Cuti hari pekerja dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan meluangkan masa yang amat berharga bersama keluarga dan keluarga mertua di Kedah. Kami pulang ke kampung selama 4 hari. Seronok. Kami makan angin ke rumah adik ipar di Sg Petani. Alhamdulillah, kesempatan yang ada mesti digunakan sebaiknya. Saya berpeluang berkongsi tentang topik kegemaran saya iaitu pengurusan wang dan pelaburan unit amanah. ;) Dan sudah tentu ada yang melabur. Saya rasa puas dapat membantu masyarakat membuat pelaburan untuk masa hadapan. Menjadi perunding unit amanah separuh masa sebenarnya banyak meningkatkan kualiti hidup saya kerana saya dapat membantu orang lain, memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan waktu yang sama saya juga mendapat ganjarannya. Dengan mak mertua dan adik ipar perempuan, topik kek sudah pasti tak boleh tinggal juga
Saya belakangan ini suka sangat membaca kisah-kisah orang berjaya. Kisah mereka ini sebenarnya membakar semangat untuk terus maju kehadapan. Hari ini saya sangat tertarik dengan artikel Adam Khoo ini, bertajuk " Don't like to sell? Then, you will never be rich"
Selepas membaca artikel tersebut, ianya memberi semangat! Membuat jualan sebenarnya adalah 'win-win situation'. Asalkan produknya berkualiti, pembeli akan mendapat faedah, penjual juga mendapat ganjaran. Jika kita tidak suka menjual, kita sukar menjadi kaya. Kemahiran menjual sebenarnya perlu ada untuk kita maju kehadapan. Didalam syarikat juga, anda perlu jual diri anda, jual idea anda supaya anda menonjol! Saya juga menjual diri saya didalam organisasi saya supaya kita mendapat peluang untuk peluang karier yang lebih mantap. Saya pasti kita semua mempunyai cita-cita untuk maju. Jadi, saya memang setuju dengan artikel Adam tersebut. Minggu ini kalau sempat, saya nak pergi beli buku Adam lagi. Ah, tak sabar rasanya.
Anda rasa tak cukup masa untuk surf Internet menjelajah pelbagai ruang ilmu? Pasang saja Streamyx di rumah dan anda mempunyai masa tidak terhad untuk online selalu. Bukan mahal pon, ianya pelaburan untuk masa hadapan juga! Nak mudah mohon Streamyx tanpa perlu hadir ke TM Point? Hubungi saja saya disini: 013-3413040. Team Streamyx kami yang uruskan semuanya! beres!!
1 comment:
Setuju ngan kepentingan selling skill. Moga terus bersemangat. Kitorg tumpang tempias2 semangat.
Btw, preview tu utk grup korg ke ke open to all?
Post a Comment