Thursday, February 26, 2009

Tagged: My First Letter F (fail to meet passing mark)

Banyak koje minggu ni..balik umah pulak Mawaddah salu merengek...poning poningggg ..ok la jom layan Tag lgiii

Tagged by K. CT. I Guess I fail to meet the passing mark! If your have any answer pls supply..when I'm writing an entry in blog I always write fast so no time to think la what short of Q & A in this tag. Banyak lg koje nak buatttt ..takperkan kak ctku ;)

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Farrah
2. Four letter word: Face
3. A boy's name: Faris
4. A girl's name: Faizah
5. An occupation: Financial Planner (amin...target in 5 yrs!)
6. A color: French Rose
7. Something you'll wear: F.... ( tolong boleh?? )
8. A food:
French Fries
9. Something found in the bathroom:
F.... ( again...tolong boleh?? )
10. A place: France
11. A reason for being late: Flood (tak pernah leeerr..org lain kot)
12. Something you'd shout: Find your green button!
13. A movie title:
F.... ( tatau..jarang tengok movie )
14. Something you drink:
F.... ( susahnyer!! )
15. A musical group:
F.... ( susah lgggg!! )
16. An animal:
Frog... ( erkk)
17. A street:
F... ( tatau..nak buat dunno je)
18. A type of car: Ford Focus ( huh hebatt sungguh)
19. The title of a song:
Fantasia Bulan Madu

Dah malas nak tag orang lain..sbb takut banyak yang blank! ish ish tak baik aku underestimate org lain..ok la.nak tag jugak:
1. Shelly
2. Semah

Korang dedua intiial 'N' ..so jgn bagi jawapan sama! ish jahatnyer rule..any dispute?

argh..aku masih menunggu Hubby ku balik..dia mmg balik mlm sokmo..koje byk sian :p aku dah mula risau bila baby dah lahir..tak ke kelam kabut aku sesorang uruskan rumahtangga? ...

kdg2 ada waktunya aku stress jugak..cam mlm td Mus'ab jatuhkan lauk atas tikar! huhhhh so aku kene masak jugak balik walau dh penat..kalau tak lapo kami sekeluarga..dah dah jgn citer lg tak baik tauu :p
mlm ni dijangka lg lambat sbb hujan masih turun lagi ni..oh oh my hubby naik motor..FYI...

Monday, February 23, 2009

Hujung minggu yang lteyyy

Bermula Jumaat malam..aku bakar 2 biji kek...1) Choc Moist cake untuk Baiti 2) Choc Cheese Brownies ( 1st time buat) untuk di bawa ke kelas Jahit Tudung DIY.

Sabtu pagi bermula la hari bersilat aku ( =sibuk!). Untuk keluarga yang bakal kutinggalkan di siang hari, kumasakkan dulu Mee Hailam. Siap masak aje, kumakan semangkuk dan terus bersiap untuk bertemu Baiti. Bertemu dirumahnya kerana kami pon dah set appointment for unit trust presentation for both Baiti & Hubby. Kelas betul u all punya Sardin Roll siap dgn bread crumb lagi..fuhh..daku siap ditapaukan 3 lagi sardin rolls! :D

Agak rushing jugak..from Bukit Jalil aku speeding nak gi kelas kat Jalan Belfield. Tapi dek terlepas 1 simpang jek sesat terus sampai area Pudu. Pusing punya pusing hanphone berbunyi few times..Officemate Call..Then Hany pulak..lagi bertambah sesat sbb hilang fokus :p Sampai minyak dah tunjuk tanda merah amaran so aku padam aje air-cond dan terus memandu lg dan akhirnya sampai! Student terakhir le gamaknya..so aku dok kat tuan empunya umah K.Tie sampai kui 6pm++. Aku orang yang terakhir. Tapi tade hasil jugak..sebab mesin jahit at last ada masalah teknikal..makan je yg lebih! Huhu. Kurasakan AHT ( Average Handling Time) ku menjahit lagi lama berbanding baking / closing a client! So mmg tak sesuai aa kot aku dalam arena ni..mmg salute btoi la ngan pakar2 tudung DIY ni ;). Daku rasa masa yg ada nak fikus lebih ke UT ;) Aku pon outsource le kain lebih yang ku bawa untuk dijahit oleh K. Tie :D Lepas ni target nak jahit tudung DIY yang lagi senang je = jenis oblog. So nanti masa aku amik tudungku itu..kukan bawa sekali tudung-tudung lain yang K. Tie buat ok? cantikkkk...

