Friday, June 15, 2012

Perth Day 3 (9 June '12) : Fremantle & Maritime Museum

Sabtu, 9 Jun 2012..cuaca amat baik sekali..tade hujan...jom pulangkan kereta sebelum 8 pagi! kang tak pasal2 kene charge extra hour

Kami sewa hanya 2 hari. On the way ke Avis, kami singgah isi minyak full tank dulu, itu syarat Avis. Kalau tak isi full tank , die boleh isikan tapi cajnya lebih tinggi. Jadi, baekla isi sendiri. Surprisingly, both charges of our MPV & yatipruzz dapat lebih murah dr total charges masa kite book Rasanya Avis macam kasi sket diskaun agaknya Alhamdulillah. Total cost sewa MPV kami Kia Carnival adalah 318aud + minyak 80aud, sewa selama 2 hari termasuk 1 GPS & 3 child seats. This is the second highest expenditure after accommodation.

Perjalanan diteruskan ...kali ni lebih banyak berjalan. Kami berjalan sehingga ke Train station untuk pergi Fremantle. Disebabkan hujung minggu cajnya agak murah hanya 9aud utk kami sekeluarga , pilih 'family rider'. Public transport di Perth sangat selesa, on time  bersih dan child friendly dimana stroller boleh masuk public transport tanpa perlu dilipat. Even basikal pon boleh masuk..fuh kagum2.

 Berjalan kaki dari Avis ke Perth Train station

Didalam Train

Sampai di Fremantle, masing-masing melepaskan hajat dahulu. Anak2 dah mula lapar, jadi masing2 pon bukak makanan ringan yg dibawa.Kemudian kami naik free BLUE CAT, btol2 luar train station. Memang mudah. Hajat pertama nk gi museum ape ntah tu..tapi cari-cari tak jumpa. Muaz & Maher dah buat hal.start teriak. Kami pon decide utk bawa haluan sendiri. So kami berpisah dengan ahli rombongan dan naik BLUE CAT bus semula pergi ke E-shed market. Tepi Eshed ada mini park, kami singgh utk lunch dulu sebab kids dah lapar.

Masa tengah lunch tu la ada berlaku insiden berebut kamera dan kamera terhentak ke lantai dek angkara Muaz..huhu sabor je la.so kami decide ke Fremantle town utk cari kedai kamera. Wajib la beli kamera baru. So naik BLUE CAT semula. Cari punya cari dapat juga kamera Lumix 100aud. Not bad, kualiti gambar lebih baik dr kamera lama.
Area sebelah Fremantle- tempat menikmati lunch dan insiden kamera jatuh terhentak ke bumi.. Fremantle menjadi saksi!
 Tempat menunggu bas antara Eshed dan Maritime Museum. Tips: ambil Red Cat stop di no "1" utk sampai ke Eshed dan Maritime Museum. 

Perhatian: gambar2 seterusnya ini menggunakan kamera baru he he he


Gambar sekitar old building di Fremantle

Selepas mengambil beberapa keping gambar di sekitar kedai2 di town Fremantle kami naik bas semula ke Maritime Museum. Mmg best ada FREE bus ni, bape kali kite lenjan naik hehe. Kos masuk ke Maritime Museum ialah 22aud for family package. Kat Perth ni mmg banyak family package, so utk kami yg anak ramai ni agak untung juge. Lepas pusing2 pusing, kami ambil whudu' di tandas museum, sambil tu anak2 bermain di 'play area'. Play area derang sangat selesa lengkap dengan macam2 mainan. Kami tunaikan solat di luar museum, betul2 di tepi pantai Fremantle.



@Entrance Maritime Museum. Kat sini boleh gak naik kapal besau tapi hampa kanak-kanak berumur5 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk. cesss

 Di Maritime museum. Anak-anak suka. Sapa bawa kids haruslah ke sini

 Pelantar di luar Maritime Museum, tepi Pantai Fremantle.Disinilah kami menunaikan solat

Angin sangat kuat...sejuk dan sungguh nyaman terasa. Perjalanan diteruskan untuk mencari tempat makan Fish & Chip yg semua blogger2 sebutkan itu. So kami terus ke Eshed market. Tapi tak jumpa lak kedai tu. Saya beli cenderahati dulu di Eshed. Memang btol blogger2 lain kata wajib beli disini sebab barangnya murah. Masa bayar kat kedai Indonesian tu, die pon kasi direction ke Cicerello. Kami pon menapak ke situ

Harga sepinggan Fish & Chip basic adalah 14aud. Mahal..ok mahal takpe lagi..tak dapat sos! lemon pon tade..huhu..rupanya kene beli sos. So beli la sos cili 1.2aud dan sos tartar 1.9. Overall, rasanyaa sangatlah biasaaaa..for me kalau tak makan di Perth tak rugilah huhu. Tapi kentangnya amat besau la , bukan cam kat Mesia kentang kenit sket. Tapi elok gak makan ada la kenangan gitew.. 

 Makan Fish & Chip di Cicerello. ..hmm..biasa jew..derang hidang atas kertas hokey
.

Penutup hari tu kami naik lagi sekali BLUE CAT Fremantle pulak. pusing satu Fremantle sebelum pulang semula ke Perth CBD. Sampai la ke apartment waktu malam. Yg menjadi insiden lagi..kami 1st day naik bus balik apartment..dah tu sampai dah malam..tak tahu jalan arah balik. Dok terpusing sana dan sini, letih sungguh..lutut dah macam nak tercabut. But finally alhamdulillah sampai gak apartment. Kami orang yg last skali balik..tengok jiran tetangga semua dah balik.


Sangat risau berjimba di sini..tepi jeti ni mana der pagar..risau kot si Maher ni jalan laju terus terjun laut huhi..alhamdulillah tiada apa2 kejadian tak diingini disini ;-)

9 comments:

A said...

wah banyaknya insiden hihi..dugaan..

LiTtLe^m3 said...

Tak pasal dpt camera baru kak.... Guna fund emergency ke :D

aida said...

Comey gambar maher yg last tu

Farra Da Smiley said...

A, kenangan gitu

Baiti, expenditure sepanjang di Perth within allocated budget eheh

y@tipruzz said...

X prasan plak pelantar kt maritime tuh. We all solat kt train station

Farra Da Smiley said...

korang x prasan sbb pelantar ni btol2 luar muzeum

Oz Family Store said...

Assalamualaikum. Just sharing sumthing here. Sy tinggal di perth. If nk mkn fish & chips di fremantle silalah cuba di kailis. Cicerello mengunakan animal oil utk memasak & menu dia ada served bacon.

roslihashim said...

tq oz family store for the tip pasal makan di cicerello.insyallah kami nak gi dalam bulan may 15....

roslihashim said...

tq oz family store for the tip pasal makan di cicerello.insyallah kami nak gi dalam bulan may 15....

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...