idamkan dulu ingat tak? Harga kat luar RM1200

Yg atas ni harga RM600!!! Harga kat luar RM1400. Pesanan untuk kakak yg tadi tu kalau dia terbaca my blog " emm kak I jeles la ngan uuuu"
Kalau tak percaya pergila tg Elba website.
Pengajarannya:
1) Walau rumah dekat, jangan leka, gi cepat-cepat kalau tak melepas. Ni pesanan untuk bakal-bakal penghuni rumah baru like Zuraini, Kak Nita, Hany kot? :D
Anyway saya bersungguh tanya orang kedai tu, esok tak keluar lagi ker? Dia jawab "Tak". Entah btol entah tidak, tapi saya dah minta tolong Abah pergi dok terpacak kedai tu esok pagi jam 9pagi, kalau ada terus beliiii..so nantikan ceritanya esokk
psst....Hany, awak beli apa?
Mawaddah 2nd year Birthday
Hari ini juga merupakan hari jadi Mawaddah ke 2. Tiada sambutan istimewa lagi memandangkan kami belum berpindah ke rumah sendiri lagi. Lagipon hari ini agak sibuk bershopping di Elba, mengemas rumah dan memasak 2 talam Kuih Kole Kacang untuk diberi kepada jiran dan ke Markaz sempena Sambutan Maulidur Rasul.
Alhamdulillah saya bersyukur. Allah memberi kekuatan, kesabaran dan peluang untuk menyusukan siputeriku ini walaupun seringkali masa diriku ini terhad dengan keperluan tugas harian dan tugas sambilan. Saya masih menyusukannya sehingga hari ini dan tidak merancang untuk menghentikannya sehingga Allah sendiri menentukannya apabila tiba masanya. Sayang, mama always luv u.
Happy Birthday Mawaddah ;)

Wednesday, March 19, 2008

GOOD

Tomorrow, I'm going to Elba Warehouse Clearance to find the suitable Hood at bargain price for my KC. Millionaires usually shop at discounted price. Note that I’m not millionaire..but in process of becoming a debt free khalifah Allah :D Thanks Ayu for giving this link to me ;) I really appreciate it
Alhamdulillah!The sweets always coming in our live.. Thanks Allah for giving s satisfactory life for me..good ESOS..good family..goof MAPS 2007..good bosses..good officemates..good company…good parents..good friends..there are thousands of good things is coming..I believe in you

Sunday, March 16, 2008

Masih pembikinan

Assalamualaikum


Dah lama saya tak update cerita projek ubahsuai rumah saya. Ada la beberapa kengkawan terutamanya pelanggan SmileyCakes mula bertanya khabar dapur saya. Sebenarnya projek ubahsuai ni tertangguh sekejap lebih kurang dalam 1minggu ++ disebabkan kontraktor saya (bos) jatuh skit dan masuk hospital. Jadi, kami pon tadelah push sgt, kami pon tak susah apapon sgt. Dan Khamis lepas baru bersambung balik kerjanya.

Sabtu dan Ahad ni kerja kami memang pulun mengemas, mengelap, mencuci rumah atas, rumah bawah, bilik air & dapur, senang citer seluruh pelosok umah. Bila dah rennovate, faham2 la habuk nyer merata Yang belum siap hanya pintu, grill & KC. KC akan pasang lagi 2 minggu. Semalam Hoyin Kitchen dah mai ukur semula. Insyallah minggu depan kami mungkin pindah masuk umah.


So, sini ada sket gambar umahkuuu

Dari arah belakang..tengok ni..dapur dah cat..cam biasa cat kami berasakan warna krim brownish. Pintu ke arah belakang..buka pintu dapur je terus nampak umah mak. Kipas sedut tu pon dah pasang.
Dapurku lama yang dah bertukar jubin baru. Semuanya ala-ala warna brownish.
Table Top pon dah siap..warna coklat gelap..warna cat pon ala-ala brownish.



Sebelum masuk pintu dapur..kami letak satu paip kot-kot nak basuh kaki sebelum masuk rumah.

Tingkap pon dark brown..tingkap bilik kami pilih yang jenis 'sliding' while tingkap dapur kami pilih yang jenis 'push out'

Memang penat mencuci2 umah ni..hanya saya & suami yang buat. Sedang kami mencuci & dah bahagi tugas awal2..yang si adik beradik pon 'mengemas' untuk menambah our cleaning chores. Lepas mencuci gi amik T-shirts & melawat Maksu husband yang baru dapat baby kat Paya Jaras.

