Showing posts sorted by relevance for query fella. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query fella. Sort by date Show all posts

Sunday, May 22, 2016

Kat mana nak tempah sarung kusyen dan sofa?

Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni beli tahun 2010.

Dari awal tahun tade plak hastar nak mencari-cari quotation, tetibe lak berkobar nak buat time2 ni gak huhu sebab SIL pon nak buat..die buat di Ikea. So saya pon contact actually few kedai..so ni hasilnya saya share ok?

IKEA
Kaedahnya:
1. Bawa sarung semua ke bahagian sewing service sebelah area customer service
2. Dia ukur bape metre
3. Bgtau nama & tunjuk gambo corak kain. Jenis2 kain boleh tengok kat sini  Harga kain ada RM29.90, RM19.90, RM14.90.
4. Dia check stock kain
5. Kalau ada terus bayar upah jahit dan kain

Harga upah : 2 seaters RM400 , 1 seater RM250
Kain yg diperlukan untuk 2+1+1 seaters adalah 31 meter.
Tiada piping. Tiada tambahan kusyen kecil.
Jadi anggaran kalau kainnya RM14.90/mtr total jadi RM13xx.
Jangkamasa siap: 2 minggu



KAMDAR
Kaedahnya:
1. Bawa sarung semua ke bahagian Tkt 5 Kamdar KL. Luas kawasan ni macam2 jenis kain dan corak ada...tapi bile dah byk sgt pon actually pening nak pilih daaa
2. Dia ukur bape metre
3. Pergi pilih kain. Kamdar ada banyak pilihan kain. Harga kain ada ranga dari paling murah RM15 hinggalah RM50 keatas. Again, harga ikut kualit kain. Nak lagi bagus, lagi mahal la.
4. Masa pilih-pilih kain ni dia terus check kain cukup ke tak
5. Dah confirm kain, terus bagi details dan bayar kain. Upah jahit bayar kemudian

Harga upah : 2 seaters RM240 , 3 seaters RM380, kusyen RM20/ketul, kusyen kecik RM18
Kain yg diperlukan untuk 2+3 seaters + sarung kusyen kecil adalah 36 meter.
Ada piping. Dan 2 sarung kusyen kecil
Jadi anggaran kalau kainnya RM24.30/mtr total jadi RM15xx
Jangkamasa siap: 2 minggu



FELLA DESIGN
Tadi tersinggah Fella sebab gi aqiqah rumah shelley. Fella ada warehouse sale..saya pon masuk nak riki2. fuhhh puas ku riki. Kaedahnya die cam Kamdar dan Ikea gak

Harga upah : 2 seaters + 3 seaters RM600
Kain yg diperlukan untuk 2+3 seaters + sarung kusyen kecil adalah 35 meter.
Tak sure ada piping atau tak. KAlau ikut design asal, ada piping, maybe die ikot. Tiada 2 kusyen kecil
Jadi anggaran kalau kainnya RM29.90/mtr total jadi RM1646
Range kain: RM29.90 hinga RM50 keatas


Lenggera Sofa kusyen

Seaters 2+3 die quote RM1,8K termasuk kain. Boleh hubungi disini.

Kedai repair sofa Klang

Kedai ni quote paling murah! Anggaran RM800-RM1K untuk semua termasuk kain. Kain-kainya saya tak pasti banyak pilihan atau tak. Tapi die tak boleh siapkan sebelum raya..huhu



So buat sarung kusyen mahal jugak kan? huhu

Tips pilih kain:

  1. Tak boleh pilih kualiti kain yg tidak tebal, kain camtu murah dan hanya sesuai utk langsir.

Sekian ye dik non. Jenuh type. Untuk referance uols. So pengajaran akak ada 2 je:
1. Tempah la sarung kusyen/sofa awal2. So kalau awal, boleh buat kat kedai Klang tuh hehe
2. Patut tayah tempah pon sarung kusyen kecik tuh! haha sebab boleh jahit sendiri, kalau tak dh jimat RM32 :p. Apesal la tak boleh rasional wakaakk. Tapi bila fikir balik takpe la wakakak sebab baju raya ada 4 nk jahit ni belum start lg! 

