Showing posts sorted by relevance for query zoo. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query zoo. Sort by date Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Percutian bajet di Melaka (updates!)

Mula-mula tiada perasaan nak bercuti. Tapi layan jugak sbb ada penaja :p. Ini kisah pecuti bajet kami di Melaka 2D1N. Kos perbelanjaan ini dikongsi buat panduan bagi anda yg sukakan pecutian bajet seperti kami.

Penginapan

Sejak anak dah 3 orang ini kami tak boleh lg dok bilik Standard biasa, kene bilik besau sikit. Kalau rate bilik besau di Hotel mmg agak mahal, jadi kami pilih HomeStay, iaitu di Jafmanurin's HS.
  • Jenis: 3 rooms apartment ( 2 with air- cond, 1 without air-cond)
  • Harga: RM150
  • Kemudahan: dapur, queen bed setiap bilik, alat2 memasak yg lengkap, tuala, telekung, sejadah, iron + board
So dpt lg Mama jimatkan kos dimana sarapan buat sendiri sbb bole memasak. Bhn2 bawa dr KL. Tuan umah pon baik tak caj pon kami cek out lambat ( 4pm). Mmg highly recommend this homestay. Next time oliday, kami nk cari homestay lg la, senang je just google :)

Tempat yg dikunjungi:

1) Mydin Melaka
2 kali gi mydin sbb lunch on 1st day dan beli selipar kekanak yg dh putus on 2nd day. Mydin sgtlah besar.

2) Taman Buaya
Tiket dewasa RM8, kekanak RM5 kot, mm tak ingat sgt. Not really syok sbb kat zoo dah ada buaya and most boye sungguh pasif. Show pon tade masa kami mai tuh.

3) Kota A Famosa
Punyala susah nk cari parking kat area town. Memula dh decide nk blk jer but tetiba ada rezeki dpt parking. Bergambo2 je kat area ni. Tp syok..ramai sgt orggg

4) Menara Taming Sari
Tiket RM10 dewasa , RM5 kekanak. Best best sgt! Wajib gi ni kalau mai Mlk. Sayang skali videocam tgh dicaj kat apartment, so kami tangkap gambo je kat sini.

5) Ikan bakar umbai
Rasa yg sungguh menghampakan. I tell u cannot beat the taste of Ikan Bakar istana. Mungkin sbb ramai giler org sampai kualiti kureng. Mmg hilang mood kejap bila food sampai lambat sgt + rasa kureng + muaz terjaga dr tido n nangis2

6) Zoo Melaka
Dah 2 kali gi zoo bulan ni. Last 3 wks kat Zoo Negara. Muaz langsung tak layan stroller. Huhu sakit sgt tgn ikut turn dukung dia. So ayah tangkap videocam kejap jer. Tiket dewasa RM7 kekanak RM5 kots

7) MMU Melaka
Mengimbau kenangan masa Pre-U disini. Masa tu Mama n Ayah lom kenai lg hihi. Sangat teringat zaman2 telnet dulu hihihih...btw asrama dah kene tutup skang ni.

Mai layan gambo.

Menara Taming Sari yg best

Zoo Mlk yg sgt besar. Penat jln. Moga lemak2 terbakar :p

Ikan bakar umbai.Jumpa Gina n family kat sini

The homestay. Selesa n for muslim only.

Tmn Boye

A Famosa dan sekelilingnya
MMU Melaka. Gambar bawah kiri tu: asrama kita ditutup. Gambar bawah kanan:FOSEE Mgt. Dulu aku group 30. Sapa lg group 30?
So penjimatan dr kos hotel hebat dpt disalurkan ke aktivit-aktiviti menarik di atas. Kalau anda tak naik MPV like us lagilah bajet. hihi

Monday, June 18, 2012

Perth Day 5 ( 11 June '12): Aviation Museum, Mandurah, Ferry @ Barrack Square, Bell Tower

Cuaca yang baik untuk memulakan hari terakhir di Perth. Kami tiada agenda rasmi, so pagi tu hubby activate Celcom roaming semata-mata nak browse attractions sekitar Perth. FYI RM38/day yer pengguna Celcom sekelian. TQ company bayarkan ngehngeh. Gugel2 jumpa Aviation Museum di Bull Creek. Kebetulan kami plan nak ke Mandurah, so Bull Creek Station memang on the way to Mandurah ( same route).

