Saturday, June 30, 2012

Restoran Taj Hadramawt @ Taman Melati

Jari belum sihat sepenuhnya. So the chef amik kesempatan tidak mahu memasak! weeeee
Kami rancang lepas je bukak jahitan lukaku ini di Klinik Sri Indah Batu Caves nak lunch di Restoran Hadramawth.

2 jam menunggu kat kinik..punyala ramai umat manusia..adehh sabo je.Sambil tunggu kami pi pekena Roti Canai dulu kat restoran sebelahnya. Anak-anak pon dah lapar..kesian. Kami order 3 ketui roti canai ja..kids suka!

Bukak jahitan luka tu jgn memain dik non..kejap je tapi sakitlah jugak! Alhamdulillah..rasa tetap lega bila jahitan dah dibukak. Cuma tempat luka masih dibalut sebab takmo terkene geseran yang boleh melukainya kembali. Dek kerna 2 jam baru selesai urusan kat klinik..kita pon rasa dah letih..Maher dah lena dalam dakapan. So kami pon menapau aje di Restoran Hadramawth.

As a real fan of Nasi Arab, the food is good enough. Portionnya banyak..bezanya sambal die amat peds berbanding Restoran Arab yg pernah saya rasa sebelum-sebelum ini.


Restoran Taj Hadramawt
No. 45-G, Jalan Melati Utama,
Setapak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
(T): +603 4106 3323
(F): +603 4106 3323
Email: wadihadramawt@yahoo.com

Business Hours is from 12.00pm to 1.00am.
Jom-jom tengok apa kami tapau! 
1) Kebab Ayam RM15
 Sedap! Besau..dah tu dapat gak bungkusan ni sekali ngan kebab di atas..
Owh jap kita buka..korang nak tengok kan?



tadaaaa..
roti kebab! ok maybe buat tutup atas die kot..ntah..makan je..love it! 

Chicken kabsa RM12 & Lamb kabsa RM15
 Konipus jap awat tak nampak ayam/kambingya..Bila tanye derang, katanya ada kat bawah skali! ok presentation cam agak tak cemerlang

Kuahnya macam kuah kari gitu & sambal cilinya yg pedas


 Bill pleaseeeeeeeeeeeee
 RM42 (mahal tak?)
No TAX at all! wahh baguih2...suke3

Jadi, apa kata peminat2 nasi makanan Arab pi pekena makanan kat Restoran Hadramawth ni

Friday, June 29, 2012

18 months old Maher


My youngest son turn 18 months old last Sat. Owh how time flies...Alhamdulillah I'm still breastfeed ( almost exclusive) him despite of once a while the caretaker said they give him plain/juice/tea in the evening while waiting mummy pick him up. It's ok la Ibu as long as they all happy.

It's a big relieve to see that both my youngest are now look happy going to the nursery, meaning tade adegan nanges2 when mummy left them. Another, Alhamdulillah..rezeki tu kans?

Ok layan gambo jap..kasi happy2 dulu sebab lepas ni edisi emosi sket


 Gambar from DSLR Bull. TQ Semah dengan pesanan--> ngapa travelogue Perth idok dihupdet?

  camwhoring big boy Maher. The daddy said " sudah tiba masanya". Tiba masanya apa bang??? LOL

But looking at my current EBM stock , around 15 bottles. I have to set my expectation that sooner we must top up my baby with formula milk. Sob sob sob.. Lagi -lagi la Ramadhan is coming. Bulan barakah, I have to pray hard that I can still produce enough milk. Ok positive2! Think that I can produce more or enough for Maher so then the milk will produce more..that's how Law of Attraction work katanyaa…ameenn. Permudahkan urusanku Ya Allah...
Tade la emosi sangat....saya redha! 

Tuesday, June 26, 2012

Cara-cara membuat Pie

Assalamualaikum..

Suka tak makan Pie? Ahad lepas saya mencuba Pie Magic maka terjadilah resipi Pie Mince Beef, satu edisi black pepper dan satu lagi cheesy.

