6 tahun lalu..27 Rejab 1423H
Saya masih teringat malam itu. Jarang sekali saya tidak dapat melelapkan mata. Tetapi saya betul-betuk tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut. Semasa saya sedang memandu ke pejabat jam 7pagi , radio IKIM mengalunkan lagu ’Salam Perpisahan’ dari kumpulan Brothers. Ketika itu hati sangat tersentuh. Sampai saja didepan lif pejabat, telefon bimbit berbunyi dan saya melihat ’Mak Teh’ yang sedang berada di Hospital Pulau Pinang menelefon. Saya sudah dapat merasakan seperti ada berita tidak baik kerana sudah semalaman hidup saya tak tentu arah. 27 Rejab 1423 adalah hari terakhir Allah meminjamkan Arwang Abang Fairul kepada kami. Beliau pergi ke hadrat ilahi jam 7.30pagi hari Jumaat ketika emak saya sedang berjalan kearahnya setelah selesai menunaikan ibadat-ibadat sunat sempena hari Isra’ & Mikraj di masjid hospital. Tempoh pinjaman hanya 24 dan saya terasa masa membesar bersamanya tidak lama kerana bermula sekolah menengah saya mula memasuki sekolah asrama sehingga habis belajar ijazah di MMU. Emak dan abah sungguh tabah menguruskan jenazah ditambah lagi dengan keberkatan puasa yang mereka jalani pada hari tersebut. Manakala saya dan adik bersiap sedia menunggu di rumah menanti ketibaan mereka dari Pulau Pinang bersama rombongan sekolah arwah Abang, sekolah pondok Madrasah Manabiul Ulum, Penanti, S. Perai Arwah selamat dikebumi selepas waktu Isya’.
Sejak arwah pergi meinggalkan kami, saya pernah bermimpi sekali bertemu dengannya. Dalam mimpi tersebut saya bertegur sapa dengannya dan dirinya bagai masih hidup didunia. Kini 6 tahun telah berlalu. Moga rohmu dicucuri rahmat selalu. Alfatihah.
Tiket bas ke KL yang terakhir peninggalan arwah masih saya simpan. Itulah kenangan terakhir bersamanya.
Fairul Azmi Abdul Rahman
17 Jan 78 ~ 4 Oktober 2002 bersamaan 27 Rejab 1423
~ Kala ini hati tersentuh mendengar CD La Tahzan alunan Ustaz Badrul Amin yang baru dibeli tadi sempena dengan ceramah Isra’ & Mikraj. Memang benar dunia ini hanya pinjaman, apa yang kita dapat pasti kita hilang sesuatu dan begitulah selalu.



