Tart Nenas alkisahnya mmg feveret aku! Ingat tak tahun lepas masa boyot-boyot tu ngidam tart nenas, lalu terus ku buat jugak! Kisahnya disini.
Tahun lepas aku buat guna ready made tart cookies mix, so tahun ni terpaksa la google cr resipi. Akhirnya jumpa resipinya. Resipi asalnya dr Kak Liza disini. So semalam buat jugak la sesorang.
Bahan
60 gm butter
130 gm majerin
60gm shortening
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm cookies flour ( guna je tepung gandum pon bole)
50 gm tepung jagung
Cara-cara:
1. Pukul butter,majerin, shortening dan gula supaya sebati dan rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan tart dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Meh layan gambo yg di snap oleh my kiddos:
Jemnya beli aje kat Mydin. harga dalam rm4.50 for 450gm. Ada tanda halal tau
Bulat2kan dulu intinya
Then tekankan doh guna acuan. Pastikan yg corak bunga belah bawah
Bulat2kan dulu intinya
Then tekankan doh guna acuan. Pastikan yg corak bunga belah bawah
Cornflakes Crunchy punya resipi dulu dah share, meh tempek lg.
Bahan (A)
180gm castor sugar
130 gm butter
60gm marjerin
60 gm shortening
1/2 tsp esen vanila
secubit garam
Bahan (B) - 2 biji telur
Bahan (C)
300 gm self raising flour
1/4tsp baking powder
1/4 tsp soda bicarbonate
Bahan (D)- Cornflakes secukupnya-anggaran 250gm
Cara-cara:
1. Putar bahan (A) hingga kembang
2. Masukkan telur
3. Ayak bahan (C) & masukkan adunan kedalam adunan (A). Kalau sebati dengan spatula.
4. Rehatkan adunan didalam peti sejuk semalaman untuk menghasilkan biskut yg rangup.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bulat, sadurkan dengan cornflakes dan letak di atas loyang.
6. Bakar selama 15-20 min pada suhu 175,
Adunan memang agak lembut, jgn tambah lagi tepung. Adunan ni bleh dpt anggaran 120 keping. Tak perlu buat besar sebab dia akan mengembang, kita kan guna self rising flour.
Tips mudah:
1) Lapik loyang bakar dengan kertas minyak dahulu sebelum letak adunan biskut. Dgn ini tidak perlu sapu marjerin setiap kali nak letak biskut.
2) Guna telur Gred B dalam semua resipi biskut/kek.
3) Marjerin & shortening boleh diganti dengan butter kesemuanya. Resipi biskut saya semua tambah sedikit shortening, hasilnya ada sedikit kelainan emm memuaskan ;)
Owh yg semalam sbb sangap dah nak masak apa, aku masak Baked Makaroni je. Kids suke jugak. Dah senang takyah msk benda lain. ehehe
7 comments:
Bab nak tekan doh guna acuan tu yang letih...x sanggup teman.Pernah buat sekali...masa tu abah budak2 ni belajar kat johor.Resepi alex goh...mak ai...melecet habis tgn.Tulah sekali kubuat kuih raya sendiri sepanjang dok umah baru ni...tanpa monitoring from mak...;)
kak tyha, btol3..mmg part menekan tu yg lama sehh...sabo je la...kalau tak sabo..tunjuk2 je la alamatnya ..tp tgn tak melecet la :p
owh sy mmg buat biskut raya w/out monitoring mak..mak sy tak buat kuih raya bertahun2 lamanya
bilela yan nak belajar wat kueh raya ni..
dulu wat kued dam pun fail..
yg lulus chocolate chip je
yan, takpe la yan..awak buat yg lulus ajek..choc chip mmg senang ..eheheh..biskut su ni pon tatau grade ape setakat pass aje kot tp tak cemerlang huhu..( buat mkn sendiri boleh la..)
mak aih.. tak padan ngan perut besar byknya tenaga ibu mengandung ini... huwaaaa saya baru siap satu jenis aje...
aku acuan2 kuih tade, tu dok buat biskut tanpa acuan.
Farra, rumah uk semua ada oven. Diaorg mana pakai dapur sgt tang masak2 ni
baiti, ok la 1 jenis,..biskut apa?
aida, oo yer ke..bagus sgt la..aku sesuai gak la dok uk ..ekekke
Post a Comment