Bulan Feb dulu buat Pie tanpa Pie Maker--> klik sini dan saiz kecik disini
 
Bahan-bahan inti:
Daging cincang
Bawang besar, potong dadu
Lobak merah , potong dadu dan rebus sedikit
Kentang, potong dadu dan rebus sedikit
Cendawan butang , hiris
Cili besar , dihiris
Lada hitam kasar
Sos tiram
Garam

Untuk jadikan filling cheesy, hanya tambah sedikit susu dan mozarella/parmesan cheese

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar
2. Masukkan daging cincang dan kacau
3. Masukkan sayur lobak merah dan diikuti dengan kentang
4. Masukkan lada hitam, sos tiram dan garam
5. Masukkan cili dan kacau sehingga masak. Jika terlalu kering masukkan sedikit air
6. Ketepikan dan sejukkan seketika

Bahan-bahan shortcrust pastry:
250gram butter ( saya jadikan 230gm butter + 20gm shortening) - crust menjadi lebih umph!
510-520gm tepung ( saja lebihkan utk buat hiasan atas pie)
Sedikit garam
1 biji telur
Sedikit air sejuk ( 3-4 sudu besar)

Cara-cara menggunakan tangan/manual:
1. Campur semua bahan diatas dan uli dengan tangan hingga menjadi doh 
2. Terap dan letak dalam aliminium foil mould boleh dibeli di kedai barang kek.
3. Letakkan inti dan tutup bahagian atas dengan doh
4. Sapu dengan kuning telur dan tabur sedikit oregano utk nampak lebih menarik
5. Bakar selama 30minit+-

Cara-cara menggunakan food processor:
1. Masukkan tepung dan butter yg dah dipotong kecil.
2. Proses beberapa minit sehinggan sebati. Masukkan telur, garam, air dan blend lagi sehingga menjadi doh

Langkah demi langkah:
Penapis ni baru beli..saja nak tunjuk sebab ianya memudahkan kerja nak merebus sayur..contoh diatas..angkat je
 Sedang memasak inti
Membuat doh menggunakan Kenwood Food Processor..sapa 1st time nak beli mixer and food processor belilah Kenwood yer..it comes with all 4 attachments: Food Processor, Blender, Meat Grinder & Mixer..berbaloi2...buat justifikasi kat suami masing-masing...I can give input
Doh dah siap..keluarkan dan bentukkan bulat2..masuk peti sejuk 30min dulu sebelum diuli..petua omputih
Dah sinilah berlaku tragedi berdarah!!
ok kite sambung

Doh tu diuli macam biasa ..dan tekap guna Cutter..die kasi siap2 dalam kotak Pie Magic ni
Bila dah panas ada indicator hijau..letakkan base Pie dulu. Hati-hati panasss
 Later la kite share pic Cutter tu ok?
 Masukkan inti pie
Letakkan dibahagian atas pulak
 Kalau filling cheesy, masukkan juga cheese..then tutup Pie Magic tu..kurang dr 10 Min siap! Kite kene cek kalau indicator lampu jadi 'ready' maksudnya dah siap. Tade bunyi..kalau leka boleh hangus Pie
Sedap.. Love it very much..dohnya sangat lembut tapi agak crunchy di luar..for me kalah Danish Patisserie hihi ok masuk bakul angkat sendiri : P
FYI, dah bertahun jugak saya buat pie..nak dapat kulit pie yg umph ni memerlukan percubaan beberapa kali..resipi yg ni mmg tidak mengecewakan!

Resipi ini menghasilkan 9 biji Pie big saiz..same like Danish Patisserie..omputih suka makan besau kot..makan seketul terus kenyang
 Jemput makan...selamat mencuba..semua orang suka kecuali...macam biasa Mus'ab

Membuat Pie menggunakan Pie Magic ni  kelebihannya adalah:
  • Tak perlu beli acuan pie
  • Kurang 10 minit dah siap masak
  • Ianya lengkap dengan Cutter
  • Mudah disimpan, saiznya sama dengan sandwich maker

Kalau nak jual Pie Magic ni ada tak orang berkenan nak beli agaknya?

What did we buy from Perth?