My SIL comment, kalau mahal2 ni baikla beli Sofa Ikea baru ekekek.Tapi sofa fella ni memang kukuh dan sangat comfy sayang pulak kan. Lepas ni nak strict sket dgn anak-anak, jangan main tibai sofa mak dengan milo, ceklat,vitagen etc :p nak bertahan sofa ni at least for 10 yrs angan-angannya :p

OK pasal Warehouse Fella 2016 kat Bkt Subang tu, kalau dpt kaler yg gelap2 sket memang berbaloi...yg gelap2 sume dah bertanda sold! yang tinggal hanya kaler cerah2..mana la orang nak kan? Fella sebaiknya buat je kaler gelap2. Tengok pilihan kain kat dalam kedai tu yg plain not bad jugak. 


Sunday, August 21, 2011

Operasi mencuci sarung kusyen sofa Fella

Lil Maher demam sejak Jumaat. Ini menjadikannya beliau seorang bayi yg inginkan sepenuh perhatian & pelukan sepanjang masa. Jadi, akibatnya mama tak dpt nak wat kuih raya. Ok Takpe..so kene buat benda lain la. Sementara ayah pegangkan Maher, so Mama zass membogelkan semua sofa-sofa Fella. Sejak beli dr last year tak penah cuci lagi yer puan-puan :p

Senang je rupanya nak tanggalkan sarung kusyen ni semua. Nak pasang balik nnti entry lain hihi


Siap dah bogel sume..apa lagi anak-anak main "pondon-pondok" walaupun tade rupa pondok. Rupa flat separuh siap agaknya

Boleh juga main " kuda-kuda". Kreatif kan? hehe

Tukang cuci sarung kusyen adalah seperti berikut. Terima kasih. Wangiii

Dah alang-alang bukak sarung kusyen, semua frame2 yang bergantung dilap juga. Tahi2 cicak di dinding juga dicuci.
Budak demok ni dah baik demam hari ni...tapi kuat teramat sangat memerap. jauh sket/ tak dukung terus melalak huhu. Huby siap suggest hari ni takyah masak, tapi mama tetap mahu masak.


Tatacara mencuci sarung kusyen tanpa perlu ke kedai dobi:
1) Tanggalkan sarung kusyen
2) Rendam dengan sabun beberapa jam
3) Berus kotoran yang degil dengan berus dan sabun
4) Mesin sarung kusyen & jemur

Disebabkan mesin basuh kami kecil je : 5kg, jadi kene 3 round le nak coci ini sesarung. phewww kerja keras btol ko mesin basuh oooi. Dasat betol kotoran dr sarung kusyen ni. Ha tengok ni:
Sambil tgh gigih memberus, sempat snap pic :D

Cerita sekadar nak buat entry hari ni ekekkek agak-agak ada tips berguna tak? Ok selain aktiviti i, ada lg aktiviti lain taww..bakal menyusul next N3.

Sunday, March 7, 2010

It's finally Fella

Dah lama merancang untuk beli sofa baru. Ingat entrynya disini? Semalam bermula dari awal pagi dok membakar kalori ngemas umah atas dan bawah dan tetiba terjumpa iklan Warehouse Fella design dalam timbunan kertas-kertas iklan yang berlonggok kat bawah porch. Apalagi kali ni terjebak betul!

Rambang mata nak memilih and as usual as frugal person we took quite a long time to decide which sofa to buy...among the range ...3+2+1 OR 3+2 OR few more options. Sampai la hujan turun..sampai dah maghrib..tak jugak decide...kedai nak tutup jam 8pm. Huhu

Akhirnya...yg ni menjadi pilihan:

3+2 @ RM2999 (40 % diskaun kalau tak silap) including delivery charge of RM90.

Opss...dah selamat sampai umah hari ni jam 12pm. Sungguh awal gitu! Kami kawtim abeh semalam soh salesman tu masukkan delivery charge sekali dlm harga sofa tu hehe :). Sape2 nak beli sofa 2 seaters mmg byk giler pilihan. Ranga yang 3+2 / 3+2+1 agak limited. Lagi satu coffe table kat situ sgt elegan dan murah, kalau beli kang membazir pulak :)

Sofa lama berusia 4 tahun. Dibeli pada Harga RM900.

Masa beli tu baru masuk rumah baru n budget very tight, so beli murah aje. Senang je nak dispose. Tadi kami mintak uncle cina yg hantar sofa tu hangkut skali dengan upah RM20.

