Friday, May 30, 2008

Buku bulan Mei 2008

Tengahari tadi sempat membeli buku di bawah di MPH Bookstore, Bangsar Village ;) Gembira saya. Kalau tak membakar sekurang-kurang ada buku nak di baca.

Saya peminat no. 1 Adam Khoo sekarang ni selain Labanon :p ehehe. Harga RM51.90


Memula ingat nak beli buku The Science of Getting Rich. Tapi tup tup beli buku Dare To Fail by Billi Lim. Saya tak pernah baca buku dia tapi pernah dengar namanya yang disebut oleh Unit Trust Consultant yang lain. Harga RM36.80

Buku kategori 'baking' atau 'cake deco' memang tak sempat nak cari dalam tempoh masa yang terhad. Oh ya esok dan ahad saya sibuk dengan kenduri sepupu. Malam ni nak kene pulun siapkan kek hantaran dia ;) Ada juga beberapa tempahan kek kawan. Best of luck to me.
Saya nampak iklan Jekel sales sampai 8 Jun 08! Jom pergiii!!!

Wednesday, May 28, 2008

Happy Birthday Abang ;)

Tanggal 27 Mei 2008, genaplah usianya 28 tahun. Semalam sepatutnya menjadi hari yang istimewa buatnya. Tapi lain yang jadinya. Isterinya MC kerana demam, batuk dan selsema sejak 4 hari yang lepas. Anak-anak juga tak berapa sihat sepenuhnya, masih ada batuk dan selsema. Jadi, kami belum buat any celebration lagi. Mungkin hujung minggu ni agaknya. Apapon hadiah untuknya saya dah belikan. Tapi belum sempat bungkus lagi. Semalam saya MC dan nak tahu apa saya buat? Saya tidur saja sepanjang hari bersama Mawaddah. Si Abang terpaksa saya hantar ke rumah neneknya sebab asyik nak cari gaduh dengan adik. Mama nak berehat pon tak dapat. Memang best la melepak dan tidor tanpa membuat sebarang aktiviti berat seperti mengemas dan membakar kek :D

Happy Birthday To You...you are my best soulmate that I ever had..
Semoga murah rezeki selalu..semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu
Love always
-ayg-

Monday, May 26, 2008

Lelong!!

Made this 50 pieces samosa after maghrib yesterday. Saja untuk makan sendiri because my kids love it and some I bring to the office.

For sale today! Cream Peach Cheesecake , small size (6') at RM28. Call/sms me ASAP 0133413040.


-Farra

Sunday, May 25, 2008

Nasi minyak malam Ahad

Minggu ni badan memang rasa tak sedap..bermula dengan Jumaat lepas, sejurus balik dari pejabat rasa badan memang ada yang tak kena. Malam tu saya lelap jam 9mlm++ ( mengalahkan baby!)

Sampai hari ni sakit kepala, sakit tekak dan selsema minor masih ada. Tapi badan tak pulak panas ( agaknya sebab dah makan panadol:D). Nak membuat aktiviti membakar pon agak terbatas. Kalau ikut perasaan memang minggu ni nak buat Fruit Tart. Tapi saya larat buat kek tempahan pelanggan je.

Malam tadi berkesempatan ke kenduri Aiza di Keramat. Seronok dapat berbual dengan kengkawan walaupun tak lama. Mana taknya, masa kita berbual suami memang dah naik risau sebab anak-anak kami tak boleh duduk diam..berjalan dan berlari merata sampai penghujung khemah. So, kami tak lepak lama sangat. Jam 10mlm kami dah bergerak pulang. Saya sempat tangkap 2 gambar aja :)
Cantik bangat gaun Aiza niii..serius! Pelamin dia pon lain dari yang lain. Banyak rama-ramai gitu.

Ha..kenal tak sapa tu? Ingat pesanan daku eh..kalau naik pelamin buat cam pelamin Aiza tu eheheh

Friday, May 23, 2008

Toilet training

Saya dah mula menjalankan ‘toilet training’ untuk Mawaddah sejak minggu lepas.

Nampak gaya percubaa pertama tak berjaya. Lihat saja alkisahnya:

  • Hari pertama ( Sabtu) – Membuang air secara senyap di dapar ketika kami sedang menjamu selera hidangan tengahari.
  • Hari kedua (Ahad)- Membuang air besar secara senyap juga di dalam bilik bawah yang baru diubahsuai.

