Monday, April 23, 2007

Carrot mood

Anak-anak mesti di ajar makan sayur sejak kecil. And for my kids, I always ensure vegi is a must in every meal. So, here I want to share very simple breakfast for kids & whole family.

Cekodok carrot

Bahan:
Lobak parut
Tomato potong dadu (optional)
Daun kucai potong halus
Bawang besar potong dadu
Udang kering sket ditumbuk
Garam seciput
Air secukupnya

Cara: campur semuanya dan goreng.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Semua orang suka terutamanya Mawaddah ;)

Next, is carrot cupcakes.
My mom beli banyak carrot last week so I baked Carrot cupcakes with walnut n raisins. Aduhai, aku dah jatuh cinta padanya. Lebih-lebih lg, I decorate it with French buttercream and cutie baby carrot. This is my 1st time make the baby carrot, quite challenging but yet very satisfying. I used my own homemade sugar paste not buy the readymade one from any cake supplier. Dek sayang nak makan yg cute2 tu aku simpan dlm fridge ;)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tidak ketinggalan, other cupcakes : Strawberry, Choc rice & Choc chip cupcakes. Insyallah will update more and order will be made available next month. yeyeh weekend ni balik kg.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
p/s- saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Sila beri sebarang komen/cadangan membina untuk sy perbaiki kualiti kek ;) Thanks for ur support.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Haha..cupcakes yang dah senget pon ada

Friday, April 20, 2007

Apa kisahnyer ni

Dah 3 minggu tak menjahit. Aduhai cemana nak menjahit sebab tengah syok baking ajer. Lagi-lagi si Abang dan Adik sangat rajin nak membantu Mama. Tengoklah, apa dah jadi dengan mesin jahit kategori warga emas ni.

Mereka berdua dah berjaya kopakkan kayu bahagian luar mesin. Kesian mesin ni. Mesinnya pemberian Emakku manakala badan kayunyanya pemberian Arwah Mak Ngah. Mak Ngah, walau mak ngah dah pergi meninggalkan kami sejak 2001, ingatanku padamu masih kuat lagi.

Then, si abang dah berjaya patahkan jarum menjahit Singer jenis 115 utk 3 kali. Lepas ni Mama kene cari lagi kat kedai. Ayah hang dah bising suruh Mama simpan kepala mesin tu ke dalam. Ntah kenapa Mama tak suka sgt buat sebab kene cabut benang atas tu. Nanti bila nak guna kene pasang balik, malas ler:p

Then, si abang dah rosakkan benang belah atas segulung yang mama tinggalkan. So, mama kene beli lagi benang. Nasib baik harganya hanya 70 sen.

Ayah dah 4 hari tinggalkan kita bertiga di rumah. Kursus kemain lama sampai 27hb ni ( 2 minggu) kat Morib. Nampak macam Abg Mus’ab faham sebab dia kata “Ayah kusus”. Mama rindu kat ayah jugak ni ;)

Esok mama nak kuatkan semangat untuk sambung menjahit semula. Sekarang yg tinggal hanya: Night curtain utk pintu bilik & lapisan paling luar ( yg ada renda tu, yg ni dah beli renda manik) utk semua tingkap atas. Harap-harap berjaya. Apapun design lapisan luar dah dpt idea dr buku Ummimon ;) Thanks a lot kak. Ahad macam biasa, Mama byk projek kat dapur ;)

Alkisah penguabahsuaian rumah, borang permohonan sudah aku dapatkan dr MPS. Cajnya tade la mahal pon. Kami perlu engage arkitek utk lukis pelan dan kontraktor. Arkitek dah dapat, kawan Abang , then 3 no telefon kontraktor dah dapat dari jiran tetangga tapi belum sempat call lg. Yang ni aku serah pada Abang sebab tak pandai nak deal dengan kontraktor.

Apapun, tak sabar rasanya nk pergi HomeDec 07. Cuti pon dah apply. Harap-harap dapat byk lagi idea & offer menarik utk tiles, hob, hood, kitchen cabinet etc. walalala…berapa RMMMM akan melayang*&^ eheheh

p/s- Smiley akan berkursus selama 3 hari di KL, so tak masuk pejabat. Then, cuti panjang lg nak balik Kulim. Anyone yg nak order kek untuk bulan Mei tolong call or email Y! ok.

Monday, April 16, 2007

Blueberry Cheesecake

Saturday was like a ‘visit day’ for us. Initially, the plan was to visit Aida, then followed by Zarid & Yati. Unfortunately, Aida still in Melaka and Yati is not available at home.
Instead, we went to Jaja’s house who is also Zarid’s neighbor.

From Kajang, we went home first to pick up Tok & Wan Mus’ab who is also excited to go to my friend’s housewarming party, Ogy. I am so glad to meet my schoolmate there. Tok & Wan also enjoy chatting with Ogy’s parents. I always bring my parents when we were visiting my schoolmate’s house, namely Ogy, Yana, Apid, Rina & Yani. We were so close actually.