Jadi sampai je umah basically daku dah lembik..lepas maghrib je terus lelap sampai kui 1am. Bangun kejap untuk solat Isya's then sambung lagi ZzZz sampai Subuh.

Ahad bermula lagi aktiviti bersilat dgn kerja rumah. Mula dengan lipat kain 2 lori (=bakul). Then cuci baju Sekolah Ab dgn tangan, mesin kain , kemas itu ini, mop lantai by Hubby dan last sekali masak terus nasi sebab lapo bangat mlm sebelumnya tak dinner. Jadi kami makan lunch kui 10.15am! Awalkan? Senang juga awal sbb lepas tu kami ada appointment kat umah je dengan sepasang kawan berbicang hal busss...

Petangnya lepas rehat saya mula bake 2 kek: Marble Cheesecake yang dipesan K. Liza & K. Naimah. Malam sambung layan buku "Guide To Investing" ler..banyak hal ler..tak khatam2 lg :D

Aktiviti banyak..benornya badanku dah mula terasa letih..kdg2 lupa diri tengah preggy..so nak buat post mortem sket. Nak ramp down certain activities. Mungkin baking & sewing la kot..UT tak rela lerr

So layan gambo jap

Citer lain kelas DIY kami kat Yela's blog..sapa nak beli kain boleh le contact dia ok!
Macam la khusyuk sgt ! :p
Atas: Choc Moist Cake & Marble Cheesecake
Bawah: Choc Cheese Brownies..after baked ..and after frosted with choc topping & roasted cashewnut..nak letak berapa harga ek..dah ada org tanyaa

Jangan terkejut! Our new car maybe dah 'on the way' as written by Mus'ab! Haha Ok tak tulisan dia? BTW, everyday kalau dia dapat pegang laptop..Mus'ab dah tak main Barney / Thomas & Friends..tapi suka tgk UTube...video kereta especially Merc! Si adik akan jadi pengikut setia dia ajee...

Teka Teki hari ni..apa agaknya ni???

Dream is Free...

Setakat ini, terdapat lebih satu juta kenderaan berusia lebih 15 tahun dan sedang berada di atas jalan raya ..wow..ni termasuklah kereta yang sedang saya pandu! Kereta yang saya pandu dibeli pada tahun 2002.
Jadi...nak tunggu keputusan ni " Jual kereta lama, potongan RM5,000 untuk kereta baru" ..then bleh beli kereta baru la kot..
Emm..walaupun everyday sampai dengan selemat ke destinasi yg dituju..dah letih bawa kereta tade power steering.. manual lg keras..car seat pon dah terkoyak. Eh eh pandai pulak buat justifikasi! Ada berani buat hutang?
So, Exora or Persona?
Last weekend was more than 100% tiring days! esok aa citer..dah lembik aa badan ..insaf..nak kurangkan aktiviti!

Wednesday, February 18, 2009

Tag: What's inside my handbag?

Tagged by Sis Ain, my SIL.

What's inside my handbag are:
-women must have: 1 lip balm, 1 lipstick , wallet, handphone, comb, folic acid, voucher tesco
-UT consultant must have : thumbprint pad, name cards, tissue, pen
-businesswoman must have :p: a mini green notebook ( where I write any contact of clients / potential clients that I met, any orders on T shirts/cakes that suddenly comes in, write any website that attract my interest and to write any ideas that suddenly came out at anytime & anywhere)

So, let's see how many handbag that I have. I normally have only 1 handbag at one period of time. So my current handbag is look like this that I bought from Jusco during Hari Raya last year.