Hari kerja tiket Transperth berbeza. Kalau last Sat kami dapat 9 dollar satu keluarga, kali ni total semua 2 adult + 2 kids 26 dollar. Maher & Muaz mujur FREE ehehe. Tips: Beli satu tiket sahaja, pilih "Unlimited rider" untuk menggunakan semua perkhidmatan di bawah 'Transperth" ; Train, Bus & Ferry. Info lanjut about Transperth here. Sesungguhnya baru tahu on last day boleh? So this entry might benefit to those going to Perth isn't? Lepas dah tau tu plan nak try melenjan pusing sana sini kalau sempat. Hubby komen kalau tau pasal ni on Sunday mmg dah gi tgk kawasan lain dari wasting time gi Harbour Town...yola bang..lesson learn

Tips utk ke Aviation Museum: Amik train dari Perth Underground station laluan menghala ke Mandurah dan berheti di Bull Creek Station, dari situ keluar je station ada bus, amik bus yang btol rujuk pamplet ke Aviation Museum. Tunjuk tiket yg dah beli tadi, so naik bus dah tak payah bayar. Bagitau je driver bus nak ke muzeum tersebut.

Bayaran masuk sekeluarga sama macam Maritime Museum last Sat. 22 dollar family package. Hujan amat lebat maa kami sampai. So just nice, dok dapat layan kapal2 terbang sambil berteduh dr hujan. Anak-anak lelaki la paling excited tengok kapal terbang. Tak kurang juga orang dewasa dapat banyak sangat knowledge baru..kisah hero heroin perang..kisah pejuang..tengok secara dekat kapal pejuang.masa tengok kapal belah dalam tu rasa semacam je yelah teringat pejuang2 yang dah gugur di medan juang.

Aviation Muzeum ada 2 bangunan. Di situ juga ada 2 kapal yang kids boleh naik.Sayang sekali muzeum ni jauh dari town sebab tu la tak ramai yg datang dan kasi review. For us, menarik for kids! Omputih pon bawa anak depa jalan ke sini. Tapi maybe on weekend ramai jugak, hari kami datang tu Monday kan.


 Salah satu kapal yg bebudak boleh naik

 Macam citer zaman dolu konon..


Perjalanan diteruskan ke Mandurah. Kami singgah beli snacks di kedai Bull Creek Station. Owner die oang Malaysia, kami berbual kejap dalam bahasa melayu jer. Sampai di Mandurah, cuaca cerah tapi angin sangat kuat dan suhu sangat sejuk. grr grrr saya tak tahan!!! Terpaksa nyorok belakang bus stop lari dari angin.

Kami ambil bas untuk pusing town Mandurah. Mandurah ni ala desa kampung, suasananya tenang dan tak ramai orang. Kami ke tei pantai..kami tankap gambo sket je sbb saya dah tak tahan sangat2 sejuk. Kami singgah makan bekalan di luar pasaraya Big W.

 Tunggu train nak ke Mandurah

 Angin kuat betul..sejukkkk

 Lengang jer..orang x ramai

 
Lepas dah pusing2,kami ambil bus balik. Solat zohor di Train Station Mandurah. Dalam train , kami plan nak ke Belmont, tapi macam dah tak sempat. Sampai di Perth undergorund station, kami terus amik bus ke Barrack Square dgn niat nak tengok Bell Tower .Sampai Barrack Square, kami nampak Feri sedang menunggu penumpang utk ke Perth Zoo. So apalagi, kami naik Feri pulak sbb dah ada tiket. Anak2 punya la happy dapat naik Feri, dah la Feri tak ramai orang. Masa pergi, Feri ada gak orang yg baru balik kerja..tapi masa balik hanya ada kami dan seorang penumpang. Kami pusing je tak singgah Perth Zoo sebab Zoo dah nak tutup.
 Di Barrack Square..nak naek Feri

 Dalam Feri..kosong je

 Pemandangan dari dalam Feri


Sampai ke Bell Tower hari dah nak dekat Maghrib. Bertemu Azie & the geng kat situ..kami borak-borak kejap. Macam kecik je Perth ni eh..pusing2 jumpa balik hihih. Habis bergambar, kami pulang dengan rasa berat hati sbb dah nak balik Malaysia. Esoknya kene cek out jam 2.45am.

