Thursday, April 23, 2015

Catatan Umrah #2/2015

Sambungan Catatan Umrah dr entru sebelum ini baca sini

Di Madinah kami di bawa menziarahi Perkuburan Baqi ( hanya lelaki boleh ziarah, perempuan hanya pandang dr jauh) , Pasar Kurma dan Masjid Quba.'

Kami perlu mengambil whudu' di hotel sebelum bergerak ke Masjid Quba. Kami diberi lebih kurang 20 min++ utk menunaikan solat sunat disini. Jadi kesempatan yg diberi, kami tunaikan Tahiyatul Masjid, Taubat dan Dhuha.

Masjid Quba'

Antara kelebihan Masjid Quba adalah:

Solat di Masjid Quba menyamai pahala Umrah
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah.” – Ibn Majah dan At-Tirmizi




Pasar Kurma
Barang-barang di pasar kurma sememangnya agak eksklusif sebab tempatnya tertutup, jadi kurmanya lebih bersih dan segar. Kami memilih untuk membeli sedikit di sini dan sedikit di Pasar Kurma berhampiran Masjid Nabawi kerana harga lebih murah. Jimat sket hehe. Tapi hok ni Rayhar tak bawa..kite kene pergi sendiri. Tak susah pon, Tanya je orang walau diri ni tak pandai cakap arab hehe.

Saya rekomen anda beli 2kg kurma nabi disini. Dan lagi 3-5kg beli berhampiran Masjid Nabawi. Belila lebih 5kg yer..jgn jd mcm kami beli sket :(


Antara kelebihan Mati di Madinah
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah.”

Menurut Ustaz di kursus mingguan haji minggu lepas..katanya tak salah untuk kita bercita-cita mati di Madinah. Orang yg meninggal di Madinah mendapat syafaat dr nabi. Ketika dibangkitkan di alam akhirat, orang tersebut akan berjalan bersama-sama nasi ke Padang Mashyar. Hebatnya Allahu akbar.

Madinah merupakan tempat bandar yg sejuk..tenang.seronok rasanya kalau tinggal disini...Syarat utk menjadi pelajar di Universiti Madinah juga agak ketat kerana itulah para graduannya berkualiti tinggi.
Banyak lagi nak cerita tapi mata dah ngantuk sangat..gigih nak update blog mlm ni sbb tak suke tade entry lama2 hehe
tbd...

1 comment:

Farikica said...

Seronoknyaaaa faraaa..... p umrah yerrr..... rindu rsanya....☺

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...