Tuesday, June 26, 2012

Cara-cara membuat Pie

Assalamualaikum..

Suka tak makan Pie? Ahad lepas saya mencuba Pie Magic maka terjadilah resipi Pie Mince Beef, satu edisi black pepper dan satu lagi cheesy.

Bulan Feb dulu buat Pie tanpa Pie Maker--> klik sini dan saiz kecik disini
 
Bahan-bahan inti:
Daging cincang
Bawang besar, potong dadu
Lobak merah , potong dadu dan rebus sedikit
Kentang, potong dadu dan rebus sedikit
Cendawan butang , hiris
Cili besar , dihiris
Lada hitam kasar
Sos tiram
Garam

Untuk jadikan filling cheesy, hanya tambah sedikit susu dan mozarella/parmesan cheese

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar
2. Masukkan daging cincang dan kacau
3. Masukkan sayur lobak merah dan diikuti dengan kentang
4. Masukkan lada hitam, sos tiram dan garam
5. Masukkan cili dan kacau sehingga masak. Jika terlalu kering masukkan sedikit air
6. Ketepikan dan sejukkan seketika

Bahan-bahan shortcrust pastry:
250gram butter ( saya jadikan 230gm butter + 20gm shortening) - crust menjadi lebih umph!
510-520gm tepung ( saja lebihkan utk buat hiasan atas pie)
Sedikit garam
1 biji telur
Sedikit air sejuk ( 3-4 sudu besar)

Cara-cara menggunakan tangan/manual:
1. Campur semua bahan diatas dan uli dengan tangan hingga menjadi doh 
2. Terap dan letak dalam aliminium foil mould boleh dibeli di kedai barang kek.
3. Letakkan inti dan tutup bahagian atas dengan doh
4. Sapu dengan kuning telur dan tabur sedikit oregano utk nampak lebih menarik
5. Bakar selama 30minit+-

Cara-cara menggunakan food processor:
1. Masukkan tepung dan butter yg dah dipotong kecil.
2. Proses beberapa minit sehinggan sebati. Masukkan telur, garam, air dan blend lagi sehingga menjadi doh

Langkah demi langkah:
Penapis ni baru beli..saja nak tunjuk sebab ianya memudahkan kerja nak merebus sayur..contoh diatas..angkat je
 Sedang memasak inti
Membuat doh menggunakan Kenwood Food Processor..sapa 1st time nak beli mixer and food processor belilah Kenwood yer..it comes with all 4 attachments: Food Processor, Blender, Meat Grinder & Mixer..berbaloi2...buat justifikasi kat suami masing-masing...I can give input
Doh dah siap..keluarkan dan bentukkan bulat2..masuk peti sejuk 30min dulu sebelum diuli..petua omputih
Dah sinilah berlaku tragedi berdarah!!
ok kite sambung

Doh tu diuli macam biasa ..dan tekap guna Cutter..die kasi siap2 dalam kotak Pie Magic ni
Bila dah panas ada indicator hijau..letakkan base Pie dulu. Hati-hati panasss
 Later la kite share pic Cutter tu ok?
 Masukkan inti pie
Letakkan dibahagian atas pulak
 Kalau filling cheesy, masukkan juga cheese..then tutup Pie Magic tu..kurang dr 10 Min siap! Kite kene cek kalau indicator lampu jadi 'ready' maksudnya dah siap. Tade bunyi..kalau leka boleh hangus Pie
Sedap.. Love it very much..dohnya sangat lembut tapi agak crunchy di luar..for me kalah Danish Patisserie hihi ok masuk bakul angkat sendiri : P
FYI, dah bertahun jugak saya buat pie..nak dapat kulit pie yg umph ni memerlukan percubaan beberapa kali..resipi yg ni mmg tidak mengecewakan!

Resipi ini menghasilkan 9 biji Pie big saiz..same like Danish Patisserie..omputih suka makan besau kot..makan seketul terus kenyang
 Jemput makan...selamat mencuba..semua orang suka kecuali...macam biasa Mus'ab

Membuat Pie menggunakan Pie Magic ni  kelebihannya adalah:
  • Tak perlu beli acuan pie
  • Kurang 10 minit dah siap masak
  • Ianya lengkap dengan Cutter
  • Mudah disimpan, saiznya sama dengan sandwich maker

Kalau nak jual Pie Magic ni ada tak orang berkenan nak beli agaknya?

14 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

Ada.. me.... me... me... Ewahh semua baking tools nk ada mcm rajin sgt :p

Princess Solehah said... Reply To This Comment

akak..berapa harga blender tu? menarik...pastu harga pie magic ni berapa?

Smiley said... Reply To This Comment

princess S, kenwood tu kat mesia kalu x silap 1.4K kot..akak beli di UK £150 = 780+-.pie magic aud45.kat mesia tade

y@tipruzz said... Reply To This Comment

Aku tader pie mould..if guna cheese tart mould ok tak ketebalan dia ko rasa? Pastu..wajib uli ke? Aku wat cistat just bentukkn guna tgn n tekan2 dlm mould tu hihi

Smiley said... Reply To This Comment

yati..klik link pie kecik tu aku guna tart mould ..takyah uli teruk cam wat roti
if ko canai ekceli lg laju wat cistat

atulhani said... Reply To This Comment

bestnya pie magic tu kak...

Smiley said... Reply To This Comment

best3 ..akak mmg taleh tahan tgk alat2 cooking ni :-)

CT said... Reply To This Comment

sedapnye!!!!!!!!! baking tools canggih sangat la nak p beli...huhuhuhuhu

Smiley said... Reply To This Comment

Kct, technology membantu menbantu kerja rumahtangga ahah

ME said... Reply To This Comment

i berminat sgt2 dgn pie magic nie & dah lama cari .. pls email me @ mashitohahmad@yahoo.com ..

Merah Baldu said... Reply To This Comment

salam..berminat gak..klu ada u email ek..redvelvet84@gmail.com

Hamidah Sulaiman said... Reply To This Comment

Saya juga minat nak beli pie maker tu. minat sangay. Emel saya -
hamidah.suk@gmail.com.
Terima kasih dan wassalam.

Hamidah Sulaiman

Hamidah Sulaiman said... Reply To This Comment

Saya juga minat nak beli pie maker tu. minat sangay. Emel saya -
hamidah.suk@gmail.com.
Terima kasih dan wassalam.

Hamidah Sulaiman

NADYA ANWAR said... Reply To This Comment

ada jual pie magic ni ker.. kalau ada, emel kat saya nadrulz05@yahoo.com pls. tq