Selamat tinggal Perth! We gonna miss u..we really like the culture , discipline and environment over there.
 Di Bell Tower..kalau nak masuk kene bayar..kami x masuk..dah tutup pon

 Dah nak masuk waktu maghrib...baru 5.30pm gitu

 On the way balik apartment..jalan dah gelap pon
 Last day menu..mmg hebat sket ..perabeh segala stok makanan..kosong 1 beg hihi

 Bye bye Perth..kami gi 4 beg..balik 3 beg..ada la shopping sket..nnti kite tunjuk in next entry k?

Perth Holiday was the most expensive holiday so far..but the experience is priceless 
anak dah berderet ramai banyak le belanja dek nonnn


Wednesday, August 21, 2013

Raya di Utara pulak!

Raya ke-2 kami pulang ke Kedah, tapi singgah di Grik dulu untuk menziarahi saudara belah hubby & pusara arwah makcik yg pulang ke rahmatullah pada 27 Ramadhan.

Di Utara as usual kami beraya di Alor Setar dan otw balik ke ibukota, kami singgah beraya di Kuala Kangsar. Nak dijadikan citer masa OTW back to KK tu trafik sesak yg amat. So kami re-route ke Taiping.

Maka menjadilah 1D1N short holiday @ Taiping. Kat Taiping kami jejalan ke Muzium dan Zoo Taiping. Anak-anak kemain sukanya! Sesampai je kat Zoo bateri kamera dah kong. huhu..tak dapat la nak bergambar byk2 dalam Zoo.

Malam tu weols just check kat booking.com hotel apa yg masih available. Based on checking tu, kami terus walk in ke hotel pilihan. Hotel 1 star, CasaVilla Hotel. Not bad gak hotel ni..rate per nite for family room is RM140, ada 2 queen bed.

Gambar beraya di Alor Setar:



Me, MIL and Tok Bah

Di Muzium Taiping..masuk bayar RM2 adult..kekanak FOC
 




Tuesday, January 12, 2010

Home tuition

The last weekend was quite hectic for us. Saturday we went to our neighbor's wedding and after Asar we went to Kinokuniya to buy Iqra dan buku Pantas Membaca Siri 1-6 (buku besar). Kami hanya ada siri 7. Kecewa sgt , buku yg nk dicari byk tiada! Ayah je dpt beli buku dia. + buku besar siri 4 & 5. Kinokuniya mmg tak byk buku-buku latihan especially BM.

Sunday-we went to Zoo Negara to fulfill our promise to kids, then to Mus'ab cousin's house and lastly to a bookshop @ Giant Tmn Permata. Bagus betol kedai ni, sume buku-buku utk kids belajar dijual. So we got all the books that are not found in Kino the day before.

Last Monday, the formal Iqra' class start for kids. Both of them start from page 1 Iqra 1 so that it's easy for the ustazah knows our kids' level.

Mama also have started formal home tuition class for both but Mama still have to focus to Mus'ab and the syllabus that are managed to be covered during the last 2 days were only on Membaca. I used the book below "Siri Cepat Membaca". Yg ni buku kecik.Maunya Mama hilang sabar jugak sebab Mus'ab susah nak fokus dan suka menghafal. So, on 2nd day Mama lebih garang (tegas, no rotan / cubit) and I think it's work. Sambil teresak-esak dia boleh sebut dengan lancar. Lepas tu Mama pon puji2 dia kemain suka dia! Hehe. So the books is quite useful lg2 ada CD sekali. English series belum mula lagi.

Buku Iqra ni beli lg satu set sebab takut Mus'ab dan Mawaddah tidak mahu berkongsi buku Iqra sedia ada kat umah tuh. BTW, kat kelas Iqra' mereka nak je kongsi buku ni sbb yang versi ni lagi cun dr versi lama :)

Adik Muaz pon dapat Flash Card baru. Bosan-bosan Mama tunjuk flash card kat dia.