Serious nampak cam borong Choc Margaret River... main amik je ceklat sbb org lain tukang bayor .. ..kalau covert maunya terkesima la jugak. Tapi hubby kata takpe..buat kenangan nak kasi kawan-kawan, mak abah dan pengasuh dan perut sendiri juge

 
 Hak bar tu AUD6.95. Coklat Pastille tu kotak kecik AUD4.95, kotak besar AUD 19.95


Souvenir antaranya Tshirt for all my 4 kids and hubby, Fridge magnet, pen, Koala Bear utk MakSu, Apron ada 6 youuu....nak kasi ipar2 ku tu pon tak sume dapat kots

Next kami beli 2 sweater for kids, 2 tshirts for kids, 2 gloves sets for kids & 1 sweater for the daddy di KMart all AUD51.

Next, is the most worth purchase which I couldn't get from Malaysia.. Sunbeam Pie Magic 2, no discount I guess, AUD 45. This tool make wonderful pie in less than 10 minutes. Baking time is less than 10 min but preparing the dough and filling needs longer time. I shall post review about this product later k

Gambo dr website..pergh cun

 Gambo dari kamera sendiri tak brapa comey..tapi takpe..superb!

Corelle 1 set square "Lines". Thanks ladies , u managed convince me & I purchased this! I'm happy
AUD65.25 after discount. Sama corak ngan Yati, Zarid & Kak Ain heheheeee


Last but not least...the unplanned purchase is Lumix DMC S2 AUD110.08 due to the incident in Fremantle
ours in Black Colour


:-)

Monday, June 25, 2012

My 1st MC 2012; tragedi berdarah

Dugaan dugaan. Tragedi berdarah hari Ahad masa kali pertama menggunakan Kenwood Food Processor. Memang akibat kecuaian sendiri & masih belum familiar gitu. Lepas dah proses foodnya dalam bekasnya itu, kite pon dok sedap masuk tangan cekau bahan2 dalam tu zasss kene terus kat jari. Darah mencurah. So kite balut dengan kapas jer. Hubby insist soh gi Klinik semalam. Kite abaikan je sbb rasa cam luka biasa2 je. Niatnya nak gi klinik kat pejabat hari ni. Lepas dah balut2..kite pon rest dan terus tertidur sbb rasa cam pening lak kepala

Malam tadi sekali lagi kejadian berdarah terjadi masa amik Whudu' utk solat Isya'. Pagi ni pulak tak sangka keadaan makin teruk disebabkan satu adegan. Masa ni kami semua dah siap nak pi kerja. Mus'ab hari ni cuti sebab semalam ada sukan sekolah.

Muaz dok sobuk ketuk pagar sebab nak keluar. Saya dah pesan ngan dia " jaga Maher tu! jangan kasi keluar!!". Sekali pagar tu berjaya dibuka oleh Muaz dan sementara Mus'ab sibuk berargue dengan Muaz, Maher yg pantang tengok pagar terbukak , apa lagi terus berlari keluar ok! FYI, my house ni depan jalan yg agak sibuk gak.

So sepantas kilat, saya terus set gear 5 mengejar Maher. Syukur Maher selamat. Masa otw berlari tu la kalau tak silap jari yg cedera ni terkena grill hentaman kuat, so terus la luka besar darah pon menitik2. Haa terdiam terus anak2 yg dr tadi dok havoc kat pagar. huhu


Dapatla 3 jahitan dan doktor kasi MC 3 hari. Wahh, ni MC pertamaku tahun ni terus 3 hari tuh. Jari je pon yg sakit..nak menulis mmg tak dapat, menaip boleh gigih lagi. Masih boleh jawab email2, ala2 work from home gitu.





Hubby soh beli je food for lunch, tapi kite takmo le...kite nak masak ..suke. Tapi dah janji nak masak lemah lembut gitu hihi..gloves pon pakai dulu sebelum masak & mencuci pinggan. Memang sebaiknya kene dielakkan dari kene air, nanti lambat sembuh. Dah tu kite banyak pakai tangan kiri berbanding kanan.

Alhamdulillah, idokler seteruk mana pon. Allah uji baru sket ni supaya kite beringat anytime Allah boleh tarik rezeki yg diberi kepada kita.

Btw, cucuk bius tu memang sakit hokey! mengalir air mataku. Tapi lepas da masuk bius, dah tak sakit..masa kene jahit rasa kene gigit2 semut.

Akhir kata, berhati-hatilah ketika mengendalikan alat-alat di rumah! Malang tdak berbau Pie mahupun Cheesecake!

