Friday, January 21, 2011

Tertunai hajat : kurangkan hutang rumah

Hajat ni dah tertangguh hampir 2 tahun. Teringat lagi masa tahun 2009, percubaan kali pertama nak keluarkan wang KWSP gagal sebab dokumen tak cukup. Masa tu tengah mengandungkan Muaz. Tanggguh punya tangguh, sampai la bersalin, lps tu tak buat langsung.

Dan sekarang mengandung lg, dan dah target nak settlekan before deliver. Jadi, awal bulan ni dah gi pejabat KWSP, tapi kali ni kene reject sbb statement dr bank pulak tak lengkap. Kisahnya disini. Banyak toi dugaannya! Sabo je la...

Lps dah minta statement baru dr bank, sampai la jugak statement tu kat atas meja aku ni ha. Jadi tadi lunch hr gi kejap KWSP. Orang ramai, mmg lama gak tunggu tp tak le sampai 1 jam. Dokumen semua diluluskan! Alhamdulillah. Kita tunggu 2 minggu lg dapat tak surat dr KWSP berkenaan pengeluaran wang ini.

Alhamdulillah, utk part nak attack hutang rumah ni tertunailah hajat Mama sebelum bersalin iaitu :
1) Naikkan bayaran bulanan, kisahnya disini.
2) Keluarkan sejumlah wang mengikut kelayakan dr KWSP. Targetnya setiap tahun nak keluarkan sekali.

Semoga impian nak capai Debt-Free by umur xxx ini dipermudahkan. Nanti aku kene congak balik tempoh pinjaman perumahan boleh dipendekkan byk mana dr original 25 tahun by using this calculator.

Q ke 2115, 'now serving 2112'. Ekceli tade la tunggu lama sgt :p

Lepas duit ni berjaya dikeluarkan, aku kene bayar zakat KWSP dulu. Maklumat tentang zakat KWSP boleh dirujuk disini.
Zakat KWSP (Amaunnya) = Jumlah pengeluaran X 2.5%.

Berminat nak tahu tentang info Pengeluaran menyelesai/mengurangkan pinjaman perumahan? Baca disini.

4 comments:

ummi said...

akak pun sama. asik bertangguh aje. form dah isi, supporting doc x lgkp. dpt doc, sampai expired info dalam tu psl x pegi2 kwsp.

Farra Da Smiley said...

Kak tie, sy dh 2 kali gak bank statement xpiredd..hehe..mmg kene kuat smangat

aida said...

farra, kau dah kurangkan tahun pinjaman rumah ek?

aku pun balik nanti nak buat camtu, baru tau kalau dah amik pinjaman perumahan above 5 years, boleh minta turunkan tahun pinjaman sebab interest makin kurang

Farra Da Smiley said...

aida, yer aida mmg boleh..fyi, aku naikkan monthly bulanan tu now dah turun 7 yrs
ni lom campur yg annual withdrawal epf..akan making kurang!..nnti ko dh blk, aku kasi email add org ambank tu ok

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...