Sunday, May 22, 2016

Kat mana nak tempah sarung kusyen dan sofa?

Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni beli tahun 2010.

Dari awal tahun tade plak hastar nak mencari-cari quotation, tetibe lak berkobar nak buat time2 ni gak huhu sebab SIL pon nak buat..die buat di Ikea. So saya pon contact actually few kedai..so ni hasilnya saya share ok?

IKEA
Kaedahnya:
1. Bawa sarung semua ke bahagian sewing service sebelah area customer service
2. Dia ukur bape metre
3. Bgtau nama & tunjuk gambo corak kain. Jenis2 kain boleh tengok kat sini  Harga kain ada RM29.90, RM19.90, RM14.90.
4. Dia check stock kain
5. Kalau ada terus bayar upah jahit dan kain

Harga upah : 2 seaters RM400 , 1 seater RM250
Kain yg diperlukan untuk 2+1+1 seaters adalah 31 meter.
Tiada piping. Tiada tambahan kusyen kecil.
Jadi anggaran kalau kainnya RM14.90/mtr total jadi RM13xx.
Jangkamasa siap: 2 minggu



KAMDAR
Kaedahnya:
1. Bawa sarung semua ke bahagian Tkt 5 Kamdar KL. Luas kawasan ni macam2 jenis kain dan corak ada...tapi bile dah byk sgt pon actually pening nak pilih daaa
2. Dia ukur bape metre
3. Pergi pilih kain. Kamdar ada banyak pilihan kain. Harga kain ada ranga dari paling murah RM15 hinggalah RM50 keatas. Again, harga ikut kualit kain. Nak lagi bagus, lagi mahal la.
4. Masa pilih-pilih kain ni dia terus check kain cukup ke tak
5. Dah confirm kain, terus bagi details dan bayar kain. Upah jahit bayar kemudian

Harga upah : 2 seaters RM240 , 3 seaters RM380, kusyen RM20/ketul, kusyen kecik RM18
Kain yg diperlukan untuk 2+3 seaters + sarung kusyen kecil adalah 36 meter.
Ada piping. Dan 2 sarung kusyen kecil
Jadi anggaran kalau kainnya RM24.30/mtr total jadi RM15xx
Jangkamasa siap: 2 minggu



FELLA DESIGN
Tadi tersinggah Fella sebab gi aqiqah rumah shelley. Fella ada warehouse sale..saya pon masuk nak riki2. fuhhh puas ku riki. Kaedahnya die cam Kamdar dan Ikea gak

Harga upah : 2 seaters + 3 seaters RM600
Kain yg diperlukan untuk 2+3 seaters + sarung kusyen kecil adalah 35 meter.
Tak sure ada piping atau tak. KAlau ikut design asal, ada piping, maybe die ikot. Tiada 2 kusyen kecil
Jadi anggaran kalau kainnya RM29.90/mtr total jadi RM1646
Range kain: RM29.90 hinga RM50 keatas


Lenggera Sofa kusyen

Seaters 2+3 die quote RM1,8K termasuk kain. Boleh hubungi disini.

Kedai repair sofa Klang

Kedai ni quote paling murah! Anggaran RM800-RM1K untuk semua termasuk kain. Kain-kainya saya tak pasti banyak pilihan atau tak. Tapi die tak boleh siapkan sebelum raya..huhu



So buat sarung kusyen mahal jugak kan? huhu

Tips pilih kain:

  1. Tak boleh pilih kualiti kain yg tidak tebal, kain camtu murah dan hanya sesuai utk langsir.

Sekian ye dik non. Jenuh type. Untuk referance uols. So pengajaran akak ada 2 je:
1. Tempah la sarung kusyen/sofa awal2. So kalau awal, boleh buat kat kedai Klang tuh hehe
2. Patut tayah tempah pon sarung kusyen kecik tuh! haha sebab boleh jahit sendiri, kalau tak dh jimat RM32 :p. Apesal la tak boleh rasional wakaakk. Tapi bila fikir balik takpe la wakakak sebab baju raya ada 4 nk jahit ni belum start lg! 

My SIL comment, kalau mahal2 ni baikla beli Sofa Ikea baru ekekek.Tapi sofa fella ni memang kukuh dan sangat comfy sayang pulak kan. Lepas ni nak strict sket dgn anak-anak, jangan main tibai sofa mak dengan milo, ceklat,vitagen etc :p nak bertahan sofa ni at least for 10 yrs angan-angannya :p

OK pasal Warehouse Fella 2016 kat Bkt Subang tu, kalau dpt kaler yg gelap2 sket memang berbaloi...yg gelap2 sume dah bertanda sold! yang tinggal hanya kaler cerah2..mana la orang nak kan? Fella sebaiknya buat je kaler gelap2. Tengok pilihan kain kat dalam kedai tu yg plain not bad jugak. 


No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...