Monday, October 18, 2010

Mee Udang i like itttt...

1st time dgr Mee Udang dulu dr Blog Yati, katanya meed udang utara sedap! Padahal kami tiap kali balik utara tade plak org sebut2 dan kami pon tak penah jumpa. Skali rasa bebaru ni my SIL buat la mee udang, die cari resipi kat internet jek..2 kali buat guna 2 resipi berbeza, apapon i like it!

So tibala aku lak wat research resipi mana sedap. So puas kumencari jumpa resipi I disini dan resipi II disini. Dan aku combine la sket-sket dan terjadilah 'My Mee Udang i like it' eheheh. Layannnnn

Nampak cam panjang tp sonag je buatnya.


Bahan-bahan:
Mee Kuning ( dicelur)
Udang - 600gm-1kg ( ikut suka)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan utk memekatkan kuah (optional):
Kentang 1 biji direbus
Tomato 2 biji ( diblend dengan kentang yg dah direbus)
Kalau nak kuah cair je takyah taruk kentang dan tomato

Bahan kisar:
15-20 biji cili kering (di masak dalam air panas dan dibuang sikit bijinya)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
Sedikit halia
4 biji buah keras
2 sudu besar udang kering

Bahan hiasan:
Daun bawang
Sawi ( dicelur)
Taugeh (dicelur)
Tauhu goreng ( dipotong nipis)
Telur rebus
Bawang goreng
Cili potong
Limau nipis

Cara-cara penyediaan stok udang:
1) Pisahkan udang dan kulitnya
2) Rebuskan udang sampai udang masak dan angkat udang letak dihidang. Air rebusan disimpan utk membuat kuah
3) Rebuskan kulit udang dan kepala udang. Kemudian blend sampai hancur dengan air rebusannya. Tapiskan dan campur dengan air no (2) tadi.

Cara membuat kuah:
1) Tumis bahan-bahan kisar sampai agak masak juga
2) Masukkan air stok udang yg disediakan tadi.
3) Masukkan 1 sudu sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan garam dan sedikit gula
4) Akhir skali masukkan campuran buah tomato dan kentang yg direbus
Nota: Boleh tambah air mengikut kesesuaian, kang tak cukop kuah haru plak eh

Cara menghidang:
1) Letak mee kuning
2) Susun atur semua bahan-bahan hiasan tersebut termasuk udang ( penting ni)
3) Letak kuah di atas mee

Series we like itttt
Selamat mencuba!

4 comments:

myjuliana said... Reply To This Comment

aku balik kulim haritu pekena mee udang dekat jer dgn rumah chot.. pergh sedap & udang besar2.. tapi harga pon sedap jugak la kan.. hehehe

apepon, akan kucuba resepimu ini so that next time buat sendiri jek.. memang i like it too!

p/s: apsal bawang putih tulis 2 kali, ker sepatutnya bawang merah?

Farra said... Reply To This Comment

juli: alamak..aku edit jap :p

Tyha said... Reply To This Comment

Lebih kurang mcm mee bandung resepinya...cuma x letak kacang...mcm mee rebus pon ada gak..;)

Farra said... Reply To This Comment

Kak tyha: yes exactly! we like mee bandung too..saya salu buat gak..beza mee bandung taruk ayam sotong daging ikut suka