T-shirt ada design baru!! mehla tgk Nisa Store..konfem cantikk..saya pon amik jugak.

Malam tadi baru abeh baca The Total Money Makeover by Dave Ramsey. I'm so excited to start my Total Money Makeover.

Wednesday, March 12, 2008

I got the answer peep!

Finally I got the answer why I have the extra income tax to pay in 2005. I just received my EA statement in 2007 this morning and discussed with a good friend of mine about this.

The answer is simply about the ESOS, the ESOS was offered in 2005 but I only exercise it in 2007. LHDN recalculate my tax according my annual income in 2005 + my ESOS return , and the balance amount that I have to pay is RM294.68.

I really understand this. When we cannot assume that we got the whole return when the investment says the return is XX%.
We shall calculate in this way the real rate of return : Return- Infation rate - Income Tax rate.

The real formula will be shared to you soon as I left the formula at home. So please note, the important note is inflation erodes the real rate of return (that is, the return less the inflation rate) from an investment.

I simply love the day, I learn something.

Tuesday, March 11, 2008

2 lessons for today

Just to share 2 stories today.

First, I paid the MPS fee after the overdue date. I delayed the payment it until we are moving to my mom's house last 3 weeks whilst the bill is left at our house. When hubby asked about it last week, then I just realized I’m yet to pay the bill. So, instead of RM153, I paid RM161. (difference of RM8=2 days lunch meal). Paid last 2 days. This is what we call ‘cost of procrastination’. Isn’t a good lesson?

Second, I received a letter from LHDN requesting for another RM295 of income tax payment in year 2005. Ironically, I also get the same amount of the refund lat year from LHDN for my excess payment of tax in year 2006. Aiseh menn, I can’t find any records of the payment in 2005. So, by this time I should establish one dedicated file just for Income Tax, not to mixed up with other monthly house or personal bills. At this point of time, I’ve pay any cent for the income tax. A friend advise to just pay it and don’t make any appeal because sometimes the figure will be higher after they have make further investigation..selongkar sana sini la..adehh . This thing really bother me laa.. RM295 can support my one-month fuel.

Hope you also learn something from my experience.

Sunday, March 9, 2008

Investment Self-Checking

Pelaburan pertama saya?

ASB.

Tahun berapa tu?

Dah lama sangat masa tahun 1998 kot.

Pelaburan yang ada sekarang?

Ada 2 aje, iaitu ASW dan Public Ittikal. ASW nak gi tutup bulan ni dan pindah semua masuk UT.

Pelaburan akan datang?

Insyallah dalam masa terdekat , saya ada 3 sasaran pelaburan.

Mengapa saya membuat pelaburan?

Untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi dan menjadi kaya untuk masa depan.

Mengapa anda nak menjadi kaya? Or in English, Why you want to be rich? (latihan Chapter 3 dr buku ‘Secrets of Self-Made Millionaires”:

1. Buat umrah dan haji (buat masa ni dah cukup nk buat haji tapi tunggu hubby cukup fundnnya ;) )

2. Wang yang cukup setelah bersara (retirement fund)

3. Wang yang cukup bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak (5 orang insyallah) (education fund)

4. Bersara awal

5. Melancong bersama keluarga ke beberapa tempat menarik

6. Membantu keluarga dan individu yang memerlukan (kagum dengan orang kaya-kaya yang banyak membantu seperti Tan Sri Syed Mokhtar)

7. Kehidupan yang tenang dan tiada tekanan

Note: Saya baru sampai chapter 9 out of 20. Adam challenged me to finish the book in 10 days or less. Today is on day 3, quite slow huh? :D banyak gangguan + surfing + update blog + election + selsema + batuk teruk.

Rasa macam nak tag any bloggers. Sila sila.

