Wednesday, July 30, 2008

27 Rejab 1423

Hari ini 27 Rejab 1429H

6 tahun lalu..27 Rejab 1423H

Saya masih teringat malam itu. Jarang sekali saya tidak dapat melelapkan mata. Tetapi saya betul-betuk tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut. Semasa saya sedang memandu ke pejabat jam 7pagi , radio IKIM mengalunkan lagu ’Salam Perpisahan’ dari kumpulan Brothers. Ketika itu hati sangat tersentuh. Sampai saja didepan lif pejabat, telefon bimbit berbunyi dan saya melihat ’Mak Teh’ yang sedang berada di Hospital Pulau Pinang menelefon. Saya sudah dapat merasakan seperti ada berita tidak baik kerana sudah semalaman hidup saya tak tentu arah. 27 Rejab 1423 adalah hari terakhir Allah meminjamkan Arwang Abang Fairul kepada kami. Beliau pergi ke hadrat ilahi jam 7.30pagi hari Jumaat ketika emak saya sedang berjalan kearahnya setelah selesai menunaikan ibadat-ibadat sunat sempena hari Isra’ & Mikraj di masjid hospital. Tempoh pinjaman hanya 24 dan saya terasa masa membesar bersamanya tidak lama kerana bermula sekolah menengah saya mula memasuki sekolah asrama sehingga habis belajar ijazah di MMU. Emak dan abah sungguh tabah menguruskan jenazah ditambah lagi dengan keberkatan puasa yang mereka jalani pada hari tersebut. Manakala saya dan adik bersiap sedia menunggu di rumah menanti ketibaan mereka dari Pulau Pinang bersama rombongan sekolah arwah Abang, sekolah pondok Madrasah Manabiul Ulum, Penanti, S. Perai Arwah selamat dikebumi selepas waktu Isya’.

Sejak arwah pergi meinggalkan kami, saya pernah bermimpi sekali bertemu dengannya. Dalam mimpi tersebut saya bertegur sapa dengannya dan dirinya bagai masih hidup didunia. Kini 6 tahun telah berlalu. Moga rohmu dicucuri rahmat selalu. Alfatihah.

Tiket bas ke KL yang terakhir peninggalan arwah masih saya simpan. Itulah kenangan terakhir bersamanya.

Fairul Azmi Abdul Rahman

17 Jan 78 ~ 4 Oktober 2002 bersamaan 27 Rejab 1423

~ Kala ini hati tersentuh mendengar CD La Tahzan alunan Ustaz Badrul Amin yang baru dibeli tadi sempena dengan ceramah Isra’ & Mikraj. Memang benar dunia ini hanya pinjaman, apa yang kita dapat pasti kita hilang sesuatu dan begitulah selalu.

Monday, July 28, 2008

Cat

Ingatkan cerita rumah dah habis bulan Mac 08 lagi. Tapi rupanya ada season 2..takut-takut lepas ni lagi berseason2. Ohh harap-harap tidaklah. Terganggu pelan pelaburan saya :p

Pagar rumah dan dinding luar

Pagar besi luar rumah dalam keadaan yang sangat nazak. Karat sangat teruk. Disebabkan karat yang teruk warna karatnya jatuh ke atas dinding batu. Pagar ni memang kami tak pernah cat sejak pindah rumah tahun 2004. Hari Sabtu kami dah beli cat Dulux. Cat pon dah mahal 5ltr RM120 1 ltr RM27. Ingatkan nak buat sendiri tapi uh uh banyak gila..sure tak larat. Jadi semalam dah minta satu Q dari Indonesian ni, dia quote RM1.3K untuk upah cat saje. What? Pening kejap kepala pikir Q dia tu. Anyway, this weekend nak dapatkan Q lagi dari other Indonesion.

Bilik anak-anak

Kami kalau boleh nak mula ajar anak-anak tidur bilik sendiri. Suami dah kata kene ajar. Jadi Sabtu dan Ahad memang kerja saya mengemas bilik-bilik atas saja. Barang-barang yang tak perlu memang berlambak. Pelik jugak bila benda-benda ni wujud. Penat betol macam baru pindah rumah hihi. Dan setelah survey 5 kedai perabot, akhirnya saya beli almari baju anak-anak dr Selayang mengikut bajet saya :D. Saya dah bercadang nak DIY cat bilik anak guna warna merah bukan terang pinkish untuk feature wall. Merah ok ker? Kemudian ada jugak terfikir nak kene beli ke bed frame baru. Mau kosnya dalam RM700++ kot untuk 2 org. Sekarang mereka guna singke bed frame lama dari rumah emak dulu yang besi tu aje. Apapon nak cuba search lagi kat Internet, apa perlu buat untuk motivasikan anak-anak tidur bilik sendiri. Korang ada idea tak?

