Saturday, March 14, 2015

Persiapan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat ilahi kerana masih dipanjangkan umur . Semoga umur yg berbaki ini kita manfaatkan demi mencari keredhaan Allah.
Kalau entry sebelum ni saya dah kongsikan barang2 keperluan utk menunaikan Umrah, kali ni pula persiapan umum dan persediaan lain termasuk juga aspek rohani.

Sebelum itu ingin saya kongsikan hadis nabi ini...

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Allahuakbar, malu rasanya bila mendalami hadis ini. Ia meninggalkan kesan dalam hati di kala usia dah makin lanjut dan tika saat menjadi tetamu Allah telah tiba pada Feb lepas. Betul orang kata pengalaman menjadi tetamu Allah tu mana mungkin sama dengan percutian ke luar negara yg lain. Kesannya amat manis sekali. Rindunya amat sukar digambarkan. Kita sepatutnya sudah lama menanam cita-cita untuk menjadi tetamu Allah.

Sesungguhnya solat di Masjid Nabawi itu 1000 kali  dan di masjiilharam 100000 kali lebih afdhal dari masjid yg lain.


Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Masyallah hebat sungguh ganjaran. Bersambung kepada persiapan tetamu allah, yang paling penting adalah memilih agen utk pakej, passport belum expired dan juga Visa. Visa diuruskan oleh agen yg telah kita pilih.

Duit saudi riyal bawa secukupnya. Saya cadangkan dalam 500-1000 SR seorang. Kalau perempuan tu kene lebih sikit kot nak beli Jubah yg lawa2 kat sana. Matawang Malaysia kini sudah sama dengan Saudi Riyal. Maksudnya RM100=100Saudi Riyal. Tahun lepas saya tukar awal sket dengan kawan dapat la murah 100SR=RM85. Jadi tukarla duit awal2 yer. Arab saudi pon dah terima duit kita ms kite beli barang. Alahai matawang kita makin lemah, Arab makin kukuh...

Solat sunat. Masa kita kebanyakkannya akan duduk beriktikaf di Masjid. Jadi kita kene kumpulkan semua maklumat mengenai solat sunat. Antara solat sunat jenazah. Setiap kali lepas solat fardhu memang kita akan laksanakan solat jenazah. Macam saya, saya kumpulkan semua maklumat dalam powerpoint dan save dalam google drive. Jadi senang nak rujuk dari handphone. Antara solat-solat sunat tersebut: Solat sunat rawatib, mutlak, tahajud, whuduk, tahiyatulmasjid, hajat, taubat, tasbih, dhuha, tawaf, musafir.

Beberapa bulan sebelum berangkat laksanakan solat-sunat dan bangun malam. Mohon agar dosa diampunkan dan urusan menjadi tetamu Allah dipermudahkan.

Sebelum berangkat, tunaikan solat sunat musafir. Berkenaan solat sunat musafir ni, saya memang tak ambil tahu dulu. Tahun lepas baru la nak belajar sejak kes MH370. Insyallah lepas ni para ptraveller semua kita buat dulu solat sunat musafir sebelum kita bercuti ya ;)

Akhir sekali, penting sangat ni untuk tetamu Allah yg meninggalkan anak-anak kepada waris. Latih anak-anak anda beberapa minggu supaya anak anda tidak menyusahkan waris. Kita seharusnya empower anak buat kerja. Kerja-kerja rumah itu memang tidak sempurna kerana masih kecil. Tapi sampai bila anda nak buat kerja tu sendiri? Kerja rumah banyak..dengan bantuan anak-anak insyallah segala kerja rumah menjadi mudah.

Apa yg saya latih anak-anak? ( Ab 11 tahun dan Waddah 9 tahun) - 4 anak tinggal dengan ibu saya. Antaranya:
1. Lipat baju sendiri dan susun dalam almari masing-masing. Lipatan tak sempurna, susuan tak teratur tidak mengapa. Hanya buat teguran konsisten dan biar anak ajar dari kesilapan.
2. Basuh pinggan cawan masing-masing
3. Iron separuh baju sendiri dan separuh uwannya buat
4. Angkat baju sendiri
5. Bantu adik-adik ( Maher 4 tahun, Muaz 6 tahun) ie buatkan roti, mandikan, carikan dan pakaikan baju adik.
6. Buat sarapan dan bekal air sendiri. Hari-hari sekolah mereka bbreakfast mudah je; roti peanut butter, koko krunch dengan susu, roti dengan susu coklat.

Ada ibu yg tidak melatih anak-anak mereka kerana mahukan kerja rumah yg sempurna. Bagi saya pendidikan awal itu penting. Sampai bila kita nak biarkan kerja-kerja rumah tu kita buat sorang2..maunya nak pengsan. Pilihan terletak kepada ibubapa utk mencoraknya.

Semua tugasan ini telah dilatih dan saya terangkan satu persatu. Akhir sekali saya buat dalam slide dan print supaya mereka dan uwannya boleh rujuk.
Pesanan yg dibuat dalam slide kemudian brief anak-anak dan tampal kat fridge. Mudah je kan? Kat pejabat selalu buat briefing kat rumah pon boleh amalkan. Ada 3 pages actually.

Untuk waris pula, bagi duit belanja & makanan2 anak, semua baju-baju anak telah diatur dan dilabel. Jadual anak-anak dikongsi dan nombor contact van sek, cikgu sekolah di kongsi dan guru dimaklumkan.

Insyallah dengan persiapan yg dirancang awal, Allah memberi ketenangan buat tetamu Allah melaksanakan ibadah. Walau hati ada terasa rindu pada anak-anak tetapi hati aman kerana kita merasai nikmat kemanisan beribadah. FYI ini kali pertama kami meninggalkan kesemua anak. Tak pernah tak bawa mereka kalau melancong ke luar negara. Di airport ada juga 'drama' dr anak no -3 si Muaz hehe. Kuat teriak sebab nak ikut.

Tanamlah cita-cita untuk ke 3 Masjid yg disebutkan oleh Rasulullah SAW. Semoga impian bakal-bakal tetamu Allah tercapai. Dan kepada bakal tetamu Allah yg telah dipanggil menjadi tetamu tahun ini saya doakan urusan di tanah suci dipermudahkan. Amin

Sekarang tanam cita-cita nak bawa anak-anak ke sana. Cita-cita mesti diiringi usaha :)


5 comments:

Jari Manis said... Reply To This Comment

follower 215

y@tipruzz said... Reply To This Comment

rasa sebak plak bila baca huhu harap2 pjg umur sempat lah kami smpi sana...

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

Insyallah yati..amin YR

julie.yaacob said... Reply To This Comment

farrah, nak mohon share slides nota utk anak2.. my time is coming.. so soon.. huhuhu

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

ok sure juli..nnti aku emel ya ..seronoknyaaa korang thn ni jd tetamu allah @julie.yaacob