#1 Mus'ab ke sekolah hari pertama
Pagi tu tidurnya sungguh nyenyak sampai hampir 7.30am aku terpaksa juga kejutkan dia sebab sekolah mula jam 8pagi. Sarapan yang tekah disiapkan: Pisang goreng & keropok ikan. Aku berjaya meujuk Abang temankan aku untuk hantar Mus'ab bersama Mawaddah.
Kam 8 pagi sampai ke sekolah. Mus'ab macam tak faham sangat. Muka yakut dek ramai orang. Dalam senyap-senyap aku tinggalkan dia. Tapi dr jauh nampak dia dok bertenggek kat pengasuh sebab pengasuhnya pon menghantar anaknya yang berumur 5 tahun. Masa beratur mengikut umur, Mus'ab takmo beratur. Mus's tak faham dia umur berapa coz depa kene beratur ikut umur. Bila kelas mula, pengasuh ikut lagi dia sebab tangan dia takmo lepaskan. Cikgu suruh masuk kelas 4 tahun tapi dia takmo. Masa tu dah mula menangis2. Aku tengok aje dr jauh. So cikgu terpaksa letak dia kat kelas 5 tahun sebab nak duduk sebelah Sya, anak pengasuh. Kengkawan lain semua dia tak kenal. Lepas tu dah OK sambil makan gula2 cikgu kasi. Pengasuh keluar jumpa aku kat luar pagar, minta 1 pampers. Dia risau takut Mus'ab nak membuang tak bagitau cikgu sebab belum kenal lg. So sebelum kami pulang , pengasuh pakaikan dia pampers dulu. Kemudian pengasuh pulang. Abang dah lama gi keje sebaik Mus'ab kene beratur. Jam 9.15pagi baru aku tinggalkan PASTI sebab tengok Mus'ab dah ok. Dalam hati, sangat RISAU. Takut dia lapar susu/anything. Aku cuma bekalkan 1 botol susu + 1 botol air oren dlm quickstraw cup. Lepas tu aku & mak ke 2 kedai tiles + IKEA. Bila dah jemput Mus'ab balik, Mus'ab excited kata " tadi gi jalan-jalan kat sekolah". Hari ni pon dia ajak " jom adik gi jalan-jalan ke sekolah". Aku rasa dia masih beranggapan gi sekolah tu jalan-jalan la kot. Kesian, kami kurang bawak dia jalan-jalan ke ek? Isnin ni bakalnya, pengasuh akan pergi hantar & jemput. Ya Allah, permudahkanlah semuanya.
Observations hari pertama:
1) Mus'ab kurang selesa sebab terlalu ramai ibu bapa dan kawan-kawan baru.
2) Kelas 4 tahun dibuat didalam bilik juga menyebabkan Mus'ab rasa kurang selesa.
3) Tahun ni PASTI menerima ramai pelajar sampai kerusi tak cukup. Terdapat segelintir pelajar yang menangis sebab tak dpt kerusi.
4) Kelas tahun 4 paling kurang pelajar, so agaknya Mus'ab tak rasa happening kot eheh
#2 Sabtu, aku menyambung semula kerja-kerja mengosongkan stor. Banyak barang dah berjaya di bawa ke bilik atas tak kurang juga yang dibuang. Kenapa la kita ni suka simpan barang-barang tak guna kat umah. Dulu sayang nak buang , sekarang bila dah tade tempat terpaksa buang jugak.
Alang-alang tgh mengemas stor, aku pon mengemas barang-barang kek. Antaranya lapik kek dan kotak kek. Rupanya ada berlambak lg, dah la tak bersusun mengikut saiz. Lepas dapur siap aku janji nak atur ikut saiz. Nak label dulu baru susun. So, lebih senang la nak mencari nanti.
Selain yang ada dalam gambar ni, aku ada 2 pek borong (quantity 100) untuk saiz 10.5' dan 11'. Saiz 11' ni jarang sangat guna, kalau beli pon tak apa. Macamtu la kalau beli tade perancangan.
Yang ni plak Dr Fadzilah Kamsah sure label aku ketgori kufur nikma sebab ada , tapi tak guna. Dah lama beli shortbread cutter 14'X14' ni , sbb masa tu berkobar-kobar sgt nak buat Biskut Choc Marble tapi tak buat pon sampai sekarang. Emm..bila la nak buat agaknya.
Sehingga ke hari ini storku masih belum berjaya dikosongkan. Cuti awal muharram nanti sambung lagi la.
Nota: Resipi Super Moist Choc Cake ada di Smiley!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
2 comments:
farra: kelas muss'ab ade berapa org?kelas dini 6 org jer.. yg paling ramai kelas 5 thn.. nnt kiter citer kat blog.. sekarang tak smepat lagi..
iman? ohhh.... dia berambat tak henti-henti kat luar bangunan. siap ada sorang cikgu khas nak monitor dia. akak tak tunggu sbb kalau dia nampak akak, sure punya nak ikut balik nanti. lagipun tadika tu pengusahanya org yang sama dengan taska. byk fimiliar faces.
perasaan risau amat tu sgt natural di kalangan ibu-ibu...
Post a Comment