Friday, July 25, 2008

Alhamdulillah minggu ni terasa diri ini sudah berjaya menangani ' tekanan kerja'.

Walaupun, bukan setiap hari dapat balik 'on time', terasa kehidupan begitu teratur kerana:
1) Makan malam walau sempoi, tetap berjaya disiapkan.
2) Tiga hari berturut dapat buat sarapan untuk seisi keluarga : Rabu Cucur ikan bilis+taugeh, Khamis Roti Telur, Hari ini Ubi goreng berempah
3) T-shirt muslimah NisaStore laju pulak jualannya minggu ini. Lepas meeting, mesti ada saja orang nak tengok. Lepas dah tengok konfem beli punya.
4) Hampir setiap hari naik komuter. Saya kini kalau boleh jika tiada kek yang perlu dibawa ke pejabat, memang nak naik public transport saje. Kenapa ek? ada 3 sebab: 1) Dapat jimatkan kos perjalanan ( hampir RM150++/month) 2) Dapat habiskan buku bacaan kegemaran saya 3) Dapat jumpa kengkawan baru dan ajak membuat pelaburan.
5) Suatu hari yang lepas, bos berkata pada saya " kalau u nak amik time off anytime, just tell me. tengok u dah kerja teruk bulan ni sebab X5". Dalam hati maunya saya macam nak meloncat! Tapi control ayu lagi dengan menjawap " ok" :p. So bila bos dah kata camtu saya ingat nak perji la Jcard MV semalam. Uh uh tapi last minute plan memang susah nak arrange sebab komitmen meeting lain untuk kerja-kerja BAU masih ada. ( BAU=Business As Usual). Anyway saya dah plan nak amik time off next week untuk balik kg Kedah, boleh? :D Eh sapa yg gi Jcard day semalam?

Baju kiddies utk aktiviti harian dan berjalan banyak dah kecil . Dah lama juga tak membeli baju depa. Ingatkan boleh beli kat Jcard day semalam, tapi dah terlepas. So, saya plan nak gi yang ini:

Hytex Warehouse Clearance

5 minit aja dr rumah! jgn jeles :p

Resipi Agar-agar cendol dah share kat sini.

Monday, July 21, 2008

Peluang kerjaya

Anda ingin menjadi Perunding Unit Amanah secara sambilan atau sepenuh masa? Sila dapatkan maklumat lanjut disini. Menjadi Perunding Unit Amanah dapat membantu anda merancang portfolio pelaburan diri dan keluarga anda dan anda boleh berkongsi faedah tersebut dengan masyarakat yang lain.

Mempelajari 'financial plnnning' secara praktikal juga akan membuat anda teruja terutama sekali apabila menggunakan perisian financial planning yang amat professional.

Regards,
Farrah Aiza
Perunding Unit Amanah*
Public Mutual Berhad
Email:fara_aiza@yahoo.com
http://bijakringgit.wordpress.com

(* Perunding Unit Amanah yang sukakan bidang pengurusan kewangan dan sekali sekala tidak terlepas menyibukkan diri dengan aktiviti baking yang dicintainya :D)

Cheese Tart for sale

Semalam, buat kali pertamanya saya mencuba Agar-agar cendol. Ambil resipinya dari Myresipi. My agar-agar lapisan atas kurang warna disebabkan gula melaka saya tak cukup sebab tu warnanya agak pudar. Rasanya tetap maintain..terima kasih la kat member myresipi yang kongsi resipi ni , buatnya sangat senang dari kuih talam :p



Cheese Tart for sales today! Ada 2 flavor: Blueberry dan Lemon. RM1.60/piece.




Friday, July 18, 2008

Beautiful friday

Uhh..syoknya bila dapat melepaskan tekanan dengan aktiviti baking. So, 2 small Choc Chip Cheesecake for sale today, only RM29! Sms me now. 013-3413040.