Prior to the above, my previous handbag is Sembonia which was quite pricey than my current handbag which I bought from Sogo. It was actually a gift from Abang. If not mistaken I have used it for almost 3 years and it already has minor defects + wrinkles. I also have a document bag that I rarely used. This one bought from Parkson. And what is inside this bag is normally unit trust brochures, calculator and unit trust investors forms ;). Eh..awat aku suka yang banyak tulisan atas beg eh?? ish pelikkk pulak
I'm not a brand loyalty person even to what kind of store I went.
Anyone interested to do this tagging??

Bila J card day?

Tak pasti akan kebenarannya tapi rasa-rasa cam nak dekat.

Dream is Free. Jadi this is my lists to buy:
  • Kasut preggy
  • Seluar preggy
  • Maternity underwear
  • Nursing b**
  • Tuala mandi ( 2 helai)
  • Baju Lawa / Jalan Mus'ab & Mawaddah ( 2 pasang)
  • Cadar single baru for Mus'ab & Mawaddah
Okla..itu saja list saya. Harap-harapnya la. Lists Abang tatau la..kali ni saya mesti ajak Abang shopping jugak! Yela..tak sampai hati tengok Abang suka pakai baju lama saja, susah sangat nak shopping..alahai.

Barang untuk baby? Awal sangat..lgpon boleh pakai baju abang / kakak dia saja la.

Baju anak-anak memang target nak beli untuk raya. Awal sgt ker? For me tak awal sebab saya bakal berpantang sepanjang bulan Ramadhan. Jadi, kalau tak beli gamaknya budak-budak takkan ada baju raya la. Abang nak beli? tak mungkin terjadi... dia anti shopping. Ihiks

So, bila J Card? Tolong inform saya kalau tau ok?

Citer Handphone ( selingan)
Setelah 3 hari tak dapat membalas sebarang SMS, now I can SMS using my old handphone...Handphone baru yg Abang hadiahkan , sy pulangkan saja kat dia. Stress sangat bila tak dpt berSMS..yelah..kita ni org business byk nak guna SMS In/Out..sorry eh kalau lambat reply email anda!! hehe

Monday, February 16, 2009

Tart !, Buku Baru & Kain Sulam

[1] For sale today!!!

Choc Marble Cheese tart. Price as usual : RM2/tart..or RM5.50 for 3 tarts
Mak buyong pon diet sekali sekala..mlm tadi makan salad jek..ok tak doktor?

[2] Jumaat lepas, saya singgah kejap Popular kat Jusco Kepong untuk mendapatkan buku baru iaitu : Rich Dad's Guide to Investing: What the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class Do Not!

Bukan mudah nak habiskan buku ni walau cuti 2 hari sebabnya 2 hari berturut ada kenduri kahwin. Dah le kenduri kahwin hari Sabtu tu kami tersekat dalam kesesakan saja 2 jam..padahal kenduri di Shah Alam saja. Kalau kat rumah dah free sket, mulala anak -anak soh buat ini ler..ituler..takbleh tgk mak senang sket :p

Yang sangat menarik perhatian saya antara petikan buku ini
" Investing is not risky. Being our of Control is risky. True investor makes money during maket is up or market is crashing. While most investor live in hopes that market stays up and live in fear of market crashing".
Insyallah kalau dah habis baca , saya buat review sket dalam BijakRinggit. BTW, one of my client dah book nak pinjam lepas saya habis baca.

[3] Gaji belum masuk, tapi tak sangka Kain Sulam Bukit Tinggi ni memang diminati orang. Saya tunjuk tak sampai 10 orang saja di pejabat ( belum termasuk bos ler..untuk bos tunggu stok baru lagi) tapi 3 kawan-kawan dah beli. 1 helai yang berharga RM150 dan 2 helai berharga RM170. Yang harga RM170 mmg lagi ekslusif tapi tak belum sempat upload gambonya. Mak buyong ingat nak pakai gak satu lepas dah kurus nanti ler...la ni kain berlambak tak jahit termasuk kain-kain beli kat Jogja..tade mood la nak wat baju sebab badan nak jadi bluehyppo. ihiks

