Thursday, January 31, 2008

Minggu jimat wang

Minggu ni dapat berjimat dgn cara:
1) Bawa makanan untuk lunch dr rumah 2 hari berturut. Malam sebelumnya masak lebih sket. Lauk pon tak hebat sgt sebab balik dr pejabat pon lewat sket. Bukan setakat jimat duit, tapi jimat masa gak. Tahulah keje pejabat berlambak sampai naik tension sgt minggu ni. Pagi pon everyday makan tart telur & roti.

2) Beli dishwasher liquid borong kat Kilang Toyogo. RM5.50 for 3.5 litre. Kualitinya tak tau lagi cemana. Nanti bila dah guna, will let u know ok.

Nasib baik rumah sy dekat dengan kilang Toyogo. Masa kat sana, saya jumpa benda ni:

1) Non stick baking paper. 1st time jumpa ni. Pjg 5 meter harga RM2++. Selama ni saya lapik loyang guna kertas minyak aje. Nanti lepas try, will share jugak ngan u all lagi ok.

2) Kalau selama ni bila buat sales muffin/tart/kek ke pejabat, saya mesti guna kotak. So bila dah jumpa ni lagi jimat la. Sebab kalau kotak, kita bunag lepas guna. Tapi kalau yg ni boleh guna balik. Saiznye besar boleh muat banyak items. Harga RM15.90. Nak bawa kek 4 segi ke pejabat pon tade masalah lepas ni.
Actually nak kata jimat sgt pon idokle kan. JImat sikit-sikit, lama-lama jadi banyak.

Hari ni cuti hari wilayah, kami nak balik kg kedah. yahooooooooo lama dah tak balik. Malam tadi dah shopping kat Care4 , macam biasa beli few items untuk bawak balik kg such as: Limau sekotak, sabun serbuk kotak saiz besar, biskut dlm tin, pelbagai makanan ringan.

Saya ada jual T-shirt Muslimah. Meh la tengok kat sini.

Monday, January 28, 2008

Kini telah hampir 3 minggu Mus'ab di sekolah, PASTI.

Yang masih belum dapat diubah:
1) Minum botol susu ( kalau tak silap ada 1-2 orang je yang minum susu dalam botol)
2) Masih duduk dalam kelas 5 tahun, sebab geng dengan anak pengasuh (kak sya). Dengan budak lain masih belum sesuai kot
3) Masa beratur pagi masih tak mahu join barisan lelaki umur 4 tahun. Dia masih beratur kat group perempuan, umur 5 tahun sekali dengan anak pengasuh.
4) Pagi memang susah nak mandi. Setakat ni memang mandi ala mandi kerbau ajek. Gosok gigi toksah cakap le. Semalam dia mengadu sakit gigi. Risau jugak takut sakit gigi sebab tak suka gosok gigi.
5) Kalau sampai sekolah tak nampak kak sya, sure takmo masuk kelas. Bila tak masuk kelas terus nak balik umah atok wan.

Harap-harap cikgu dia tak bosan melayan karenahnya. Harap-harap hatinya lembut untuk berkawan dengan orang lain dan join kelas 4 tahun. mmm...

Friday, January 25, 2008

Kitchen Renno - day 5

This time I didn't take so much time to make survey and decide which hob that I want. Few months back, I was very fascinated with the 'Inner Flame' Tech which was inspired by Rinnai.
Today, we went again to the same shop where we bought the 2.5 sink in Jalan Ipoh and we were also wondering whether other manufacturer had also produced the same Tech. Only Rinnai and Millea that produced that Tech. Most of the Inner Flame Hob price above RM1.5K except the one that we bought:
RB-2GSi. The shop sell it at RM1100, but then we went to another fav. shop in Jalan Kepong that offer us the best price of the same model : RM900. Alhamdulillah , RM 200 saving is a lot!
To date, our RB-2GSi is still in it's box. It has 1 year warranty.

Let me share some info of the Technology. RINNAI's exclusive "Inner Flame" :
(i) Powerful & controllable even heat
(ii) Higher heat efficiency as compared to normal burners
(iii) Perfect simmer control, superb for making soup
(iv) Easy to clean as compared to normal burner

Read about the
Burner Performance Comparison between Inner VS Normal burner.

I'm still wondering whether we need to buy the hood. Few people says that it doesn't really worth functioning (but worth decorating the kitchen i guess). Mom and hubby proposed we could use 2 top kitchen fans ( eh what we call ek that fan?) that has strong suction function instead of the hob. So, what say u? I need opinions!! FYI, I cook a lot daily..weekly ..and forever.