Aktiviti hujung minggu ini:
1) Kenduri rumah Ajak di Melaka esok
2) Kenduri doa selamat rumah K. Ain esok
3) Aktiviti melepak di rumah dan baking Ahad

Indahnya hidup!

Tuesday, July 15, 2008

Lalala

Hari ini bawa 2 makanan ke pejabat iaitu : Cekodok pisang dan 28 biji Blueberry dan Lemon Cheese Tart. Cadangnya nak buat lelong Tart tapi tak dapat buat sebab teman sepejabat sebelah meja dan kemas kesemuanya sekali.

Lepas main Futsal hari Sabtu lepas, orang yang paling kuat mengkritik sudah tentu Cik Abang saya ( eleh macam la teror main :p). Apapon memang betul dek disebabkan dah lama tak bersenam badan memang la tak fit. Lagi-lagi ditambah dengan lemak kat peha, perut, dan kat mana-mana yang boleh hidup sihat hehe. Jadi kini saya berazam la ni (konon-konon) nak exercise everyday. Selama 2 hari berturut ni saya buat 'Sit Up' dengan harapan perut ni slim balik ahaks. Abang pon dah beriya-iya nak berjogging dengan kami sekeluarga hujung minggu. So, kita lihat bagaimana pencapaian kami hujung minggu ini.

Semalam khabarnya sesak teruk di jalanraya yer? Semalam saya tak jadi naik kereta sebab lesen memandu tiada, jadi naik KMT dan LRT saje. Sesak juga orang tapi tak stress dan dapat membaca. I like.

Oh ya, pelan pendidikan anak saya dah siap. Laporan lengkap ini mempunyai 7 muka surat dalam bentuk pdf. Ringkasannya ada disini. Kalau nak tengok sample, just give your email. Emm..ada orang tanya macamana saya jumpa blog cetak rompak artikel BijakRinggit saya tu..sebenarnya saya saja 'google' bijakringgit dan tak sangka jumpa blog dia yang link dengan my blog bijakringgit.

Resipi Choc Banana Cake pon dah ada di FarraCC.
Do you know? $10,000 invested in Buffet's Company, Berkshire Hathaway in 1965 is worth $30M in 2005?. In contrast $10,000 investted in S & P 500 would have risen to $500K.

Source: Dailyedge.

Saturday, July 12, 2008

She is growing up!

You may remember a post on my goal to get Mawaddah go diaperless this July 2008. I need to give you some updates on it.


I did it. Mawaddah is now happy without her diaper except during the bedtime. I started her training since last Saturday. I started by letting her day goes on diaperless. Despite of my hectic cooking itinerary, almost every hour I have to asked her to go toilet because she is still nor familiar the idea of pee-ing.


Everyday, I’ve been making her day go to toilet before she is going to bed every night. 2 out of these 6 days, her diaper is still dry the moment she woke up in the morning. She will then immediately said “ Nak yak”


What can I say..Alhamdulillah. She did it. She is practicing frugality ..ehehe by not wearing diaper.


Another update:

1) Finally everybody managed to get together in Beb's dinner at Chilli MV last night. I went to MV direct from office since my meeting ended at 7pm. Hubby and kid used Komuter Train from home. The kids were so excited for taking train the first time hehe. About Chilli, this is our first time eating at the Restaurant like that. A plate of meal priced between the range of RM25-RM40. My first word that came out when I saw the price .." What??".


2) We had Futsal this morning. Sadly say, we didn't win. I got semput on the second half of the game.:p Bukan senang woo main Futsal..but it was fun. I brought a big Apam Pisang to treat the whole CCMIS's families. I had a minor incident after the game. I left a small blue bag which comprises of a diaper, a wallet and a handphone in the hall. I just realised the missing of the bag when we reached home. Alhamdulillah, syukur. My friend found it and asked him to keep it until we meet again tomorrow. Meaning that, I'll be driving to the office this Monday without any license nor i/c. Hope everything will be ok. Sorry in case I didn't reply any sms / answer the call okeyy.

Friday, July 11, 2008

Cetak rompakkkkkkkk!!!!!!!!

Satu kejadian cetak rompak telah dikesan sejak 2 minggu yang lepas. Dan sebarang tindakan masih belum diambil walaupun secebis nasihat dihantar melalui sms.