Minggu ni daku takkan putus asa. Mesti usaha dengan lebih dan fikirkan ianya akan berjaya!

My Law of Attraction…I’m in the process of delivering toilet training to Mawaddah. She will be diaper-free by age of 2 years and 4 months. (I have another 2 months!)

Saya baru selesai membaca buku Law of Attraction. LOA sangat berkaitan dengan NLP yang pernah saya utarakan sebelum ini. The law simply says that you attract into your life whatever you think about. Mungkin saya akan kongsikan dalam entry akan datang. ;) Selamat berhujung minggu!

Hujung minggu punya pelan: kenduri kahwin Aiza, tempahan kek, kunjungan dari K. Ain dan macam biasa aktivit 5S.

P/S-Sesapa kalau tahu Jakel dah start sales, tolong inform eh! excited ni 1st time nak gi Jakel

Monday, May 19, 2008

Aquaria KLCC

Yesterday was fun. The morning started off with decorating a big 3kg weding cake. My officemate, Jaja requested for her brother's wedding. She requested a big budget cake that can treat a bigger size of guests. Therefore, the budget cake is actually blueberry cake which only have 1 layer of blueberry filling, frosted with butter cream and finally with Choc Ganache. I took almost 3 hours to deco it. It was tiring but satisfactory eventhough it doesn't has a very pro look wedding cake :p. More story about the cake.

After we delivered the cake we went to Aquaria KLCC. Mus'ab really enjoy the experience in Aquaria while Mawaddah didn't feel the fun there (I guess so) because she was too scared with the big fish/tarantula/snake etc :p pity her. Anyway, they enjoy the time at KLCC playground and pool. Eventhough we didn't bring along any spare clothes, we allowed the kids entering the pool. Their swimming suit: Mus’ab with only his underwear and Mawaddah with her long pant. Since we have no spare clothes, Mawaddah just wear pampers and her shirt on the way we walked towards our car in Abang’s office ..selamba ajekk ;)

Enjoy some pictures here.

The 3 kg blueberry cake
Mus'ab look so excited kan?
Ramai gila maa orang mandi kat pool KLCC walaupun time tu jam 3.30 petang:D
And more in our fotopages.


Saturday, May 17, 2008

My passion

If you are one of the PM investor, it's a good news to know that PM won the Best Islamic Fund Manager is Asia. You may want to know more here.

Everyday I live in my world of passion..it's in Personal Finance. Eventhough I'm still working in Customer Service line (particularly in Contact Center), I can't stop myself from relate Financial planning with the strategy in grooming my company contact center to be the best. We are now very busy in working hard on one big project for the company. The end result will be a millions save for the company. Our superior keep motivating us about the rewards that we would enjoy if we can successfully made it. It's challenging but I'm also passionate about it. I’m looking forward the rewards.

The course that I've attended (leadership web) is very superb. The most interesting part is about the NLP. I love it and when the trainer asked, if I were given to have dinner with, I replied, it will be Adam Khoo. No wonder I feel the excitement learning the subject because Adam is also the practitioner of NLP. Great leaders applied NLP. I want to do more research about it.

Maybe due to that, my another world of passion ..my world of baking has been given a less focus and attention. The 3 baking tools which I bought from Tan See Fong has been arrived about one month ago, but I never had the desire to try it. I spent RM128 for it; 2 chocolate moulds and 1 VCD. Anyway, I don’t want to loose my semi-expertise competency in baking. That’s why I still continue baking and take limited order. Frankly, I still have the passion in baking.

Opps..I have to stop my online activity now because I have 2 important tasks today: 1) Prepare and submit job dimension presentation to boss by today 2) Bake 3kg wedding cake for tomorrow’s delivery. This is the first I was given another challenging order, a big cake :D.

Last but not least, these are some powerful presuppositions to boost your motivation which I learned from the course:

"Confusion is the beginning of understanding, discomfort is the
beginning of skill"

"Whatever you do or dream you can, begin it. Boldness has genius, power and magic in it"

"There is no such thing as failure, only feedback"

We also plan to go Aquaria tomorrow just to spent our own sweet time with the kids. I also plan to buy new Adam Khoo's book at Kinokuniya. Book title "Nurturing the winner & genuis in your child"