Satu je harapan Mama: Harap-harap Mama Istiqamah dan Anak-anak dapat belajar dengan baik.

New rules also set in our house starting this week: NO laptop for kids during weekdays. Yang kami prasan, bebudak ni kalau dapat main lapptop, perangai dia jadi lain macam lps off lappy tu. Harap-harap berjaya jua! huhu

Minggu ni kene cari Book Cabinet baru la. Kabinet kat umah dah tak boleh tampung buku-buku kami. So total tax exceptions = book this week RM200.

Later will share story on Zoo trip ya ;)

Tuesday, January 19, 2010

7th annivessary

Yesterday was our 7th anniversary. Initially, we planned to have a lunch date on Monday @ Basil bangsar during lunch time. But unfortunately, Muaz was down with fever and flu about few hours after we were back from TM Family's Day @ Desa Waterpark. So both of us decided to take EL on Monday to take care of lil Muaz. Pity him. He was so restless and can't sleep very well even after we gave him medicine. Badan so kebal to the medicine kot because normally baby will fall asleep after taking the flu medicinekan?

So both parents didn't get enough sleep and rest as well la. Rumah jgn nak kata betapa bersepahnya :). No choice still have to give time, energy and focus to lil Muaz. In between, I still managed to bake Choc Chip CC just to have a home anniversary celebration. We so love this cake since I've not baked CC for quite a long time and this time I used oat as the base. The oat taste was really good.

So we changed the lunch date to today. Hubby fetched me @ office and we went Basil by motorcycle. Yep, I ride motorcycle even I wore baju kurung today. Kaki tak nampak ok :p ada seluar pjg n stokin. hehe

The food there was superb for me especially the Pulut Mangga. I love the food very much la. Last year we also celebrated the anniversary at Thai's restaurant but the food in Basil still better than last year @ Umah thai. Baru ku perasan tahun lepas pon makan Thai food n buat Choc Chip CC. Huhu. Thanks abg for the lunch date today ;) Luv u today, tomorrow and forever. May Allah bless our family always.

The Choc Chip Ciskek..nyummy...sudah mau abes daaa. Pls note tag Happy Anniversary pon diguna dr tahun lepas..kita tengok tahan sampai brape tahun ekekek :p

Lunch date at Basil ;)

About the FD a bit. It was very well organized. Tapi rakyat jelata punya la ramai . Nak berkumpul ngan kengkawan lain pon tak dapek...Huh sungguh ramai staff TM ek. Tapi mmg syok la tiket free. kfc pon free. Dinner plate lagi tuh feveret Mus'ab. Layan gambo sket nooo


Mus'ab and Mawaddah mmg sakan mandi..enjoy btoi sampai takmo balik! huhu

Zoo trip on last 2 weeks. It was hubby and kids 1st time experience. Cian depa kan kan ihihi

Tuesday, September 27, 2011

Kajiselidik: Destinasi cuti sekolah akhir tahun?

Cuti sekolah tahun ni belum plan lagi nak kemana...tengah mencari-cari idea sambil browse2 tripadvisor, booking.com & agoda.com. 

Jadi, nak minta pandangan sket manakah tempat yg menarik agaknya buat keluarga dan anak-anak? Antara yang terfikir di minda:

A) Pulau Pangkor 
Aktiviti: Mandi manda di kolam, naik bot , snorkeling ( tp hubby kata tak cantik)
Kali terakhir gi PP tahun 2008, masa tu tak snokel! huhu

B) Taiping
Aktiviti: Safari night, Zoo, Lake, Mee Udang Kuala Sepetang, Muzeum ( tak gi la kot, sure bosan)

C) Lost world of Tambun
Aktiviti: Mandi manda. Tapi Lost World Hotel tersangatla mahal. Kalau dok hotel @ Ipoh yang bajet ok kots

Lokasi memang prefer di sebelah pantai barat / lebuhraya utara selatan sebab otw ke Kedah, boleh terus balik kampung.

Siapa pernah ada pengalaman ke destinasi di atas? Atau ada cadangan? 

