Mereka berdua dah berjaya kopakkan kayu bahagian luar mesin. Kesian mesin ni. Mesinnya pemberian Emakku manakala badan kayunyanya pemberian Arwah Mak Ngah. Mak Ngah, walau mak ngah dah pergi meninggalkan kami sejak 2001, ingatanku padamu masih kuat lagi.
Then, si abang dah berjaya patahkan jarum menjahit Singer jenis 115 utk 3 kali. Lepas ni Mama kene cari lagi kat kedai. Ayah hang dah bising suruh Mama simpan kepala mesin tu ke dalam. Ntah kenapa Mama tak suka sgt buat sebab kene cabut benang atas tu. Nanti bila nak guna kene pasang balik, malas ler:p
Then, si abang dah rosakkan benang belah atas segulung yang mama tinggalkan. So, mama kene beli lagi benang. Nasib baik harganya hanya 70 sen.
Ayah dah 4 hari tinggalkan kita bertiga di rumah. Kursus kemain lama sampai 27hb ni ( 2 minggu) kat Morib. Nampak macam Abg Mus’ab faham sebab dia kata “Ayah kusus”. Mama rindu kat ayah jugak ni ;)
Esok mama nak kuatkan semangat untuk sambung menjahit semula. Sekarang yg tinggal hanya: Night curtain utk pintu bilik & lapisan paling luar ( yg ada renda tu, yg ni dah beli renda manik) utk semua tingkap atas. Harap-harap berjaya. Apapun design lapisan luar dah dpt idea dr buku Ummimon ;) Thanks a lot kak. Ahad macam biasa, Mama byk projek kat dapur ;)
Alkisah penguabahsuaian rumah, borang permohonan sudah aku dapatkan dr MPS. Cajnya tade la mahal pon. Kami perlu engage arkitek utk lukis pelan dan kontraktor. Arkitek dah dapat, kawan Abang , then 3 no telefon kontraktor dah dapat dari jiran tetangga tapi belum sempat call lg. Yang ni aku serah pada Abang sebab tak pandai nak deal dengan kontraktor.
p/s- Smiley akan berkursus selama 3 hari di KL, so tak masuk pejabat. Then, cuti panjang lg nak balik Kulim. Anyone yg nak order kek untuk bulan Mei tolong call or email Y! ok.
2 comments:
rindu ayg dan anak2.
sorryla nak wat camne. sempena cuti agong, kursus ditambah lagi sehari.
- from impian hotel, morib.
dadyyyy, we miss u
cepat la balik
Post a Comment