Btw, masih ada lg 2 sofa lama lg yg dok menghiasi ruang tgk tv. Sayang pulak nak buang. Boleh la buat tempat lepas masa tgk tv.
Belah kiri tu 2 seaters sofa lama kami dan belah kanan 3 seaters sofa lama mak kasi.

Ha tu mmg pemandangan hari Ahad, hari santai-santai di hari Ahad. Tergolek dok bantal bantal dan toto.

Ayah kata mama senyum sampai telinga hari ni sbb dpt sofa. Bukanlah! Mama happy sebab dah masak awal ( roasted chicken you!) and now boleh rehat-rehat ngan anak-anak :) 2 hari ni mmg sgt produktif..asik membakar kalori aje...ntah la nape..agaknya sbb nk dpt sofa baru :p

ESOS~ harga TM agak naik ek? jom esok tgk lg kot2 ada rezeki jual baki2 ESOS yang ada.

Wednesday, August 5, 2009

Flashback....

Belum bersalin lagi....5 hari lagi sebelum my EDD. Hanya Allah yang tahu bilala baby nak keluar ni, apapon aku dah bersedia nak di sorong ke Labor Room. Lgpon my medical card already upgraded to SBR, semalam baru cek, I've requested last week. Hari ni dah genap 3 minggu baby dah engaged. My total weight gain is 20kg!

Nama belum diputuskan lagi...pelbagai usaha sedang dijalankan secara 'semulajadi' supaya baby lahir awal sket dr EDD :) . Semua rancangan hanya di tangan Allah.

Imbas semula anak-anak yang bersalin sebelum ini:

Muhammad Mus'ab- lahir awal 4 hari. EDD 8 June 2004. Mus'ab lahir 4 June 2004

Nur Mawaddah- lahir awal 6 hari.
EDD 26 Mac 2006. Mawaddah lahir 20 Mac 2006

Yang ni bukan flashback....tapi angan-angan sebab set sofa kat umah dah lembik!! Dulu memula pindah umah beli yg murah aje ( below 1K) tahun 2006. Emak beli Fella tahun lepas mmg berkualiti betoii aa.

Tuesday, August 25, 2009

Nak nak !

Perasaan meronta nak INI! Nampak gaya tunggu warehouse Fella Deepavali la...elok juga pantang sampai 1 Syawal. Duit tak dibelanja sesuka hati ( pujuk hati je nih :p ). Maaf la kengkawan yang mai bertandang raya tahun ni dok sofa lembik :D

Sofa yg ada sekarang ni dibeli sebelum Mawaddah lahir, masa tu nk pindah rumah baru so bajet tak banyak. Tahu je la nk masuk umah baru kene guna byk duit kan. So terpaksa beli Sofa bajet. :p . Dah tiba masa utk upgrade la kot kuikui

Tambahan...rasa nak beli bengkungmoden ni la...cam bagus jek...

pssstt~handphone ku tak sempat upgrade pon be4 bersalin hari tuh..huhu slamat duit...

Wednesday, September 1, 2010

Muaz's milestone @ 12M 3 W

Jumaat lepas aku bercuti kan. Anak-anak sume bersamaku jua. Seronok melihat mereka di depan mata walaupun kadang-kala menduga sbb Mama tengah sibuk buat kuih raya. So ternampak depan mata Muaz dah turun tangga dgn jayanya. Jadi semalam, kami dah alihkan terus penghadang tangga yg selama ni agak menyemak pandangan. Nak tau apekah penghadang itu? Sofa Buruk kami , sofa lama. eheheh

So raya ni elok la sket pemandangan. Semalam was a very productive day for us. Dah cuci kipas syiling, lap tingkap, sliding door, cuci langsir. Yang lom cuci hanya kusyen Fella design tu ( macam malas jek boleh tak?)

Budak kenit Mama! Bersama lukisan Abang Mus'ab sempena kemerdekaan yg ke 53. Merdeka!!!

Bila penghadang dah dialihkan, itu je la kerjanya naik turun tangga. Sukati la..bertambah kurus la nnti eheheh

Bebudak besar asik nyanyi lagu Sudirman Merdeka jek semalam! dah la lirik caca merba..layannnnn

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...