Friday, November 11, 2011

Nyaman suasana sekitar Bukit Larut

Raya haji kali ni kami pulang ke Kulim, Kedah. Kami sengaja exit di Changkat Jering untuk makan angin di sekitar Bukit Larut, Taiping Perak. Alhamdulillah perjalanan sepanjang highway lancar walau kenderaan banyak. Saje-saje nak cuci mata melihat Tasik Taiping & sekitar kawasannya. Kawasan sekitarnya sungguh nyaman, tenang dan sejuk apatah lagi selepas hujan berhenti. Namun begitu tidak banyak tempat untuk dijejalahi. Jadi, siapa yg ingin berkunjung ke Taiping, tempat tarikan pelancong adalah seperti Zoo Taiping & Safari Night dan Tasik Taiping. Tak jauh dr Taiping ialah kuala sepetang yang terkenal dengan Mee Udangnya. Mulanya kami bercadang nak menjamu selera dgn Mee Udang, tapi disebabkan saya dah bawak bekal mee goreng dan burger daging, jadi cancel le plan. Lain kali kot..

 Suasana Tasik Taiping setelah hujan lebat berhenti. Hujan secipot masih ada ketika gambar di ambil...

Balik kampung tak sempurna rasanya tanpa membawa kek. Jadi, saya bawa 'Baked Brownie'. Rendang raya haji tahun ni saya buat. hehe..hentam je sebenarnya sbb jarang-jarang masak rendang. Boleh kata 2/3 kali je masak rendang dalam setahun hoho. Nasib baek rasanya ok. Mus'ab suka. Dan ketupat daun palas semestinya mak mertua akan buat setiap kali menjelang raya. Jadi, menantu balik kg ketupat dah siap, tinggal nak masak rendang je hehe. Hanya 2 beradik yang tiada raya kali ni, seorang nak periksa di kolej dan 1 keluarga beraya di perantauan. Apapon, raya meriah dalam suasana sederhana. Dan gambar tak sempat ambil ( yer terdapat unsur malas disitu).

Minggu ni saya hanya bekerja sehari saja iaitu hari Rabu. Hari Selasa bercuti, perjalanan pulang dr Kedah. Semalam dan hari ini terpaksa cuti kecemasan kerana seisi keluarga demam dan tidak sihat termasuk suami. Sebenarnya dari minggu lepas anak-anak on off demam, selsema dan batuk. Akhirnya Maher pulak berjangkit. Dan tahu ajelah kalau baby demam, memang kesian..asik merengek ajek..saya pon naik penat asik dokong je sambil nak melayan Mus'ab yang tak sihat, Muaz yg pengacau no -1 di rumah, alhamdulillah Mawaddah sihat minggu ni. Apapon sangat puas hati minggu ni masak dengan sempurna di rumah demi keluarga. Walau terasa agak penat dan kurang tidur, rasa bahgia dan gembira :). Ya Allah sembuhkan kami sekeluarga..aminnn ...esok adalah hari yg penting. Adalah acara yang perlu dihadiri. walau cuti masih sempat menjawab panggilan pejabat dan beberapa email penting..alhamdulillah itula gunanya ada telefon pintar..memudahkan kerja, tak perlu ON laptop ..kan?

Monday, November 17, 2014

Superhero Family Day 2014

Superhero Family Day 2014 

Tempat: Wetland Putrajaya

Macam-macam mainana they kids dapat ie mainan lego. Aktiviti pon macam2 ie wall climbing, waterball, face panting,petty zoo. Seronok budak-budak ni main. Mak Pak pon seronok gak sebab tengok anak2 happy.


Capes ni dapat free jer. Ada macam2 superhero boleh pilih. 

Aktiviti pertama kami kene berjalan sejauh 2KM sabil berlawan dengan macam2 raksasa..macam2 depe kasi as senjata ie spray kaler & belon air.




Paling best makpak dapat main
.
.
.
Segway hehe
Abg Az ni posing je lebih hehe

Seronok main Segway ni. Kalau boleh bawa gi sekolah mmg syok ah. Tapi harganya kemain mahal. RM33K satu hokey 

Mak pon tidak melepaskan peluang! :D

Dan yang lagi best dapat cabutan bertuah voucher AEON RM100 dan mak participate in aksi2 superhero dapat voucher RM50 ekekek..mmg sbb nak voucher tu mak joined :p. Total RM150 voucher..alhamdulillah


6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...