Friday, March 7, 2008

Frugal achievement

My frugal achievement this week:
1) Tak keluar duit belanja makan pagi dan tengahari selama seminggu. 2 hari sebab cuti. 1 hari makan sponsor oleh syarikat semasa workshop. 2 hari bawa bekal termasuk hari ini. Lauk hari ni daging masak kicap (macam biasa malam tadi masak lebih)
2) Cuti hari Selasa kene ambil periksa. Instead of naik kereta , saya naik motor (tumpang suami) dan balik naik LRT & KMT, jimat duit minyak kereta & parking :p .
3) Semalam cuti..membeli barang keperluan rumah, diri sendiri dan keluarga pada harga diskaun: J Card day di Jusco Metro Prima. Sepatutnya kene beli ikut senarai ‘to buy lists’ tapi ada satu benda tiada dalam list yang dah terbeli iaitu a long pant for my self harga selepas 70% RM17.90. Kene tolak sket markah ‘Frugal’ :p

So what’s your achievement for this week or maybe for the past 2 week or one month? Acknowledge yourself!

Yahoooo pengumumam bonus dah keluar. Let’s dream what will be our bonus number? And let’s plan how are you going to spend it? Dream big..dream is free.

Pstt..utk esok, selamat mengundi! Abang saya pon dah selamat sampai kgnya di Kulim untuk mengundi. I'm gonna miss u bebeh

Wednesday, March 5, 2008

Kupasan Jutawan! @ Radio 24 , Rabu, 5 Mac 2008

Rancangan : Bicara Jutawan
Hos: Dr Irfan Khairi
Saluran radio:
Radio 24
Jam/Tarikh : 7.15 malam- 8.00 malam, 5 Mac 2008
Ikon jutawan jemputan: Abang Abu


Abang Abu menjadi jutawan ketika berumur 26 tahun. Beliau berasal dr Malaysia tetapi kini menetap di Singapura. Ikut sedikit kupasan ilmu yg dikongsi sebentar tadi.

Dua cara utama yang dikongsi sebentar tadi adalah melalui pelaburan:
1) Pelaburan melalui saham atau unit amanah. Beliau mencadangkan pelabur membuat 3 jenis pelaburan dan tidak hanya meletakkan duit ke dalam satu pelaburan. Yang pertama, pelaburan jangka masa panjang iaitu 10-15 tahun. Ini boleh dibuat dengan pelaburan yang sedikit tetapi berterusan setiap bulan untuk mendapat faedah prinsip ‘dollar cost averaging’. Yang kedua, pelaburan kurang 5 tahun dan yang terakhir dalam masa setahun.
Faktor yang penting dalam pelaburan ini ialah strategi ‘offensive’ + ‘defensive’. Dalam masa kita membuat strategi ‘offensive’ yakni ingin pulangan yang tinggi/memuaskan, kita juga perlu ada strategi ‘defensive’ iaitu kita perlu defend/protect diri kita. ‘Protect’ melalui cara mendapatkan ilmu tentang apakah pelaburan yang kita masuk. Ramai orang yang tidak mempunyai cukup ilmu hingga menyebabkan mereka melabur tanpa berfikir panjang. Kerana itulah ramai terjerumus ke pelaburan haram seperti pelaburan internet haram dll.

2) Pelaburan hartanah. Beliau buat masa ini telah memiliki 6 hartanah. Keuntungan diperolehi dari ‘capital appreciation’ iaitu harga asset akan meningkat dan ‘rental income/sewa bulanan’. Pastikan sewa bulanan anda lebih dari harga bayaran pinjaman rumah setiap bulan. Faktor penting dalam pelaburan ini ialah LOKASI, LOKASI, LOKASI.

