Sunday, March 30, 2008

Before you retire, SAVE

Sepatutnya Sabtu nak berjalan ke housewarming Zila. Tapi memandangkan sibuk mengemas rumah dan ditambah suami baru balik outstation, kami tak kemana-mana. 2 hari ni mengemas aja. Itupon banyak lagi nak kene kemas, minggu depan sambung lagi. Saya ni jarang tidur siang, tapi petang semalam dah tidur sebab letih sangat. Lepas solat Subuh menyiapkan Cream Puff kemudian mengemas sampai waktu lunch. Lunch pulak masak nasi aje, sebab bahan-bahan mentah semuanya tiada (belum beli lagi). Jadi, Cik Abang belikan lauk siap aje.
Disebalik keseronokan anda melihat projek ubahsuai rumah saya ini, ingin saya kongsikan apakah lagi yang saya 'mahu' tapi tak buat disebabkan dorongan Adam Khoo. Sebelum membeli 2 persoalan perlu ditanya, 1) Adakah barang tersebut kemahuan atau keperluan? 2) Jika barang tersebut tidak dibeli, adakah ia menjejaskan hidup?. Disebabkan Jawapan 1) Kemahuan dan 2) Tidak menjejaskan hidup, jadi saya let go that items:
1) Ubahsuai tandas bawah. Jangan terkejut masih berwajah lama walaupun dikelilingi kengkawan baru (dapur + bilik)
2) Jubin bercorak / berbunga antara jubin dinding. Anda perasan kan jubin dapur saya semua satu warna?
3) Dapur plaster siling. Tanpanya, saya masih boleh membuat kek!
4) Awning baru (pergola / skylight) untuk bahagian car porch. Masih dengan awning asal masa kami beli rumah ni last 3 years (sekarang ni memang dah tak jumpa le), dengannya kain kami jemur di waktu siang masih tak kene hujan. Alhamdulillah.
5) Hard tiles untuk car porch. Tanpanya, kami masih hidup bahagia dan boleh parking 2 kereta.
Mungkin ada yang berpendapat, alang-alang renovate, buat je semua. Opps..kami tak mungkin. Bayangkan jika kita kehilangan kerja, adakah duit simpanan sekarang cukup untuk 6 bulan? Bagaimana jika berlaku hal kecemasan lain yang memerlukan wang banyak? Jika semua duit simpanan digunakan, soalan tersebut pasti sukar dijawab. Oleh itu, saya bayangkan saya tak dapat bonus pon :p
Adam Khoo menyarankan, jika barang tersebut 'luxury' kita disyorkan menggunakan pendapatan pasif anda. Jadi, dalam kebanyakkan senarai di atas, saya memandang no (4) adalah projek terdekat dan sasaran saya menggunakan pasif income saya. Entah berapa bulan agaknya eheheh :D. Yang lelain tu belum ada perasaan :D
Nak tengok rumah kita meh la sini.
Sebagai penutup, sama-sama kita renungkan:
Before you spend, earn (not borrow )
Before you write, think
Before you speak, listen
Before you criticize, wait
Before you die, give
Before you retire, SAVE
Hubungi Bijak Ringgit untuk simpanan hari tua atau pengajian anak-anak kita di masa hadapan.

11 comments:

catatan i am nieta said...

tahniah yer farra... berjaya renovate umah debt-free.. pagi2 lagi dtg keje terus kak nieta bukak blog nie sbb tau farra akan tunaikan janji..hehe.. memang best tgk dapur farra.. besar dan cantikkk sangat..sumanya cantik2..especially sliding door tu.. tunggu la ada budget lebih (ntah bile tu)..leh la wat mcm tu gak.. :)..anyway time kasih banyak2 sbb share sume info tau.. sbb mmg sgt berguna bagi kitorang2 yang nak masuk umah baru nie.. :)

Ummu Auni said...

kalau ikut nafsu, semua benda nak buat. aku pun ingat nak cat dinding rumah, sebab dah penuh contengan budak2 ni...tapi duk fikir2, tunggulah dulu.aling2 koman habis master, baru start cat.

plaster ceiling tergoda juga, tapi fikir2, nantilah dulu

Wan Ahmad Dani said...

Yes Farra agreed.. saving tu penting...Yani nak buat reno nie pun nak buat costing bebetul sebab taknak habiskan duit tu sumer kat reno... nak saving skit and nak settlekan hutang2 yang masih ader.. reno ni buat yang penting2 jer... yang tak penting kita tunda dulu... heheheh. KC Farra memang cantik... InsyaAllah this week nak pegi Hoiyin nyer showroom..

Anonymous said...

farra..

cantik kitchen baru...

boley tak share kan cost2 utk renovation tuh..? ex..kitchen kabinet tuh? brapa yer agak2 kosnya?? saya tgh survey2 nih

Farra Da Smiley said...

k. nita, dapur saya biasa aje benornya..car watu warna, tiles satu warna..ni kiranya ubahsuai tahap ekonomi :D

Eni, psl conteng dah memang byk..biar je dulu

Yani,it's not like Dapur in Anjung Seri or whatever..mine is just average but big..senang nak buat kelas cheesecake later :D

insyallah , sy akan kongsi kosnya..tunggu key..bz la ni

aida said...

best best tgk kitchen...

Zuraimah Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Zuraimah Ismail said...

tahniah...mabruukkk...waaa seronoknye dah settle rebo rumah...:)
time kasih share info...very useful..:)

cop..nak tanya....blind tu beli mana ek?

`Ain said...

weee..tak puas tgk gambar aje.kena tgk real..!bila nak buat kenduri..??heee..

Fitri & Nazihah said...

Farrah, ogy setuju cadangan kawan2 Farah.. Bila nak buat kitchen-warming? Hehehe... Nie nak bagi tau, Rina dah pindah semenanjung, dia mengajar kat Selayang... Start Januari 2008. Ogy baru tau, itupun yana yang cakap...

Farra Da Smiley said...

kak ct, blind tu beli kat Dream Home Furnishing Enterprise di Kepong no tel 03-62595725

k. ain, jemput datang anytime

ogy, yer ker?? knape la rina tak bagitau kita semua ek?

kengkawan, housewarming belum lagi ler..raya nanti la kot kite buat open house as usual :D

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...