Tuesday, January 15, 2008

Awal Muharram 1429 (1st day hospitalised)

Kami diserang penyakit yang sama: Deman, Cirit-Birit, Muntah. Tapi semuanya kena dan sembuh pada waktu yang berlainan. Apa pendapat Tuan Doktor?

Mawaddak
Mula muntah kali pertama selepas maghrib Ahad lepas. Sejurus selepas itu, dia muntah setiap kali makan atau minum walaupun susu badan/air kosong. Sepanjang malam tak terkira berapa banyak kain cadar & kain batik yang menjadi lapik tidur bertukar ganti.
Isnin, sy dan abang UL. Hantar Mawaddah ke klinik panel. Dia dah mula demam dan cirit birit. Sepanjang hari hanya tidur sahaja. Makan langsung tak lalu. Abang Ab tak ganggu sebab gi sekolah & rumah pengasuh.
Selasa kami UL lagi. Keadaan dia masih tidak berubah. Bawa ke klinik panel untuk dapat surat ke Hopsital. Ke Damansara Hospital, Dr syak denggi & saran masuk wad. Saya tak setuju, sebab ikut pengalaman lepas , terlalu awal untuk putuskan denggi. Kalau dah masuk wad, mesti asyik ambil darah. Kami pulang ke rumah. Dr minta datang semula hari Khamis jika tiada perubahan.

Mus'ab
Mula muntah dan cirit jam 11 pagi hari Rabu. Kebetulan dia takmau pergi PASTI haritu. Memang non stop sampai lembik dan tidur aje. Masa ni kami kerja & emak tolong jaga kedua2nya. Kami terpaksa pakaikan pampers sebab takut cirit jatuh merata. Demam dia mmg panas. Taruk ubat dalam punggung pon demam tak kurang. Khamis kami refer semula ke Damansara Hospital.

Ayah @ Abang
Mula demam dan cirit rabu malam khamis. Semua tidur awal kecuali saya yg sihat menikati malam menonton Bersamamu. Mujur abang tak dapat muntah. Abang sembuh paling awal, kira-kira Jumaat pagi.

Mama @ saya
Mula rasa pening setibanya di perkarangan Hospital. Terpaksa duduk kejap bawah pokok sebab rasa nak rebah. Setelah diperiksa, kami setuju untuk masukkan anak-anak ke wad. Wad penuh terpaksa tunggu 1 hr. So kami makan kejap di Cafe. Masa tu bermula la kami anak beranak berlawan muntah kat Cafe. Memula Ab lepas tu saya pulak. Muntah lepas makan, dpt bayangkan tak? nasib baik tak kene meja sesiapa. Masa rasa loya saya dah berlari ke tandas tapi muntah hampir kat pintu cafe. Masa tu Abg membuang cirit di tandas. Anak2 saya tinggal aje kat cafe, tgh tidur. Lepas masuk wad muntah lg sampai malam +cirit. Takut nak makan any food, badan rasa lembik sangat. Kene jaga bebudak sakit plak. Jumaat pagi jam 3 am saya jumpa dr di bahagian kecemasan sebab badan dah naik panas sgt. Demam! Sepanjang dok hospital saya memang susah sangat nak telan makanan.

Hospital
3D2N. Hari pertama jaga bebudak agak senang sebab semua lembik tidur aje, Hari kedua bila dah dapa tenaga sket , mula nak tarik drip, buat kecoh nak balik. Jumaat malam sabtu, kami mohon Dr untuk discaj Sabtu sebab dah tak larat nak jaga bebudak yang rimas dalam hospital. Lgpon badan kami dah sakit tidur katil spital berhimpit dengan kids.

Hari keluar hospital
ALHAMDULILLAH, mawaddah dan suami sihat sepenuhnya. Selera makan kembali!
Mus'ab & saya tingal cirit-birit aje. Kami tak aktif tidur sahaja sepanjang Sabtu & Ahad.
Ahad mlm Isnin, cirit saya dah stop so Isnin saya kembali bertugas. Kerja berlambak! Tapi lepas zohor & lps lunch, cirit saya kembali sehingga 17 kali ke tandas sehingga lewat tengah mlm tadi. Kami tidur di rumah emak sebab suami outstation ke Sg Petani. Mus'ab masih cirit.

Hari ini ( selasa, 15Jan08)
Saya MC one day , dapat jaga kids walaupun badan lemah. Saya belum cirit lagi setakat ni sebab saya langsung tak jamah nasi ( walaupun perut dah menjerit lapooooooooooo). Saya makan biskut cream crakers, sup cendawan, ubat & air garam jek. Memang impian saya nak kurus tercapai. Sy dah kurang 2kg! Tapi kejap lg saya nak makan bubur nasi jek, Dr benarkan. Najis Mus'ab nampak ada improvement sikit hari ni. Harap2 esok sy & Ab boleh kembali beraksi semula.

Apa benornya penyakit kami? Kemungkinan yg doktor-doktor kami bagitau:
Denggi (tak mungkin!)
Food poisoning
Viral infection thru water

Entahlah, yang penting , insyallah kami semakin sihat (agaknya & harapnya).Suami pon banyak dah tolong mop & cuci satu rumah dengan dettol sebelum kami discaj haritu.

7 comments:

y@tipruzz said...

food poisoning kot farra...severe infection sampai muntah n cirit yg prolong.

take care!

Anonymous said...

siannya kak farra. nasib baik tak kena sakit pelik2. hubby saya pun sabtu pagi kul 2 am sakit perut, nasib baik bila dapat injection kat spital pantai cheras dah sihat. musim sakit agaknya. anyway, semoga cepat sembuh.

Ummu Auni said...

Alhamdulillah, dah sihat...cian kat ko & family

Farra Da Smiley said...

ntah la yati
kalau food poisoning mesti serentak kot, last week tade makan kat luar pon
agaknya sebab air, ntah la

Anonymous said...

biase nyer klu berjangkit, viral infection la doc kata...coz saye penah kena dulu and then jangkit kat anak yg sulung..anak mmg kena warded sehari and amik drip..saye duk kat rumah je..lepas dah amik injection tu, baru la muntah stop, but then cirit birit tu mmg take almost 3-4 days to fully recovered. from internet, ade vaccination yg bleh diamik..but tak sure kat malaysia ni ade ke tak..tapi dah lupe la nama aper..heheh...mase kena dulu jek carik, then trus lupa..

haaa...baru jumpe..rotavirus nama nyer...

anyway, get well soon...

Anonymous said...

macam food poisoning.. maybe thru air (ewaah.. pepandainya bagi diagnose) muehehhee.. mungkinlah kot.. antibodi setiap orang lain-lain.. sbb tuh agaknye bebudak kena dulu.. (assumption.. assumption).. pape pun.. alhamdulillah sume dah sehat..

Farra Da Smiley said...

yerla su
mus'ab kene dapat injection untuk stopkan muntah

alhamdulillah semua dah sihat & kembali ke sekolah hari ini ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...