Hari ini dengan rasminya saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada aktiviti 'Baking'! Betul-betul dah rasa nak muntah...opps..bukan sebab mengandung ( dah konfem ni!) tapi sebab dah muak asyik membaking je setiap hujung minggu. Lihat saja hasilnya diFarraCheese. Lepas baking tahu jela..banyak alat2 nak kene cuci..sakit pinggang lagi..nak cuci langsir lagi..lipat baju lagi..cuci tingkap lagi..layan anak lagi..anak nak menyusu lagi..macam2 la house chores nak buat sebab nak raya.
Insyallah esok kami akan mula bergerak ke utara. Pelannya macam ni:
Isnin-Jumaat:
Beraya di rumah mak mertuaku di Kulim Kedah. Dan macam biasa kami takkan duduk diam..mesti jalan ke Sg Petani, Alor Setar, Jitra menziarahi sanak saudara & kengkawan suami yang juga kengkawan saya la..
Sabtu-Ahad:
Beraya di Kuala Pilah N9 rumah nenek sebelah emak. Insyallah nak singgah Seremban ziarah kengkawan yang mana sempat.
Tahun ini macam biasa kami tiada tema warna..yelah baju beli siap susah juga nak cari kaler sama..lagipon suami kata 'boria' pulak..terpulang la ikut citarasa masing-masing. Dan kuih raya saya buat 5 jenis tahun ni dan saya beli 1 jenis iaitu Tart Nenas. Orang ramai tanya saya tak reti buat Tart Nenas ker? Mmmg saya tak tahu buat inti nenas tu..tartnya tahu ler..cemana tu?
Akhir kata sekali lagi..Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.