Ingin ketahui kejadian cetak rompak tersebut?

Lihat saja nukilan dari BijakRinggit saya dicuri orang bulat-bulat disini! Bagaimana perasaan anda apabila nukilan anda dicuri orang tanpa kebenaran dan tanpa sebarang 'Credit' dari empunya badan??
Life is a field of unlimited possibilities ~Deepak Chopra

Tuesday, July 8, 2008

RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?

Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?

Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Oleh kerana persoalan ini pernah bermain-main di kepala saya, jadi sekali lagi saya membeli E-book kedua iaitu Rahsiak10K yang dikeluarkan oleh Team Flarebiz.

Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.

Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi

Pakej Rahsia 10K

Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Saya mengambil masa sehingga 2 minggu untuk menghabiskan semua pakej lengkap 10K ini ( bukan sepenuh masa yer) kerana terlalu banyak ilmu yang dikongsikan.

Jom bertindak sekarang juga! Dapatkan segera di sini.

Nota kaki:
1) Ebook pertama yang saya beli sebelum ini ialah:TipsAdsense
2) Saya sedang menganalisa penipuan/kebenaran Monsun Biz
3) Semuanya memerlukan usaha keras untuk anda atau saya berjaya ;)
4) Saya sedang teruja dengan wanita ini, featured in Tv3 last Friday. uhhh terujanyaaaa

Tip kewangan dari Irfan Khairi. Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat simpan!
hehe setuju tak ngan tip di atas?<>

Beli buku/ebook tak rugi punyer! Asalkan anda jangan mudah terpedaya dengan perniagaan online yang 'scam' sekarang ini. Baiklah kita berguru dulu dengan jutawan Internet ini dahulu ;)

p/s - my kids education plan dah siap menggunakan software FP tersebut tapi laptop kat rumah kene reformat balik..i need to redo and shall share later! ;)

Monday, July 7, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah, kenduri tahlil dan doa selamat semalam berjalan dengan lancarnya di rumah emak dan ayah. Majlis bermula 11pagi dan tamat pada jam 12.45pm. Jemputan yang hadir mencecah lebih kurang 100 tetamu, iaitu penduduk di kawasan rumah kami ini.
Sehari sebelum majlis, seharian saya duduk di dapur menyiapkan kuih muih. Kuih muih yang pertama kali saya buat mengikut resipi dari Internet ialah Talam Cendol (2 talam), Apam Gula Hangus (2 talam ) dan Agar-agar pandan lumut (1 talam). Dan apam pisang 2 talam (ini bukan buat kali pertama). Alkisahnya, hanya talam cendol tak menjadi. Kesnya lapisan bawah tak melekat dengan lapisan atas. Jadi apabila kami memotongnya memang rupanya semacam & saya ambil keputusan untuk tidak menghidangkannya. Makan buat ahli keluarga & sanak saudara terdekat aje. Hehe. Memang tangan saya panas untuk buat kuih talam kot. Anyway, saya nak gi kelas kuih talam pada 31 Julai 08 di Yen nanti.
Jam 1.30pm kami memotong kek harijadi ( belated) Mus'ab dan kali ini hasrat saya tercapai untuk mencuba Choc Banana Cake like SR. Membuatnya sungguh renyah. CBC memerlukan 3 kali proses kerja iaitu:
1) Membuat & membakar kek
2) Membuat Choc Mousse dan frost on the cake
3) Membuat Choc Ganache dan frost on the cake.
Pendek kata tanpa passion, patience, anda pasti akan merasakan, "uhh, lebih baiklah aku membeli kek di SR saja!. hihi....jgn takutlah..kalau nak try silakan. Sebab hasilnya..uhh memang lazat..kosnya pon tak semahal membeli kek SR! Enjoy some of the pics:



Uhh..saya nak sangat kongsi resipi dan langkah demi langkah dalam pembikinan kek ini. Tapi my website dari tadi tak boleh upload images. Ntah apa errornya. Malam ni saya try ok.

Thursday, July 3, 2008

Teringin.....

Alhamdulillah semalam dapat balik awal dr kerja dalam jam 6pm.

Oh oh Futsal kami this Saturday dipostpone memandangkan ramai big bosses tak free. Jadi, saya ada lebih banyak masa untuk masak kuih dan membakar kek.