Wednesday, May 14, 2008

Leadership Web

Sekarang saya sedang berkursus selama 4 hari berturut-turut di Crown Princess Hotel, Jalan Tun Razak. Nama kursus " Leadership Web". Inilah kursus paling lama saya meninggalkan pejabat rasanya :D Sesekali tinggalkan kerja pejabat memang syok jugak. Lagi-lagi dapat berkenalan dengan semua pengurus-pengurus kat syarikat yang dah mempunyai bertahun pengalaman. Opps, jangan silap..tajuk kursus cenggitu bukan bermakna belajar buat Website, tapi ianya lebih kepada hal ehwal Kepimpinan. Banyak betul saya belajar rasanya. Bukan senang nak memimpin pasukan kerja supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Kita cuba dulu ye bos!
Tak lama lagi harijadi suami..em, apa hadiah yang nak diberi agaknya ni?

Sunday, May 11, 2008

Semalam saya bertemankan adik yang sedang bercuti bersama anak-anak pergi la berkunjung ke MIHAS 08. Kami sampai jam 11.30am naik kereta..mak aii..orang ramai..parking takde, so lepas pusing-pusing, akhirnya kami balik ke rumah. Kecewa jugak, tapi rasanya memang takde rezeki.., nak letak keta kat Masjid Wilayah jauh sangat nak jalan pulak..dah la Mawaddah suka berdukung. Lainla kalau ayahnya ada, Oh ya, kesian kat Abang sebab 2 hari ni memang tak rest langsung sebab kene jaga booth kerja dia kat KL Con. Center.
Jadi 2 hari ni kami hanya bertiga-tigaan di rumah. Macam biasa aktiviti 5S diselang seli dengan balik ke kg belakang umah in between :D Aktiviti baking pon takde 2 hari ni coz esok saya nak gi kursus 4 hari..td sempat siapkan JTOR kerja baru dan dah submit pon (deadline tomorrow)..nak tido dulu..babaiii ;)

Wednesday, May 7, 2008

Tuesday, May 6, 2008

Pembakar semangat

Cuti hari pekerja dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan meluangkan masa yang amat berharga bersama keluarga dan keluarga mertua di Kedah. Kami pulang ke kampung selama 4 hari. Seronok. Kami makan angin ke rumah adik ipar di Sg Petani. Alhamdulillah, kesempatan yang ada mesti digunakan sebaiknya. Saya berpeluang berkongsi tentang topik kegemaran saya iaitu pengurusan wang dan pelaburan unit amanah. ;) Dan sudah tentu ada yang melabur. Saya rasa puas dapat membantu masyarakat membuat pelaburan untuk masa hadapan. Menjadi perunding unit amanah separuh masa sebenarnya banyak meningkatkan kualiti hidup saya kerana saya dapat membantu orang lain, memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan waktu yang sama saya juga mendapat ganjarannya. Dengan mak mertua dan adik ipar perempuan, topik kek sudah pasti tak boleh tinggal juga
Saya belakangan ini suka sangat membaca kisah-kisah orang berjaya. Kisah mereka ini sebenarnya membakar semangat untuk terus maju kehadapan. Hari ini saya sangat tertarik dengan artikel Adam Khoo ini, bertajuk " Don't like to sell? Then, you will never be rich"
Selepas membaca artikel tersebut, ianya memberi semangat! Membuat jualan sebenarnya adalah 'win-win situation'. Asalkan produknya berkualiti, pembeli akan mendapat faedah, penjual juga mendapat ganjaran. Jika kita tidak suka menjual, kita sukar menjadi kaya. Kemahiran menjual sebenarnya perlu ada untuk kita maju kehadapan. Didalam syarikat juga, anda perlu jual diri anda, jual idea anda supaya anda menonjol! Saya juga menjual diri saya didalam organisasi saya supaya kita mendapat peluang untuk peluang karier yang lebih mantap. Saya pasti kita semua mempunyai cita-cita untuk maju. Jadi, saya memang setuju dengan artikel Adam tersebut. Minggu ini kalau sempat, saya nak pergi beli buku Adam lagi. Ah, tak sabar rasanya.
Anda rasa tak cukup masa untuk surf Internet menjelajah pelbagai ruang ilmu? Pasang saja Streamyx di rumah dan anda mempunyai masa tidak terhad untuk online selalu. Bukan mahal pon, ianya pelaburan untuk masa hadapan juga! Nak mudah mohon Streamyx tanpa perlu hadir ke TM Point? Hubungi saja saya disini: 013-3413040. Team Streamyx kami yang uruskan semuanya! beres!!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...