My YTD expenditure for the Kitchen renovation is RM7274, contributed to:
2.5 bowl sink- RM199 ( murah kan?)
Sink tap - RM70
Few kitchen accessories from Ikea - RM 105
MPS approval - RM500
Architecture fee- RM500
Hob - RM900
1st payment to contractor - RM5, 000

Wednesday, January 23, 2008

Byk plak cerita

Produk AdikBijak yang saya tempah minggu lepas dah pon sampai pada hari Isnin. Pada harga RM54.80 saya dapat VCD Tilmiz Doa Vol. 1 & Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan dan percuma VCD lagu membaca Al-Furqan, buku mewarna, sticker & ayat kursi. Setakat tiga hari ni nampaknya CD Barney masih memenangi carta VCD kanak-kanak kat rumah ni. Mungkin sebab depa belum faham sangat. Tapi sy akan tetap usaha bagi mereka jatuh cinta dengan Al-Quran.

Ubahsuai rumah dah masuk hari ke2. Dahtu hari ni pekerja-pekerja kontraktor tak mai mungkin sebab cuti Thaipusam. Hari ni saya dah berjaya alihkan almari buku dari ruang makan ke sebelah rak TV & 2 rak dari stor yang penuh barang dapur ke bahagian ruang makan. Tak lama lagi ruang tamu pon akan jadi ruang macam dapur! huh bersemak rasanya, tapi kene banyak bersabar & bertahan sampai ubahsuai dapur siap. Setakat ni aktiviti memasak masih berjalan macam biasa sebab mereka akan naikkan dinding bahagian luar dahulu. Habuk setakat ni belum banyak masuk dalam rumah. Sabtu ni baru cadangnya kami nak gi tengok & beli stove & hood. Emm, hood perlu ker ek?

Untuk jualan hari Khamis, jom beli Muffin Coklat @ Muffin Blueberry pada harga borong RM1/muffin. Tak buat banyak sangat pon, few ketul kami dah ngap!

Akhir sekali, kami dah gi tgk Saga BLM Ahad lepas. Ada banyak persoalan bermain difikiran:
1) Adakah ini kereta yang sesuai dengan duit poket kami?
2) Perlukah saya upgrade kereta Proton Saga saya sekarang tahun 1992 yang sarung kusyennya dah koyak & lusuh?
3) Sanggupkah saya menambah hutang sedangkan impian saya untuk mencapai Free Debt life in sangat2 kuat?
4) Mungkinkah saya perlu maintain aje kereta sekarang sebab setiap hari saya masih berjaya dibawa oleh Saga 92' ke pejabat sebelum 8.30pagi?

dan banyak lagi ???? Apapun saya masih belum ada perasaan untuk berkereta baru walaupun cik abang yang beriya syorkan saya perlu upgrade kereta. aku sayang sagaku! aku tade hutang..hahaha

Sunday, January 20, 2008

Cheese Tarts for sale!

Only available on Monday, 21 Jan 08. Strictly for self collection @ Lvl 18 , Annexe 2. FCFS basis! Only at RM1.60/tart. Choose your favorite flavor : Choc, Blueberry, Lemon and Peanut Butter.

Features:
Medium size
Approximate weight: 41gm++/tart

Ingredients: Flour, Butter, Shortening, Egg, Sugar, Cream Cheese, Whipping cream, Blueberry filling, Lemon filling, Chocolate, Peanut Butter

Recipe is available here.

Choc Marble Cheese Tart & Blueberry Cheese Tart


Lemon Cheese Tart & Peanut Butter Cheese Tart

Dear friends & my valued customers,
My Smiley Cakes is temporarily unavailable for about 1 month / until further notice. Please apologize for the inconvenience caused.

Tuesday, January 15, 2008

Awal Muharram 1429 (1st day hospitalised)

Kami diserang penyakit yang sama: Deman, Cirit-Birit, Muntah. Tapi semuanya kena dan sembuh pada waktu yang berlainan. Apa pendapat Tuan Doktor?

Mawaddak
Mula muntah kali pertama selepas maghrib Ahad lepas. Sejurus selepas itu, dia muntah setiap kali makan atau minum walaupun susu badan/air kosong. Sepanjang malam tak terkira berapa banyak kain cadar & kain batik yang menjadi lapik tidur bertukar ganti.
Isnin, sy dan abang UL. Hantar Mawaddah ke klinik panel. Dia dah mula demam dan cirit birit. Sepanjang hari hanya tidur sahaja. Makan langsung tak lalu. Abang Ab tak ganggu sebab gi sekolah & rumah pengasuh.
Selasa kami UL lagi. Keadaan dia masih tidak berubah. Bawa ke klinik panel untuk dapat surat ke Hopsital. Ke Damansara Hospital, Dr syak denggi & saran masuk wad. Saya tak setuju, sebab ikut pengalaman lepas , terlalu awal untuk putuskan denggi. Kalau dah masuk wad, mesti asyik ambil darah. Kami pulang ke rumah. Dr minta datang semula hari Khamis jika tiada perubahan.