Hari ini kene bersedia dari segi mental dan emosi sebab saya ada meeting jam 7mlm-9mlm. Saya dah pesan kat Abang, supaya beli makanan siap-siap kat pasar malam. Nampak gaya dia buka puasa dengan anak-anak aje la kat rumah. Takpela..esok saya nak cuti pon.
Sebenarnya teringin sangat nak buat Choc Banana Cake like the SR cake. I will try the recipe from Kak D dan ini contoh gambar keknya.

Wish me luck ok. Nak sambut belated birthday Mus'ab la sekali ngan kenduri doa selamat nanti. Makan kecil aja bersama sanak-saudara terdekat.
Credit to Resipi Diana ;)

Tuesday, July 1, 2008

Stress is good

You may not like this entry again. Yes work is so stressful for me. A few friends already throw the idea that I should apply for transfer to other div. Hai, ada orang nak tukar tempat ker ngan saya?

Jika 2 minggu lepas paling lewat sampai rumah jam 10.15pm++ . Malam tadi menjadi sejarah terburuk saya selama berkerja hampir 6 tahun ini, saya sampai rumah jam 12.10am!. Ini bermakna saya kerja lebih 15 jam semalam! Rekod kedua terburuk sebelum ini jam 11.30pm, it was a year ago. Apapon alhamdulillah sebab saya selamat sampai di rumah walaupun badan terlalu letih dan mata sangat mengantuk. Selama 3 minggu ini saya sangat terharu dengan ketabahan suami. Dia tidak suka makan luar. Jadi seperti sebelum ini, malam tadi menu biasa dia ialah nasi putih dan ayam goreng Ayamas segera tu dengan kicap. Dah berapa kali dia makan lauk tu, kesian sungguh!! Anak-anak pon dia yang tolong layan & suapkan. You r the best dad!

Stress minggu lepas saya lepaskan dengan menangis sendirian ( kelako tak ? :p) dan sign up penderma bulanan MAKNA. Untuk semalam punya saya lepaskan dengan one day MC today! Bukan sengaja tapi memang kepala saya sangat pening pagi tadi. Jam telah menunjukkan jam 9 pagi semasa saya masih tidur dan menerima panggilan daripada Boss. Ohh, saya dah minta kebenaran dia untuk tidak bekerja hari ini. Dia telah benarkan mungkin memandangkan saya dan buat kerja macam orang gila kerja selama 2 minggu ini. Apapon pesanan sms dia " kalau call tolong jawab yer"

Hari ini memang bahagia buat diriku. Daku langsung tak buka pc dan membaca sebarang email kerja/peribadi. Saya dapat masak dengan sempurna buat anak-anak dan suami. Saya dapat mengurangkan sakit kepala mungkin kerana ubat yang doktor kasi / sebab jauh dr pejabat :p
Yang paling membanggakan saya berjaya melatih dan memastikan Mawaddah tidak memakai lampin di siang hari. Uh uh..bahgianyaaa .Target saya Mawaddah tidak memakai lampin bulan Julai ini juga!

Siang tadi saya dah dengar nasihat Dato Dr Fazillah Kamsah kat WHI TV3. Katanya stress ni bagus benornya..hehe think positive.
So Hujung minggu ini lagi saya akan tambah kurangkan tekanan! Aktiviti saya seperti berikut:

Jumaat- Cuti gantian Keputeraan Agung. Plan saya nak rehat dan luangkan masa berkualiti saja dengan anak-anak.

Sabtu- Futsal!! Saya naib presiden Kumpulan Kaizen,Kristal di pejabat saya. Setakat ini kami berjaya mengekalkan the top group melalui mata yang dikumpul dari game-game sebelum ini iaitu congkak, dam aji dan chess. Di pejabat kami ada 4 kumpulan! Uhh..saya ada lagi 3 hari untuk fikir strategi bagaimana nak kekalkan our top score. Oh oh , myteam, kita belum buat meeting lagi kan? All Mgrs bz bangat dong. I believe you all have think something

Ahad- Insyallah kami dan parents saya berkongi untuk membuat kenduri tahlil dan doa selamat di rumah emak. So lepas balik Futsal saya kene masak kuih apa untuk kenduri. Rasanya nak buat 4 jenis kuih. Untuk lauk pauk nasi kami order saja dari caterer.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...