Showing posts with label Breadmaker. Show all posts
Showing posts with label Breadmaker. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Wholemeal bun homemade

Lama dah tak buat roti. Kebetulan roti wholemeal & hi protein ada, so merajinkan gak diri buat roti. Tak susah pon, campak je dalam Breadmaker tolong uli selama 1jam30min, guna setting "bread dough". Lepas tu keluarkan dan bentuk ikut suka. Jadilah ia 2 bentuk : roll & round bun ;)


Gambar sebelum bakor.
Opismet suka. Saya pulak lupa nak letak bread softener & improver, last month dah beli .

Bahan-bahan:
360ml air
500gm hi protein flour
60gm wholemeal flour ( boleh turun naikkan antara 2 tepung ni, yg penting total 560gm)
2 sudu besar Susu tepung
3 sudu besar gula
1.5 minyak / mentega
1 sudu teh garam
1 sudu teh yis mauripan ( tp saya lebihkan sket)

Saturday, May 21, 2011

Hasil dari Empress Breadmaker

Lama benor tak citer hasil-hasil BM Empress. Terlalu banyak, dah tak terlayan. Ok yg ni sempat tangkap gambo so meh kita citer.

Kek Coklat.

Langsung tak rekomen buat kek ceklat guna BM tau kengkawan. Lihatlah ni hasilnya. Rasa cam roti. He3. Dah cuba baru tahu. Lepas ni tobat takmo guna BM lg. Apapon sib baik habes kids layan gak sbb ceklat. Tapi depa komen "rasa lain la" He3. Kelakor kan?

Mesti tempek choc Ganache kasi kids terliuq!

Wholemeal bread


Bahan-bahan:
360ml air
500gm hi protein flour
60gm wholemeal flour ( boleh turun naikkan antara 2 tepung ni, yg penting total 560gm)
2 sudu besar Susu tepung
3 sudu besar gula
1.5 minyak / mentega
1 sudu teh garam
1 sudu teh yis mauripan ( tp saya lebihkan sket)

cecara: Masuk sume bahan ikut turutan dan tekan program " whole wheat"

Tuesday, March 29, 2011

Healthy Living : Multigrain Bread

Saja mencuba resipi sihat semalam, Multi Grain Bread. Multi grain diperbuat dari bahan -bahan berkhasiat seperti sunflower seeds, cracked wheat, rolled oat etc.



Bahan-bahan:
200gm air
10gm mentega/marjerin
High Protein Flour 200gm
Multigrain Bread Flour 200gm
Instant Yeast 5gm
Nota: Resipi asal tiada butter, so 210gm air diperlukan.

Cara:
1) Masukkan semua bahan di atas mengikut turutan ke dalam BreadMaker dan pilih setting 'Basic=1' dan tekan start.
2) Tanpa BM, uli semua bahan di atas dan biarkan doh naik 2 kali ganda dan baru boleh di bakar.

Jenis crust : Light
Saiz Roti : Medium

Nota lain:
1) Sekiranya doh terlalu lembik dan melekat di tangan semasa menguli, boleh tambah sedikit tepung.
2) Jika doh terlalu kering, boleh tambah sedikit air.



Tuesday, March 22, 2011

Semi sweet bread ~ 1st output from Empress BreadMaker

Asal nama Sweet Bread dr buku resipi Empress BM. Tapi aku kurangkan gula, so namanya Semi Sweet. Sukati je nak derhaka kat buku resipi asal. haha

Size Kecil : 2.0lbs
Crust level: Medium
Program setting: 4 ~ Sweet

Bahan-bahan:
Air 360ml
Susu 190ml
High Protein Flour 560gm
Gula 8 sudu besar ( guna 4 sudu besar je)
Mentega/Minyak 2 sudu besar
Garam 1.5 sudu kecil
Yis mauripan 1.5 sudu kecil

Cara-cara:
1) Masukan bahan-bahan dalam BM ikut turutan dan set aje ikut arahan BM. Jgn derhaka ok..ehehe

My 1st experience semalam:
1) Dah teruli, baru perasan silap pilih setting. terpilih no "2"
2) Set delay timer...bila kira balik silap kiraan..maunya roti siap jam 7am. cemana Mus;ab nak makan kan..so Off balik dan On
3) Risau roti x jadi sebab dah teruli. Tapi alhamdulillah jadi. banyak lg eksperimen sampai the best bread invented. ecece ..





2 buku ni dah lama beli. Now dah boleh bukak utk dibaca dan dieksperimen.
Pisau nak potong roti pon kene asah kasi tajam..baru cun nak potong!

Tuesday, March 15, 2011

empress bread maker in da houz

Dibayar pada 22 Jan, a day before Maher dilahirkan. Cosway kata dlm 2 minggu sampaila stok..tapi sampai abeh pantang pon tak dapat jugak. So, last Friday aku dah komplen kat cosway hq nk minta refund duit balik! Dah lepas komplen baru depa nk usaha cari branch mana yg ada stok. Semalam dpt call dr cosway kata dah leh amik. Sampai juga akhirnya! Kalu tak, mmg dh intai argos or amazon balik sbb ada member punya sedara nk blk Mesia, tp kene tunggu sebulan dua lagi.

Sekarang BM dah dok sebelah heavy duty mixer cam gambo kat atas. Kebetulan, Sabtu lps dh borong barang baking kat HOI. Almost 100 spent...huh cam balas dendam plak.

Nnti lps guna BM baru leh kasi review ok. Minggu ni x buatla sbb roti gardenia ada lagi & plan nk wat kek tiramisu for Mawaddah 5th birthday.

Jumaat insyallah nk balik Kedah. Maher nk jumpa tok & wan belah ayah pulak. X dpt nk imagine our jouney nnti... harap Muaz behave dlm car seat.
Published with Blogger-droid v1.6.6

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...