I don’t have any order last week. So, yesterday, I make Blueberry Steam Bake Cheesecake, my first own recipe. I was thinking not to make a very rich cake this time so I combined heavy cake + sponge cake recipe to make this cake. My little Mawaddah really love it. She can finish off one slice of cake by herself.

Friday, April 13, 2007

Creamy Cuppocino Cheesecake

SMILEY CAKES add more flavors to our cheesecake to suit your taste. So, here we go..Creamy Cuppocino Cheesecake. Promotional price is only RM39 for 1.5kg. This cake used Halal Gelatine from http://halagel.com ;)

So, why wait? Order now!! Please place your order 4 days in advance.

Thursday, April 12, 2007

Saturday's project

Sabtu, ke kelas dekorasi kek di Bakeri Ria Academy. Chef nyer, Chef Farid & Chef Ramli, dua-dua baik orangnyer dan yang paling penting sangat pemurah ilmu. Tanya apa soalan even yang takde dalam silibus hari tu pon depa pasti jawap/tunjukkan. So, for me RM150 it's really worth.

Dekorasi kek, bukan mudah rupanya. Berdiri berjam-jam sampai lenguh kaki & belakang. Kalau duduk, corak tak berapa menjadi. Semua pelajar ada 7 orang. Meriah & semua orang mesra. Macam dah lama kenal. Setiap pelajar diberi 2 biji kek span vanila & 6 biji cup cakes. Kami diberi kebebasan untuk buat apa sahaja dengan bahan-bahan yang ada dalam kelas tu. Enjoy betol. So, macam2 kaler kami guna: oren, kuning, merah, coklat, hijau etc. But for my cake, I don't like many colours. I used only 3 colours max. Instead, I don't like butter cream!! Serious. Same as Hubby.

So, nak tau apa jadi ngan kek tu bila balik rumah.
1st cake- 3/4 bagi babysitter
2nd cake-1/4 bawa office
Cup cakes- 3 biji kami makan

What happen to the rest? Tong sampah. :D Tak bawa sume ke ofis sebab biasanya orang di pejabat ( agak berumur kots?) tak suka butter cream. Me yg tak berumur sgt pon tak suka sgt. eheheh

Takpela, at least if I would decorata in future , I will use choc moist cake. Maybe rasanya better lagi. Apapon ni lah hasil kek ku. Because of speeding on the way home, the cake rosak sket kat tepi. I was speeding because I've promised to Abang to go home ASAP at least by 3pm. I reached home 5.30pm and our potential contractor already at home to meet us.
Pinky Cake
Brownish Cake. Tulisan tu Chef Ramli yang tolong tuliskan.
Cuppies dah tergolek dalam kotak. Pening orang yang memakannya :p
Last but not least, from serpihan kek-kek, jadilah ia Choc Ball ;)

Friday, April 6, 2007

Cita-cita tak kesampaian

Tadi turun bawah kejap. Konon nk berbakti kepada masyarakat dengan menderma darah. Rupanya orang menyusu taleh derma darah ek.

Wednesday, April 4, 2007

Ooh Pokok getah Kuu

Ini kisah seorang ibu menyusu dan isteri kepada seorang pegawai di Lembaga Getah. Kali ni bukan pasal memasak.

Sejak keluar hospital, saya dah kurang menoreh. Menoreh sekali saja dalam sehari di pejabat. Hasilnya sehari dapat sebotol, sebotol dapat 4-5oz.

Sejak keluar hospital juga, si kecik dah suka botol susu. Pantang kami buatkan susu Abangnya, kalau ada peluang pasti dia ambil dan minum. Sekarang ni susu abang dan adik sama : Dugro 1 Plus.

Sejak minggu lepas setiap kali menoreh, hasil yang saya dapat hanya 2 oz. Sadis kan? Pokok getah dah kurang susu, agaknya kurang baja. Entahla, apa yang kurang yek. Tapi malam pokok getah masih produktif. Dapat memberi minum kepada si kecik sampai pagi.

Tapi sekarang ni sebelum tidur si kecik pasti nak minum sebotol kecil susu. Jadi, botol perahan siang mesti habis diminumnya. Dan siang keesokan harinya, tak dapat nak supply susu ke rumah pengasuh. Si adik terpaksa la minum susu lembu.

Tapi saya tak risau sangat. Umurnya pon dah setahun 2 minggu. Nampak setakat ni OK aja. Yang penting malam-malam masih menyusu. ( Ker nak sedapkan hati je nik?:p)

Kalau kita dah tak menoreh di pejabat, boleh ke maintain susu lagi sampai 2 tahun ek? Apa pendapat anda? Harapnya anda faham apa maksud menoreh saya.