Tuesday, February 10, 2009

Kidz room makeover & kisah malam pertama

Jumaat petang lepas habis meeting kat TTDI dan solat Asar tanpa disangka saya ke Ikea, tempat yang dikunjungi sekali dalam setahun. Mama yang kononnya 'Frugal' ni berjaya juga habiskan RM317 mana taknya membeli barang-barang untuk anak-anak:
  • Lampu bilik yang cute
  • Cermin
  • Bekas gantung isi barang budak yag colourful
  • Hanger gantung baju
  • Set meja belajar dan 2 kerusi ( paling mahal ler RM220)
Alahai kalau gi Ikea mesti la ratusan habiskan? :p . Tujuan asal nak beli set meja belajar tu je sebab anak-anak semakin rajin baca buku. TV dah jarang bukak..so bulan ni kita tgk bil letrik rendah lg tak? ( Bil letrik bulan lepas RM10 jek).

Setakat ni meja ni digunakan setiap hari!

Sabtu bermula aktiviti Kids Room Makeover. Dimulakan dengan cat bahagian bawah dinding. Aktiviti cat amik masa 3 jam aja. Kami pilih warna Aqua-Colourland Sea Breeze. Hanya RM12/1 liter. Tatau la nape pilih warna tu . Yang pasti bila bukak je katalog mata tertarik dengan warna tu. Masa tu mama gi kedai cat dengan abang Ab jek. Ahadnya lepas Subuh saya sambung cart undercoat pintu bilik air pulak. Lepas tu dah tak sambung cat sebab gi kenduri kahwin. Isnin pula gi beli border wallpaper Lamex dgn emak sementara ayah cat pintu bilik air.

Gambo bilik belum cat. Ketinggian warna biru hanya 1 meter. Tak rujuk mana-mana..hentam saja. Cat asal masih dikekalkan warna light pink.

Our llittle helper. Terkejut mama! Ni gambar Mus'ab yang snap! Masa tu mama tgh luruskan tulang belakang kejap atas katil & Ayah gi kedai cat beli lagi 1 liter cat.

Dah letak wallpaper Lamex. Saya pilih corak pemandangan jalan raya yang colourful. Used 2 rolls (5 meter/each). Harga RM37.50 /roll.

Guna langsir sedia ada corak polka dot. Dah lama beli but tersimpan dalam almari. In fact lepas gi Lamex, saya ke Nagoya Wangsa Maju ingat nak beli langsir karakter kartun. Tapi tiada yang menarik..ala..boleh tangguh..bukan urgent pon!Next time yaDah sampai malam mengemas bilik..penat la bersihkan cat-cat sume tu. Yang masih belum dibuat:
  • Letak katil( rasa nak letak katil sedia ada, katil baru next time)
  • Letak lampu yg atas tu sbb tade ulb
  • Letak aksesori lain like cermin & bekas gantung isi barang
Lepas bilik siap depa asyik main dalam bilik tu jek..baca buku..main. Dah tanya kidz " ni bilik sapa?". Mawaddah mesti jawab " bilik adik dan Mus'ab". ..Ha bagus-bagus.

Kisah malam pertama

Ni kisah malam pertama anak-anak di bilik baru yer.. Bukan kisah xxx. Saya dah letak 2 tilam bujang tanpa bingkai katil. Depa suka saja...sampai dah tengah malam ayahnya teman kejap kat bilik tu terus semuanya tertidur. Tapi lain halnya dengan saya. Lepas depa tidur..2 kali saya jenguk mereka..saya tak dapat lelap mata langsung. Lebih kurang 12.30am saya terus menangis sebab rasa sedih sgt berpisah dengan anak-anak. Biasa dulu pusing kiri nampak Mus'ab, pusing kanan nampak Mawaddah. Kalau sebelum tidur Mawaddah mesti kata " Mama..nak peluk".

Jadi saya tak biasaaa!! Masa air mata bergenang saya minta Cik Abang angkat juga depa masuk bilik kami semula. Saya dah fikir masa-masak. Biarlah mereka tidur bilik tu bila baby baru dah lahir. Saya sukar nak suaikan diri bila anak tiada sebelah..ye lah..dah 5 tahun tidur bersama kan.