Mus'ab
Mula muntah dan cirit jam 11 pagi hari Rabu. Kebetulan dia takmau pergi PASTI haritu. Memang non stop sampai lembik dan tidur aje. Masa ni kami kerja & emak tolong jaga kedua2nya. Kami terpaksa pakaikan pampers sebab takut cirit jatuh merata. Demam dia mmg panas. Taruk ubat dalam punggung pon demam tak kurang. Khamis kami refer semula ke Damansara Hospital.

Ayah @ Abang
Mula demam dan cirit rabu malam khamis. Semua tidur awal kecuali saya yg sihat menikati malam menonton Bersamamu. Mujur abang tak dapat muntah. Abang sembuh paling awal, kira-kira Jumaat pagi.

Mama @ saya
Mula rasa pening setibanya di perkarangan Hospital. Terpaksa duduk kejap bawah pokok sebab rasa nak rebah. Setelah diperiksa, kami setuju untuk masukkan anak-anak ke wad. Wad penuh terpaksa tunggu 1 hr. So kami makan kejap di Cafe. Masa tu bermula la kami anak beranak berlawan muntah kat Cafe. Memula Ab lepas tu saya pulak. Muntah lepas makan, dpt bayangkan tak? nasib baik tak kene meja sesiapa. Masa rasa loya saya dah berlari ke tandas tapi muntah hampir kat pintu cafe. Masa tu Abg membuang cirit di tandas. Anak2 saya tinggal aje kat cafe, tgh tidur. Lepas masuk wad muntah lg sampai malam +cirit. Takut nak makan any food, badan rasa lembik sangat. Kene jaga bebudak sakit plak. Jumaat pagi jam 3 am saya jumpa dr di bahagian kecemasan sebab badan dah naik panas sgt. Demam! Sepanjang dok hospital saya memang susah sangat nak telan makanan.

Hospital
3D2N. Hari pertama jaga bebudak agak senang sebab semua lembik tidur aje, Hari kedua bila dah dapa tenaga sket , mula nak tarik drip, buat kecoh nak balik. Jumaat malam sabtu, kami mohon Dr untuk discaj Sabtu sebab dah tak larat nak jaga bebudak yang rimas dalam hospital. Lgpon badan kami dah sakit tidur katil spital berhimpit dengan kids.

Hari keluar hospital
ALHAMDULILLAH, mawaddah dan suami sihat sepenuhnya. Selera makan kembali!
Mus'ab & saya tingal cirit-birit aje. Kami tak aktif tidur sahaja sepanjang Sabtu & Ahad.
Ahad mlm Isnin, cirit saya dah stop so Isnin saya kembali bertugas. Kerja berlambak! Tapi lepas zohor & lps lunch, cirit saya kembali sehingga 17 kali ke tandas sehingga lewat tengah mlm tadi. Kami tidur di rumah emak sebab suami outstation ke Sg Petani. Mus'ab masih cirit.

Hari ini ( selasa, 15Jan08)
Saya MC one day , dapat jaga kids walaupun badan lemah. Saya belum cirit lagi setakat ni sebab saya langsung tak jamah nasi ( walaupun perut dah menjerit lapooooooooooo). Saya makan biskut cream crakers, sup cendawan, ubat & air garam jek. Memang impian saya nak kurus tercapai. Sy dah kurang 2kg! Tapi kejap lg saya nak makan bubur nasi jek, Dr benarkan. Najis Mus'ab nampak ada improvement sikit hari ni. Harap2 esok sy & Ab boleh kembali beraksi semula.

Apa benornya penyakit kami? Kemungkinan yg doktor-doktor kami bagitau:
Denggi (tak mungkin!)
Food poisoning
Viral infection thru water

Entahlah, yang penting , insyallah kami semakin sihat (agaknya & harapnya).Suami pon banyak dah tolong mop & cuci satu rumah dengan dettol sebelum kami discaj haritu.

Sunday, January 13, 2008

Hospitalised

Assalamualaikum.
Both kids were hospitalised @ Damansara Specialist. Not even them, we were also attacked by the same symptoms. I cannot update more as I still feel very weak.
Please pray for our speedy recovery.

