Friday, November 11, 2011

Nyaman suasana sekitar Bukit Larut

Raya haji kali ni kami pulang ke Kulim, Kedah. Kami sengaja exit di Changkat Jering untuk makan angin di sekitar Bukit Larut, Taiping Perak. Alhamdulillah perjalanan sepanjang highway lancar walau kenderaan banyak. Saje-saje nak cuci mata melihat Tasik Taiping & sekitar kawasannya. Kawasan sekitarnya sungguh nyaman, tenang dan sejuk apatah lagi selepas hujan berhenti. Namun begitu tidak banyak tempat untuk dijejalahi. Jadi, siapa yg ingin berkunjung ke Taiping, tempat tarikan pelancong adalah seperti Zoo Taiping & Safari Night dan Tasik Taiping. Tak jauh dr Taiping ialah kuala sepetang yang terkenal dengan Mee Udangnya. Mulanya kami bercadang nak menjamu selera dgn Mee Udang, tapi disebabkan saya dah bawak bekal mee goreng dan burger daging, jadi cancel le plan. Lain kali kot..

 Suasana Tasik Taiping setelah hujan lebat berhenti. Hujan secipot masih ada ketika gambar di ambil...

Balik kampung tak sempurna rasanya tanpa membawa kek. Jadi, saya bawa 'Baked Brownie'. Rendang raya haji tahun ni saya buat. hehe..hentam je sebenarnya sbb jarang-jarang masak rendang. Boleh kata 2/3 kali je masak rendang dalam setahun hoho. Nasib baek rasanya ok. Mus'ab suka. Dan ketupat daun palas semestinya mak mertua akan buat setiap kali menjelang raya. Jadi, menantu balik kg ketupat dah siap, tinggal nak masak rendang je hehe. Hanya 2 beradik yang tiada raya kali ni, seorang nak periksa di kolej dan 1 keluarga beraya di perantauan. Apapon, raya meriah dalam suasana sederhana. Dan gambar tak sempat ambil ( yer terdapat unsur malas disitu).

Minggu ni saya hanya bekerja sehari saja iaitu hari Rabu. Hari Selasa bercuti, perjalanan pulang dr Kedah. Semalam dan hari ini terpaksa cuti kecemasan kerana seisi keluarga demam dan tidak sihat termasuk suami. Sebenarnya dari minggu lepas anak-anak on off demam, selsema dan batuk. Akhirnya Maher pulak berjangkit. Dan tahu ajelah kalau baby demam, memang kesian..asik merengek ajek..saya pon naik penat asik dokong je sambil nak melayan Mus'ab yang tak sihat, Muaz yg pengacau no -1 di rumah, alhamdulillah Mawaddah sihat minggu ni. Apapon sangat puas hati minggu ni masak dengan sempurna di rumah demi keluarga. Walau terasa agak penat dan kurang tidur, rasa bahgia dan gembira :). Ya Allah sembuhkan kami sekeluarga..aminnn ...esok adalah hari yg penting. Adalah acara yang perlu dihadiri. walau cuti masih sempat menjawab panggilan pejabat dan beberapa email penting..alhamdulillah itula gunanya ada telefon pintar..memudahkan kerja, tak perlu ON laptop ..kan?

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...