Ini fakta yang amat menarik. Semalam masa memandu pulang ke rumah, saya dengar 93.9FM. Ustaz sedang menceritakan tentang kehebatan Al Quran. Ada juga terselit cerita mengenai susu ibu. Ibu-ibu yang menyusu tak perlu khuatir kerana Allah telah mencipta susu untuk anak lelaki dan anak perempuam berbeza. Menurut kajin seorang Ulama Mesir, setelah dikaji antara susu ibu kepada bayi lelaki, ternyata hasil dan kandungannya satu kali lebih dari susu ibu kepada bayi perempuan. Jadi, mengapa kita perlu bandingkan. Harap-harap lepas ni kurang ibu mengadu” saya punya anak lelaki, sebab tu la susu tak cukup, so terpaksa tambah susu tepung”. Aduhai maaf. Sebenarnya saya tengah geram dengan makcik2 ku yang suruh sepupu saya bagi makan cereal kepada anaknya yang masih berumur sebulan. Alasannya, bila si kecik menangis, mesti sebab lapar. Dan sampai sekarang, bayi itu Muaz masih lagi diberi makan setiap hari walau masih kecil. Dalam hati, aku sangat memberontak!! Tapi hati makcik-makcik kesayanganku tetap kene jaga!

Tuesday, April 3, 2007

Apam Pisang Kukus

This is always my family’s favorite apam

Bahan-bahan:

4 biji telur

1 cawan gula

1 sudu the soda bic.

1 sudu the baking powder

Secubit garam

2 cawan tepung gandum

6-8 biji pisang ( prefer pisang emas, tapi kalau tade sume jenis pisang yg dah boleh wat cekodok pon bleh guna, like pisang embon etc)

¾ cawan minyak jagung

Cara-cara:

1) Lenyek pisang dengan soda bic.

2) Pukul telur dengan gula + garam. Then, masukkan minyak

3) Ayak tepung gandum + baking powder. Kalau malas, aku tak ayak pon.

4) Masukkan (1) dan (2) dalam tepung

5) Tuang dalam loyang yang telah disapu marjerin sedikit

6) Kukus dalam 45 minit atau cuba test dengan cake tester, kalau tiada apa yang melekat siap le tu.

Panaskan kukusnyer dulu yer baru letak loyang.

Sunday, April 1, 2007

Rendang ayam negeri, Roti ala Pretzel

Sabtu, aku masak rendang dan Choc Moist Cake yg Ogy order. Saje nak share resipi rendang ayam Nogori, kesukaan Abang. 1st time nak share resipi lauk ni :)

Bahan2:
Ayam pencen seekor
Santan dr 2 biji kelapa
Di kisar:
Cili padi - segenggam + 4 baatang cili kering
Kunyit dlm 3-4 biji besar ibu jari
Lengkuas-seinci

Dititik:
3-4 batang serai

2 keping asam
3 helai daun kunyit -dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara:
1. Masuk ayam + bahan dah dikisar+Serai+santan cair (perahan pertama)+ garam
2. Masak lebih kurang40 min . Sentiasa kacau
3. Masuk santan pekat + asam keping
4. Bila dah nampak pekat , masukkan daun kunyit
5. Akhir sekali mesti nampak santan dah keluar minyak
Rendang nogori la paling senang..sodap pon sodap. Famili kedah pon suka :)

Ahad pulak, pagi kami makan Mee bandung. Lepas dah kemas rumah, basuh baju, menyapu, tangan gatal nak menguli. TV plak tade citer best. So, aku try buat roti ala2 Pretzel.Aduhai, susah toi nak membentuknya. Dapurku masih tade tempat sesuai, luas untuk kneading n shaping.So, inilah hasilnya. Roti ni agak keras n plain sebab tak guna any marjerin/butter/minyak/telur/gula. Nak nyedapkan, aku hidang dengan choc topping lebih dr Choc Moist cakeku. Tak payah la share recipe ni ek.Lain kali nk cari resipi Pretzel yg lagi ok. Kalau sedap baru share ok.

Emak pulak minta aku wat Apam pisang sebab Makcik, pakcik n sepupu nak mai lepas zohor. Kami nak bincang hal ehwal sepupuku nak kahwin. Apam kali ni cam spesel sket sebab aku swirl kan sket ngan strawberry filling. Semua sedara mara makan apam n roti.
Huh, apam ni baru je hidang setalam (buat bentuk love sbb nak try kek tin baru beli), terus habis. Roti plak aku tak hidang sume, depa kata memang sesuai utk orang ada diabetic. Huhu. Aler, tak sempat tangkap gambo apamku sebab cepat sgt kene ngap. Lain kali je la share ok.

P/s-I has made correction on the cake's price and weight. I'm not sure whether mistake comes from the weight scale or myself. But what I’m really sure is I’m gonna get the new one, the digital one which cost about RM100++. For my customer, I want to apologize on the mistake and will return your balance ok.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...