Wednesday, March 18, 2015

Catatan umrah 2015

Di kala dewasa ini, ini adalah Umrah pertama. Semasa kecil saya dan keluarga pernah menunaikan umrah ketika umur 9 tahun. Banyak gambar-gambar kenangan bersama arwah Abg ayoi. Kami kelihatan agak rapat masa kecil. Semoga ayoi tenang di sana. Adik sentiasa doakan utk abg agar dijauhkan seksa kubur, diampunkan dosa & dimasukkan ke dalam syurga . Amin

Hari-1: 14 Feb 2015

Penerbangan yg kami tempah sepatutnya mendarat di Madinah. Tapi 2 minggu sebelum terbang Rayhar maklumkan Arab Saudi tak benarkan. Redha. Maka kami akan mendarat di Jeddah. Silapnya saya tak bawa pulak neck pillow.  Kapal berlepas jam 8.40pm, dapatla kami menunaikan solat qasar jamak maghrib dan isya. 

Kali pertama berjauhan dengan anak-anak. Semuanya cool je kecuali yg no - 3 , Abg Az, teriak sakan. Aiskrim pon dah tak jalan. Yang bongsu, bagi askrim siap melambai mahu pulang. Matured sgt! hihi 

Kali pertama terbang dengan Saudi Airlines. Dapat bantal dan selimut tapi bantal tak boleh letak kat tengkuk. Kami dapat seat belakang sekali so seat tak boleh recline. Redha. 

Perjalanan mengambil masa selama 8 jam+. Bagusnya sebelum terbang pilot baca doa naik kenderaan dan doa musafir. Lepas tu saya sambung baca doa-doa dari buku Rayhar dan baca quran utk memberi ketenangan. ( dalam hati takut)
Makanan Saudi Airlines ni so-so. Lain-lain ok je seat tade la besar sgt pon. Economy seat macam sama je dengan AirAsia.


Kami tiba di Jeddah jam 1am++. Pilot berjaya mendaratkan kapal dengan lancar, very super smooth. Syabas. Urusan immigration tidak mengambil masa yg lama di terminal Haji. Kami meneruskan perjalanan ke Madinah, kira-kira 7 jam perjalanan. Kami singgah solat subuh dan diberi makanan di bawah. Masakan Indon yg sedap. 


Setibanya di Madinah, kami makan pagi pulak. Alhamdulillah makan saje. hehe

Malam tu selepas makan malam kami di bawa oleh mutawwif perempuan utk ke Raudah.Kami menunggu 2 jam untuk masuk..masyallah ramainya orang 


rindunya..setiap kali lepas solat minum air zam-zam..kite boleh pilih and sejuk atau tidak sejuk 


Suka tengok susunan al-quran terjemahan dalam pelbagai bahasa ni ...

5 comments:

mamawana said... Reply To This Comment

Assalam

Kenangan terindah kan

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/11/pengalaman-haji-1432.html

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

salam mama..seronoknya baca pengalaman org ke tanah suci.
harap2 umur pjg utk menunaikan haji..amin

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

Cepat sambung kak... Azam kami nk bw Muhammad Ammar Raees sama nnt.

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

ok baiti..apa khabar ammar dan ibunya?

Farikica said... Reply To This Comment

Saudi airlines ok jugakkan farra. Saya dulu pon naik saudi airline..chartered... turun di jeddah jaoh sikitla nk ke madinah ya... knp mereka x bg turun kt madinah ek?