Sunday, January 6, 2008

Hari pertama di PASTI

#1 Mus'ab ke sekolah hari pertama

Pagi tu tidurnya sungguh nyenyak sampai hampir 7.30am aku terpaksa juga kejutkan dia sebab sekolah mula jam 8pagi. Sarapan yang tekah disiapkan: Pisang goreng & keropok ikan. Aku berjaya meujuk Abang temankan aku untuk hantar Mus'ab bersama Mawaddah.
Kam 8 pagi sampai ke sekolah. Mus'ab macam tak faham sangat. Muka yakut dek ramai orang. Dalam senyap-senyap aku tinggalkan dia. Tapi dr jauh nampak dia dok bertenggek kat pengasuh sebab pengasuhnya pon menghantar anaknya yang berumur 5 tahun. Masa beratur mengikut umur, Mus'ab takmo beratur. Mus's tak faham dia umur berapa coz depa kene beratur ikut umur. Bila kelas mula, pengasuh ikut lagi dia sebab tangan dia takmo lepaskan. Cikgu suruh masuk kelas 4 tahun tapi dia takmo. Masa tu dah mula menangis2. Aku tengok aje dr jauh. So cikgu terpaksa letak dia kat kelas 5 tahun sebab nak duduk sebelah Sya, anak pengasuh. Kengkawan lain semua dia tak kenal. Lepas tu dah OK sambil makan gula2 cikgu kasi. Pengasuh keluar jumpa aku kat luar pagar, minta 1 pampers. Dia risau takut Mus'ab nak membuang tak bagitau cikgu sebab belum kenal lg. So sebelum kami pulang , pengasuh pakaikan dia pampers dulu. Kemudian pengasuh pulang. Abang dah lama gi keje sebaik Mus'ab kene beratur. Jam 9.15pagi baru aku tinggalkan PASTI sebab tengok Mus'ab dah ok. Dalam hati, sangat RISAU. Takut dia lapar susu/anything. Aku cuma bekalkan 1 botol susu + 1 botol air oren dlm quickstraw cup. Lepas tu aku & mak ke 2 kedai tiles + IKEA. Bila dah jemput Mus'ab balik, Mus'ab excited kata " tadi gi jalan-jalan kat sekolah". Hari ni pon dia ajak " jom adik gi jalan-jalan ke sekolah". Aku rasa dia masih beranggapan gi sekolah tu jalan-jalan la kot. Kesian, kami kurang bawak dia jalan-jalan ke ek? Isnin ni bakalnya, pengasuh akan pergi hantar & jemput. Ya Allah, permudahkanlah semuanya.
Observations hari pertama:
1) Mus'ab kurang selesa sebab terlalu ramai ibu bapa dan kawan-kawan baru.
2) Kelas 4 tahun dibuat didalam bilik juga menyebabkan Mus'ab rasa kurang selesa.
3) Tahun ni PASTI menerima ramai pelajar sampai kerusi tak cukup. Terdapat segelintir pelajar yang menangis sebab tak dpt kerusi.
4) Kelas tahun 4 paling kurang pelajar, so agaknya Mus'ab tak rasa happening kot eheh

#2 Sabtu, aku menyambung semula kerja-kerja mengosongkan stor. Banyak barang dah berjaya di bawa ke bilik atas tak kurang juga yang dibuang. Kenapa la kita ni suka simpan barang-barang tak guna kat umah. Dulu sayang nak buang , sekarang bila dah tade tempat terpaksa buang jugak.

Alang-alang tgh mengemas stor, aku pon mengemas barang-barang kek. Antaranya lapik kek dan kotak kek. Rupanya ada berlambak lg, dah la tak bersusun mengikut saiz. Lepas dapur siap aku janji nak atur ikut saiz. Nak label dulu baru susun. So, lebih senang la nak mencari nanti.
Selain yang ada dalam gambar ni, aku ada 2 pek borong (quantity 100) untuk saiz 10.5' dan 11'. Saiz 11' ni jarang sangat guna, kalau beli pon tak apa. Macamtu la kalau beli tade perancangan.
Yang ni plak Dr Fadzilah Kamsah sure label aku ketgori kufur nikma sebab ada , tapi tak guna. Dah lama beli shortbread cutter 14'X14' ni , sbb masa tu berkobar-kobar sgt nak buat Biskut Choc Marble tapi tak buat pon sampai sekarang. Emm..bila la nak buat agaknya.
Sehingga ke hari ini storku masih belum berjaya dikosongkan. Cuti awal muharram nanti sambung lagi la.

Nota: Resipi Super Moist Choc Cake ada di Smiley!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...