Monday, June 25, 2012

My 1st MC 2012; tragedi berdarah

Dugaan dugaan. Tragedi berdarah hari Ahad masa kali pertama menggunakan Kenwood Food Processor. Memang akibat kecuaian sendiri & masih belum familiar gitu. Lepas dah proses foodnya dalam bekasnya itu, kite pon dok sedap masuk tangan cekau bahan2 dalam tu zasss kene terus kat jari. Darah mencurah. So kite balut dengan kapas jer. Hubby insist soh gi Klinik semalam. Kite abaikan je sbb rasa cam luka biasa2 je. Niatnya nak gi klinik kat pejabat hari ni. Lepas dah balut2..kite pon rest dan terus tertidur sbb rasa cam pening lak kepala

Malam tadi sekali lagi kejadian berdarah terjadi masa amik Whudu' utk solat Isya'. Pagi ni pulak tak sangka keadaan makin teruk disebabkan satu adegan. Masa ni kami semua dah siap nak pi kerja. Mus'ab hari ni cuti sebab semalam ada sukan sekolah.

Muaz dok sobuk ketuk pagar sebab nak keluar. Saya dah pesan ngan dia " jaga Maher tu! jangan kasi keluar!!". Sekali pagar tu berjaya dibuka oleh Muaz dan sementara Mus'ab sibuk berargue dengan Muaz, Maher yg pantang tengok pagar terbukak , apa lagi terus berlari keluar ok! FYI, my house ni depan jalan yg agak sibuk gak.

So sepantas kilat, saya terus set gear 5 mengejar Maher. Syukur Maher selamat. Masa otw berlari tu la kalau tak silap jari yg cedera ni terkena grill hentaman kuat, so terus la luka besar darah pon menitik2. Haa terdiam terus anak2 yg dr tadi dok havoc kat pagar. huhu


Dapatla 3 jahitan dan doktor kasi MC 3 hari. Wahh, ni MC pertamaku tahun ni terus 3 hari tuh. Jari je pon yg sakit..nak menulis mmg tak dapat, menaip boleh gigih lagi. Masih boleh jawab email2, ala2 work from home gitu.





Hubby soh beli je food for lunch, tapi kite takmo le...kite nak masak ..suke. Tapi dah janji nak masak lemah lembut gitu hihi..gloves pon pakai dulu sebelum masak & mencuci pinggan. Memang sebaiknya kene dielakkan dari kene air, nanti lambat sembuh. Dah tu kite banyak pakai tangan kiri berbanding kanan.

Alhamdulillah, idokler seteruk mana pon. Allah uji baru sket ni supaya kite beringat anytime Allah boleh tarik rezeki yg diberi kepada kita.

Btw, cucuk bius tu memang sakit hokey! mengalir air mataku. Tapi lepas da masuk bius, dah tak sakit..masa kene jahit rasa kene gigit2 semut.

Akhir kata, berhati-hatilah ketika mengendalikan alat-alat di rumah! Malang tdak berbau Pie mahupun Cheesecake!

Balut tangan utk elak dari air

Macam 1st class menu plak utk org MC


Lauk ready for family ..padahal lunch time makan ngan wadah je

Petang amik whuduk for Zohor berdarah semula jahitan luka ni...

9 comments:

Ummu Auni said...

aku tengok pun takut beb. tajam betul food processor hang

Farra Da Smiley said...

Aini, well u know..kenwood blade sgt tajam..aku dah agak fobia plak nak guna food processor tuh ..seriauuu

asmasalleh said...

lauk mmg nampak lebih indah ye bile di hidangkan dalam correlle.. hihihi. Semoga cepat sembuh jari jemarinye ye Farrah..

ummi said...

ngeri! tak jadi beli food processor hihi..

Farra Da Smiley said...

Semah,kan...lauk bertambah seri

K. Tie, jgn le kak..sy yg x handle btol2..alat tu ok je..huby siap kata..dlm buku manual dh tulis soh hati2 ngan pisaunya yg tajam

Zuraimah Ismail said...

ya Allah, ngerinye....get well soon dear

Farra Da Smiley said...

tq kak CT :)

yatiscloset said...

jari luka pon still rajin masak. syabas beb! kalo aku sure dah call delivery hihi

Farra Da Smiley said...

stok makanan byk baru beli so rasa terpanggil utk memasakkk chewahhh heheh

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...