Balut tangan utk elak dari air

Macam 1st class menu plak utk org MC


Lauk ready for family ..padahal lunch time makan ngan wadah je

Petang amik whuduk for Zohor berdarah semula jahitan luka ni...

Friday, June 22, 2012

Mee Udang

Balik dr Aussie anak tekak ngidam nak makan Mee Udang. Maka terjadilah ia ada hari Ahad lepas. Memula dah rancang nak buat hari Sabtu, tapi ada kenduri kahwin my old good friend di sekolah menengah dulu. Maka dengan ini, kesemua kami the geng of 8 Farrynna dah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah :)
 Kuahnya....manis rasa udang cukop sebab kulit dan kepala udang semua diblend & ditapis
buat lebih kasi emak semangkuk

 Mee Udang homemade..udang sederhana je beli dr NSK Selayang

Resipi Mee Udang disini year --> Mee Udang 

Wiken ni dah target nak buat guna both my new gadget the Kenwood Food Processor & Pie Maker yg duduk bertapa dalam stor tuh..nak buat PIE!!!

Hai teringat pulak geng Faryynna ni..will blog about it later..teringat zaman2 sekolah

Thursday, June 21, 2012

Hotel Review: Mountway Holiday Apartment Perth

Mountway Holiday Apartment is a budget and basic apartment. The size is just OK ( or quite small) but can accommodate up to 5-6 people in a room. View Mountway video here.

It’s equipped with the cooking facilities which I like most, so you don’t have to bring any kitchen utensil. They provide almost complete kitchenware including one electric hotplate, 4 pieces of the dinnerware (dinner & small plates, mugs), knife, tin opener, fork, spoon, 2 cooking pans. 


Other facility available is bathroom,microwave, kettle, fridge, air-condition, TV, table lamp, alarm clock, mini dining table in the balcony, simple wardrobe.

Mountway has free limited parking for guest. There is still other parking available at road near to Mountway.
Location wise, Mountway is in central CBD and walking distance to Kings Park and the nearest Free CAT bus stop at Mountbay Road (distance is only 650m) .

 
Our travelmate, Aini requested the room service on our 3rd day. They have done it to all the rooms, which is 5 rooms in total. 

Cons: The building is quite old and so the room condition eg carpet and bathroom.

Other apartments offer higher rates than Mountway. Overall for me it’s Value For Money and I highly recommend for any budget traveler like us. If you have extra budget, you may stay in Mounts Bay Water Apartment which is located in front of the BLUE CAT bus stop. (Pro: you don’t have to walk extra 650m)

You can book online via agoda, booking.com or Mountway website. As for us, we book directly with the hotel after bargain for extra discount for group booking. I get AUD145 per night for family room 4 pax, savings of AUD10/night since the original rate is AUD155. The setting in the room for 4 pax is 1 double bed and 2 singles.

Monday, June 18, 2012

Perth Day 5 ( 11 June '12): Aviation Museum, Mandurah, Ferry @ Barrack Square, Bell Tower

Cuaca yang baik untuk memulakan hari terakhir di Perth. Kami tiada agenda rasmi, so pagi tu hubby activate Celcom roaming semata-mata nak browse attractions sekitar Perth. FYI RM38/day yer pengguna Celcom sekelian. TQ company bayarkan ngehngeh. Gugel2 jumpa Aviation Museum di Bull Creek. Kebetulan kami plan nak ke Mandurah, so Bull Creek Station memang on the way to Mandurah ( same route).

Hari kerja tiket Transperth berbeza. Kalau last Sat kami dapat 9 dollar satu keluarga, kali ni total semua 2 adult + 2 kids 26 dollar. Maher & Muaz mujur FREE ehehe. Tips: Beli satu tiket sahaja, pilih "Unlimited rider" untuk menggunakan semua perkhidmatan di bawah 'Transperth" ; Train, Bus & Ferry. Info lanjut about Transperth here. Sesungguhnya baru tahu on last day boleh? So this entry might benefit to those going to Perth isn't? Lepas dah tau tu plan nak try melenjan pusing sana sini kalau sempat. Hubby komen kalau tau pasal ni on Sunday mmg dah gi tgk kawasan lain dari wasting time gi Harbour Town...yola bang..lesson learn

Tips utk ke Aviation Museum: Amik train dari Perth Underground station laluan menghala ke Mandurah dan berheti di Bull Creek Station, dari situ keluar je station ada bus, amik bus yang btol rujuk pamplet ke Aviation Museum. Tunjuk tiket yg dah beli tadi, so naik bus dah tak payah bayar. Bagitau je driver bus nak ke muzeum tersebut.