Jadi sekarang dengan rasminya bilik tu jadi bilik belajar mereka sajalah. Tak perlu letak katil lagi ;)

Anak-anak mama..luv u all so much

Ketam ketam

Kali terakhir makan ketam kat RUT mmg tak puas..rasanya tidak mengikut selera. Jadi, masa cuti CNY kami NSK Selayang dan beli ketam besar 2 ekor..harga kalau tak silap RM17/kg. Before masak puasla mencari resipi kat Internet..nak caro resipi ala Thai tapi tak jumpa la..so ni resipi hentam sendiri but not bad.

Bahan-bahan:

Dikisarbersama:
Kunyit hidup sket
Halia hidup sket
Bawang merah -5 ulas
Bawang putih -2 ulas
Bwang besar-1 biji saiz sederhana
Serai - 1 batang
Cili kering ( dalam 10 batang)

Gula Melaka (ambil 1/3 dr seketul)
Garam secukup rasa
Ketam
Air asam jawa
Daun limau purut

Cara-cara:
1) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sampai masak
2) Masukkan gula dan kacau rata
3) Masukkan ketam dan kacau lama -lama supaya isi ketam masak. Guna api perlahan. Kalai air kurang..tambah saja
4) Masukkan air asam jawa dan garam
5) Masukkan daun limau purut
6) Rasa dulu sebelum angkat yerr

Sunday, February 8, 2009

Tag


1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda
Ok..set

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Pemberi award adalah Puan Hanis. Kali pertama mengenalinya adalah di kenduri Shelly..tak sangka rupanya dia juga budak MMU..sama sekolah..lain negeri ihiks :p

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
Sekali sekali bongkar 10 fakta ni..mmg menarik..tak gitu? :p

1. Fakta - anak kedua dalam keluarga, arwah abang meninggal tahun 2002, bawah ..ada adik perempuan sorang kat UITM

2. Hobi - Membakar /baking dan memasak..suke try resipi baru yang perlu dibakar..salunya try resipi yg kene kukus / tradisional tak menjadi..so i love oven :p

3. Fakta - pekerja sepenuh masa TM dan Perunding Unit Amanah Public Mutual

4. Hobi - Membaca..terutama buku-buku personal finance, financial planning, millionaires mind and investment

5. Fakta - fobia pada katak..tak kira hidup / mati secara langsung atau tidak langsung cam dalam buku/ tv..fobianya sampai masuk dlm mimpi. Masa form 5 sorang budak lelaki panggilku 'effarougee'..dpt tangkap tak apa?

6. Fakta : passion sy mmg in personal finance bukan tertakhluk pada unit amanah..sehingga lahir BijakRinggit. Sekarang tengah berkira-kira nak sambung IFP. Tapi tak bleh kuar duit EPF pulak..ish ish..konfius!!

7. Fakta - Tabiat saya kalau naik kenderaan ialah tidur tak kira naik kenderaan apa kecuali kalau I'm the driver..entah la nape

8. Hobi - bacaan online wajibku: personal finance & baking, recipe, cooking

9. Fakta - sedang mengandung anak ke3 setelah 8 bulan menunggu!

10. Fakta - Penakut dengan rawatan di hospital! 2 kali dah bersalin tak pernah gi post natal check up / buat ujian pap smear. ( sure korang gelakkan aku ni%$#^). Tapi azam tahun ni mesti buat le lps anak no 3 lahir ok!

4)pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.
1. K. Ain
2. Yati
3. Shell
4.
Semah~my website designer :p , promote niii
5. Kak Siti

5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
InsyaALLAH.....tungguuuuuuuuuuuu :)

Tuesday, February 3, 2009

Fast Sale today: Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart.
Harga: RM2/tart
RM5.5 for 3 tarts

Suami tegur semalam.."ish..tak bosan ke depa makan Cheese tart?" . Saya jawab " nak wat cemana..yg nak beli & makan lain-lain orangnya..hari tu bawa pon tak cukup"

Monday, February 2, 2009

Kain Sulam Bukit Tinggi dr Nisa Store

Yang terbaru dr Nisa Store! Kain Sulam Bukit Tinggi..untuk dibuat Baju Kurung..hanya RM150 untuk 4 meter!


Buy now!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...