Monday, November 14, 2011

Choc Banana Bottom Square

Stok pisang kembali hangat di rumah sempena atuk derang baru pulang dr Kampung Perak minggu lepas. Dek kerna sume org tak sihat, saya malas nak goreng sbb saya sendiri pon batuk, sakit tekak. Akibatnya pisang masak jadi lembik..jadi apalagi kene kupas dan masuk tupperware letak dalam peti sejuk. Bila nak guna je amik. Dan utk mengabehkan pisang masak saya pon mencoba ini kek..I gugel je resipinya  berlambak jumpa..ok yg ni amik resipi dr yummy...enjoyyy

For me rasanya sedap la jugak..sama macam kek pisang yang pernah saya buat banyak kali sebelum ni...rasanya agak manis, jadi elok kurangkan sket gula

Anak-anak tolong campak choc chip..banyak btol dicampaknya masa saya tengah cuci pinggan. Dah nak dekat habes stok choc chip! huhu sabo je la....



Bahan-bahan:
125gm mentega
120gm gula ( baik kurangkan sedikit)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
220gm pisang masak dilenyek
180gm tepung kek ( saya guna tepung gandum je)
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking power
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
Choc chip sbg hiasan

Cara-cara:
1) Pukul mentega, gula dan garam sampai kembang
2) Masukkan telur dan pukul lagi..diikuti pisang dan esen vanila
3) Ayak tepung, baking powder dan baking soda dan masukkan ke dalam adunan mentega tadi
4) Kacau rata menggunakan spatula
5) Bahagikan 2. Masukkan 1 bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata
6) Masukkan adunan coklat ke dalam loyang ke 8 inci. Diikuti adunan mentega dan tabur choc chip
7) Bakar dalam 30-40 minit


1 comment:

blogadmin said...

sedapnya nampak!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...