Beliau turut mengupas 8 cara untuk menjadi jutawan:
1) Keputusan. Kita semua perlu membuat KEPUTUSAN! Dan kemudian perlu ada KOMITMEN terhadap keputusan yang dibuat. My guru finance shared 'Decisiveness is a characteristics of high performers. Almost any decision is better than no decision at all!'
2) Belajar bagaimana duit bekerja (how the money works). Knowledge is power.
3) Apakah hubungan kita dengan duit? Kita mesti sayang dan suka duit. Oleh itu, kita juga tidak harus bersikap benci kepada orang-orang kaya / berduit.
4) Matlamat yang tinggi yang realistik. Contoh: 'Saya akan menjadi jutawan semasa umur 35 tahun'. Secara puratanya, individu yang mempunyai motivasi tinggi untuk menjadi jutawan akan menjadi jutawan dalam tempoh 7-10 tahun, manakala yang bermotivasi sederhana memerlukan 20 tahun untuk menjadi jutawan. Dr Irfan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun manakala Abang Abu dalam tempoh 5 tahun. Kita bagaimana?? Think rich to get rich
5) Sedia, rancang dan ikut bajet. He said money cannot be managed. But we can manage ourselves. And then only we can manage our money.
6) Kurangkan belanja. FRUGAL FRUGAL FRUGAL. In short, live well below our means. This is the principle thought in book which I’m reading right now, The millionaire next door. Katakan, pendapatan anda RM3000, jadi belanjalah seperti gaji anda RM1500 (separuh je). Gunakan duit yang anda telah jimat tadi untuk melabur. He stressed ‘ Mulalah melabur! Anda mesti melabur!’. Gain knowledge and we must be more than ordinary investor, we must be entrepreneur investor’
7) Increase asset. Ada jenaka yang dikongsi. Semasa beliau menaiki sebuah teksi, pemandu teksi memberi komen “ tengok orang Cina, semua kaya-kaya, setiap tahun beli rumah, tahun depan beli rumah lagi, tapi orang melayu susah kaya, sebab ada duit tambah orang rumah’ :p. All books that I read said, most millionaires married one, once in a lifetime.
8) Guna/kongsi kekayaan untuk kebaikan. Ingat ‘sedekah dan zakat itu sedikitpun tidak mengurangkan harta kamu’

Beliau akan mengadakan Bengkel MAP pada 18 Mei 08 ini. Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.jejakjutawan.com/


Map= Minda positif
A= Aksi positif
P= Pelan tindakan


Jadi, anda di tahap mana? Saya masih belum memenuhi kesemua lapan rahsia tersebut. Tapi yang pasti untuk no (4) saya dah ada.
Semalam, lepas saya lulus periksa ( alhamduillah ) , saya dan suami pergi menambah ilmu dengan membeli buku ini di Kinokuniya:

1) How to Live Well Without Owning a Car: Save Money, Breathe Easier, and Get More Mileage Out of Life
2) The Total Money Makeover: A Proven Plan for Financial Fitness
3) Secrets of self made millionaire
4) Unit Trust (yg ni dah khatam dulu)

Jom jadi jutawan!

Sunday, March 2, 2008

UT versus other savings

I do constantly aware and compare the different types of my saving and investment portfolio.

During my childhood I only had ‘Ting’ (then upgraded to ‘ASB’ when I reached 18 years old) and ‘ASW’ account and from that point at time I learn about saving. I used to have only limited portfolio and now I will embark more portfolios that is in UT.

Last 2 years (May 06) I withdraw my money from ASB after I found the fact and fatwa that convinced me the investment has non-syariah substance. I used most of the money and make my really first moderate risk Unit Trust investment. I purchased Public Ittikal from Public Mutual. I only invest RM5K. Today, the return is really wonderful.
As you can see in the table above, the one year average return of Ittikal is 21%. If I want to dispose my unit today, I shall reap RM 6,660. The calculation is so simple which is ‘No. of units we hold times the NAV’. So, the return for my UT is 33% in 1 year and 9 months. Patience is the main commitment that required for an investor. So, I shall wait longer.

UT return is quite outstanding and satisfactory as compared to other savings account. The average return of UT is between the range of 10%-15% (while my Ittikal is 33%) as compared to my TH of 7% and 5.8% return for EPF. In short, I could say I’ve fallen in love with UT. I’m going to make more investment. And so that I adore Warren Buffet, the greatest stock market investor.

I think I shall diversify my saving/investment. Don’t you think so? My next strategies are:

1) I’m waiting my 07 bonus. I don’t expect much, level 3 is good enough. I will take at least another 4K to invest in the UTS. This amount will be invested in Public China Ittikal Fund (PCIF).
2) My EPF saving from account 1 is now eligible to be used for investment. I’m going to invest in the Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF).
3) I’m going to make regular saving on monthly basis of RM600 in Public Islamic Dividend Fund (PIDF).

I’m still in the ‘learning’ stage about personal finance. I hope that education thru my dad, our book collections and lots of great online writers and bloggers out there will aid my effort and commitment toward the journey of financial freedom. I hope to invest and learn more.

What and Why I choose those UT? I shall reserve the comments in the next entry.

Footnote: I still keep my regular monthly savings to TH.

Useful readings:
Warren Buffet: the greatest stock market investor
7 best stock investing advice
PIttikal Fund :the best Equity Malaysia Islamic Fund In Malaysia Fund Award 2007

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...