Bayaran masuk sekeluarga sama macam Maritime Museum last Sat. 22 dollar family package. Hujan amat lebat maa kami sampai. So just nice, dok dapat layan kapal2 terbang sambil berteduh dr hujan. Anak-anak lelaki la paling excited tengok kapal terbang. Tak kurang juga orang dewasa dapat banyak sangat knowledge baru..kisah hero heroin perang..kisah pejuang..tengok secara dekat kapal pejuang.masa tengok kapal belah dalam tu rasa semacam je yelah teringat pejuang2 yang dah gugur di medan juang.

Aviation Muzeum ada 2 bangunan. Di situ juga ada 2 kapal yang kids boleh naik.Sayang sekali muzeum ni jauh dari town sebab tu la tak ramai yg datang dan kasi review. For us, menarik for kids! Omputih pon bawa anak depa jalan ke sini. Tapi maybe on weekend ramai jugak, hari kami datang tu Monday kan.


 Salah satu kapal yg bebudak boleh naik

 Macam citer zaman dolu konon..


Perjalanan diteruskan ke Mandurah. Kami singgah beli snacks di kedai Bull Creek Station. Owner die oang Malaysia, kami berbual kejap dalam bahasa melayu jer. Sampai di Mandurah, cuaca cerah tapi angin sangat kuat dan suhu sangat sejuk. grr grrr saya tak tahan!!! Terpaksa nyorok belakang bus stop lari dari angin.

Kami ambil bas untuk pusing town Mandurah. Mandurah ni ala desa kampung, suasananya tenang dan tak ramai orang. Kami ke tei pantai..kami tankap gambo sket je sbb saya dah tak tahan sangat2 sejuk. Kami singgah makan bekalan di luar pasaraya Big W.

 Tunggu train nak ke Mandurah

 Angin kuat betul..sejukkkk

 Lengang jer..orang x ramai

 
Lepas dah pusing2,kami ambil bus balik. Solat zohor di Train Station Mandurah. Dalam train , kami plan nak ke Belmont, tapi macam dah tak sempat. Sampai di Perth undergorund station, kami terus amik bus ke Barrack Square dgn niat nak tengok Bell Tower .Sampai Barrack Square, kami nampak Feri sedang menunggu penumpang utk ke Perth Zoo. So apalagi, kami naik Feri pulak sbb dah ada tiket. Anak2 punya la happy dapat naik Feri, dah la Feri tak ramai orang. Masa pergi, Feri ada gak orang yg baru balik kerja..tapi masa balik hanya ada kami dan seorang penumpang. Kami pusing je tak singgah Perth Zoo sebab Zoo dah nak tutup.
 Di Barrack Square..nak naek Feri

 Dalam Feri..kosong je

 Pemandangan dari dalam Feri


Sampai ke Bell Tower hari dah nak dekat Maghrib. Bertemu Azie & the geng kat situ..kami borak-borak kejap. Macam kecik je Perth ni eh..pusing2 jumpa balik hihih. Habis bergambar, kami pulang dengan rasa berat hati sbb dah nak balik Malaysia. Esoknya kene cek out jam 2.45am.

Selamat tinggal Perth! We gonna miss u..we really like the culture , discipline and environment over there.
 Di Bell Tower..kalau nak masuk kene bayar..kami x masuk..dah tutup pon

 Dah nak masuk waktu maghrib...baru 5.30pm gitu

 On the way balik apartment..jalan dah gelap pon
 Last day menu..mmg hebat sket ..perabeh segala stok makanan..kosong 1 beg hihi

 Bye bye Perth..kami gi 4 beg..balik 3 beg..ada la shopping sket..nnti kite tunjuk in next entry k?

Perth Holiday was the most expensive holiday so far..but the experience is priceless 
anak dah berderet ramai banyak le belanja dek nonnn


6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...