Sunday, January 26, 2014

Bercucuk tanam

Tetiba je rase seronok pulak nak tambah koleksi sayur-sayuran yg ditanam sediri. So semalam beli 7 jenis benih sayur. Aktiviti bercucuk-tanam dijalankan bersama anak-anak.

Sayur-sayurnya adalah:
1. Sawi
2. Kacang Panjang
3. Tomato
4. Bendir
5. Kacang botol
6. Cili kecil
7. Cili besar
Total RM18

Campur sekali dengan semua peralatan RM59 je semua..tak la tinggi sangat kos nak mulakan sayur tanam sendiri ni :) Yang bestnya, boleh bayar guna Big Card! waa kumpul points disitu ekekke

My little helper. Ayah tade..gi company retreat sobs
 Sementara mak berkebun, anak2 dikerah sapu & cuci lantai!! ehehhe

Ok lihat apa yg telah terjadi kat pokok seraiku! Diserang siput babi! :( so terpaksa la aku amik yg mana elok da tanam semula kat area lain. Mujur ada tanah lagi belah depan rumah. Dan mujur aku ada serumpun lagi pokok serai.

Ok ni rumah baru Serai: 

Selain 7 sayur tu, aku tanam kunyit dan bawang..guna ubinya..kita lhat nanti jadi ke tak yer. Aku tak semai dalam bekas kecik..terus letak bekas besar except bawang. 



  Semua pasu-pasu ni memang dah ada kat rumah kecuali 3 je baru beli baru..yang plastik tu. Yg kiri sekali tu daun kucai. Import dr rumah MIL. Lama dah hidup dari last year. Tapi aku malas letak baja..lepas ni berubah. MIL soh letak air2 tahi ikan sebagai baja. MIL punya kucai kat kg punya la banyak dah membiak dan sihat2

Pokok-pokok lain yg 'in-progres' adalah Pisang:
 Ni atok yg tanam depan rumah kami 

Batang ubi yg dicantas pon aku tanam semula 3 batang: 

Ulam raja. Uwan tanam belakang rumah. Hasilnya dikongsi bersama. Untung kan?

Pucuk ubi. Uwan yg cucukkan depan rumah aku eheheh. Pucuk ubi senang betul nak hidup. Cucuk je ..air hujan siram..then tumbuh subur

Limau Purut. Yang ni po senang hidup. Senang nak masak tomyam dan paprik

Pokok Kari. Dah lagi besar dr manusia ok! Sebaya dah dengan Mawaddah. 8 tahun.

Ok next pokok in wish list:
Daun sup
Limau nipis
Bayam

So nak cari tanah dan pasu panjang pulak. Owh yeay Ayah dah balik dengan good news! yippiii 

3 comments:

yatiscloset said...

mmg pruz pesan natural baja is air basuh ikan/daging/ayam/udang, etc. so dah 2x aku siram kt pokok hihi...kakak nursery tu pon ckp gitu..seminggu sekali siram :)

Farra Da Smiley said...

bagus yati..aku lepas ni takmo la malas2 siram dgn air ikan ehehhe

isabelle said...

humang aii..rajinnya bercucuk tanam.
kat rumah ktorg laki bini brown fingers.
susah nak hidup tanam apa2 pun.
(sila salahkan weather.hehe)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...