Sunday, April 1, 2007

Rendang ayam negeri, Roti ala Pretzel

Sabtu, aku masak rendang dan Choc Moist Cake yg Ogy order. Saje nak share resipi rendang ayam Nogori, kesukaan Abang. 1st time nak share resipi lauk ni :)

Bahan2:
Ayam pencen seekor
Santan dr 2 biji kelapa
Di kisar:
Cili padi - segenggam + 4 baatang cili kering
Kunyit dlm 3-4 biji besar ibu jari
Lengkuas-seinci

Dititik:
3-4 batang serai

2 keping asam
3 helai daun kunyit -dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara:
1. Masuk ayam + bahan dah dikisar+Serai+santan cair (perahan pertama)+ garam
2. Masak lebih kurang40 min . Sentiasa kacau
3. Masuk santan pekat + asam keping
4. Bila dah nampak pekat , masukkan daun kunyit
5. Akhir sekali mesti nampak santan dah keluar minyak
Rendang nogori la paling senang..sodap pon sodap. Famili kedah pon suka :)

Ahad pulak, pagi kami makan Mee bandung. Lepas dah kemas rumah, basuh baju, menyapu, tangan gatal nak menguli. TV plak tade citer best. So, aku try buat roti ala2 Pretzel.Aduhai, susah toi nak membentuknya. Dapurku masih tade tempat sesuai, luas untuk kneading n shaping.So, inilah hasilnya. Roti ni agak keras n plain sebab tak guna any marjerin/butter/minyak/telur/gula. Nak nyedapkan, aku hidang dengan choc topping lebih dr Choc Moist cakeku. Tak payah la share recipe ni ek.Lain kali nk cari resipi Pretzel yg lagi ok. Kalau sedap baru share ok.

Emak pulak minta aku wat Apam pisang sebab Makcik, pakcik n sepupu nak mai lepas zohor. Kami nak bincang hal ehwal sepupuku nak kahwin. Apam kali ni cam spesel sket sebab aku swirl kan sket ngan strawberry filling. Semua sedara mara makan apam n roti.
Huh, apam ni baru je hidang setalam (buat bentuk love sbb nak try kek tin baru beli), terus habis. Roti plak aku tak hidang sume, depa kata memang sesuai utk orang ada diabetic. Huhu. Aler, tak sempat tangkap gambo apamku sebab cepat sgt kene ngap. Lain kali je la share ok.

P/s-I has made correction on the cake's price and weight. I'm not sure whether mistake comes from the weight scale or myself. But what I’m really sure is I’m gonna get the new one, the digital one which cost about RM100++. For my customer, I want to apologize on the mistake and will return your balance ok.

1 comment:

delara said... Reply To This Comment

dear farra,

i'm a first time visitor to your blog. i'm gonna try your rendang ayam negeri recipe...can you post your mee bandung recipe too (is it the muar version? don't know if there's a negeri version...), many, many thanks in advance