Wednesday, July 30, 2008

27 Rejab 1423

Hari ini 27 Rejab 1429H

6 tahun lalu..27 Rejab 1423H

Saya masih teringat malam itu. Jarang sekali saya tidak dapat melelapkan mata. Tetapi saya betul-betuk tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut. Semasa saya sedang memandu ke pejabat jam 7pagi , radio IKIM mengalunkan lagu ’Salam Perpisahan’ dari kumpulan Brothers. Ketika itu hati sangat tersentuh. Sampai saja didepan lif pejabat, telefon bimbit berbunyi dan saya melihat ’Mak Teh’ yang sedang berada di Hospital Pulau Pinang menelefon. Saya sudah dapat merasakan seperti ada berita tidak baik kerana sudah semalaman hidup saya tak tentu arah. 27 Rejab 1423 adalah hari terakhir Allah meminjamkan Arwang Abang Fairul kepada kami. Beliau pergi ke hadrat ilahi jam 7.30pagi hari Jumaat ketika emak saya sedang berjalan kearahnya setelah selesai menunaikan ibadat-ibadat sunat sempena hari Isra’ & Mikraj di masjid hospital. Tempoh pinjaman hanya 24 dan saya terasa masa membesar bersamanya tidak lama kerana bermula sekolah menengah saya mula memasuki sekolah asrama sehingga habis belajar ijazah di MMU. Emak dan abah sungguh tabah menguruskan jenazah ditambah lagi dengan keberkatan puasa yang mereka jalani pada hari tersebut. Manakala saya dan adik bersiap sedia menunggu di rumah menanti ketibaan mereka dari Pulau Pinang bersama rombongan sekolah arwah Abang, sekolah pondok Madrasah Manabiul Ulum, Penanti, S. Perai Arwah selamat dikebumi selepas waktu Isya’.

Sejak arwah pergi meinggalkan kami, saya pernah bermimpi sekali bertemu dengannya. Dalam mimpi tersebut saya bertegur sapa dengannya dan dirinya bagai masih hidup didunia. Kini 6 tahun telah berlalu. Moga rohmu dicucuri rahmat selalu. Alfatihah.

Tiket bas ke KL yang terakhir peninggalan arwah masih saya simpan. Itulah kenangan terakhir bersamanya.

Fairul Azmi Abdul Rahman

17 Jan 78 ~ 4 Oktober 2002 bersamaan 27 Rejab 1423

~ Kala ini hati tersentuh mendengar CD La Tahzan alunan Ustaz Badrul Amin yang baru dibeli tadi sempena dengan ceramah Isra’ & Mikraj. Memang benar dunia ini hanya pinjaman, apa yang kita dapat pasti kita hilang sesuatu dan begitulah selalu.

9 comments:

catatan i am nieta said...

tersentuh baca coretan nie.. semoga farra dan keluarga tabah..

Farra Da Smiley said...

sebenarnya hati mmg sangat tersentuh tatkala mendengar ceramah ..sudah lama tak pergi ceramah agama..it's time to change for good..bulan rejab, bulan penyucian hati, Allah mengambilnya ketika dalam keadaan yang baik insyallah

y@tipruzz said...

al-fatihah utk arwah abg kau...

dia muda sethn dari abg aku.

Farra Da Smiley said...

OOo ye ke yati..baru ku tahun..adikmu sebaya adikku kan

Ain said...

tak sabgka masa berlalu cepat sungguh.moga arwah abang farra berada bersama mereka yang dicucuri RAHMAT Allah.

y@tipruzz said...

ntahla..adik aku taun 1988...sama ke?

Farra Da Smiley said...

k.ain sebaya ngan abg saya kan

yati, sama la ngan adik aku

eLLe said...

al fatihah tuk abg ko farra..

Anonymous said...

sy masih ingat lg masa tu.. masa tu sy tgh demam, x bleh nak hantar jenazah balik ke kl..

kami dapat berita pemergiannya pada pagi 27 rejab, pada hal mlm baru je kami balik dr ziarah ayoi kt hospital, baca yasin n tahlil, kata doktor keadaan ayoi dah semakin baik, tergambar sedikit kegembiraan di wajah semua, namun x sangka pagi esoknya kami menerima berita pemergiannya..

hari2 bersama ayoi akan terus ku kenang.. ia pergi menghadap allah dlm keadaan yg sgt baik, sy pun berharap kelak menghadap allah dlm keadaan seperti dia..

al-fatihah utk ayoi..

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...