Thursday, February 2, 2012

Mawaddah naik al-quran

Alhamdulillah Nur Mawaddah dah tamat Iqra pada hari Jumaat lepas dan mula membaca al-quran sejak hari Isnin. Jadinya, sebagai tanda kesyukuran kami pon buat pulut kuning dan rendang daging utk dihadiahkan kepada rakan-rakan mengaji dan tok guru.
Umur Mawaddah naik al-quran 5 tahun 11 bulan = tadika 6 tahun.Mawaddah naik al-quran cepat sikit dr Mus'ab sebab dia mula ke kelas Iqra umur 4 tahun.

Supaya tak lupa nak rekod kat sini bape banyak bahan yg dibeli. Mungkin juga berguna buat ibubapa yg lain. Untuk 30 orang makan lebih kurang : 3.2kg++ daging dan 4.2kg++ beras pulut. Knapa ada tanda ++ kat situ? sebabnya asalnya hanya 3kg dan 4kg, tapi saya campurkan dengan baki stok daging dan pulut yg ada di rumah.

Saya bungkus rendang asing dalam plastik. Portion pulut dalam 1 bekas ni agak banyak mungkin boleh 2 orang makan.


Kakak Mawaddah yang boleh diharap mandikan, pakaikan pampers dan pakaikan baju Muaz :) . Masak pon da dah mulai rajin menolong, terutama bab tumbuk cili he3 .
Cuma die ni 'drama queen' , baru marah sket dah uwek2..like mother like daughter la! hahah :p

Kali pertama buat aktiviti ni tahun lepas, masa Mus'ab naik al-quran. Umurnya ketika itu 6 tahun 9 bulan = Darjah satu , pada bulan Mac 2011. Kisahnya disini. Masa tu saya masih berpantang jadi mak yang buatkan pulut dan rendang. Saya hanya buat muffin & tolong bungkus. Packaging pon macam tak molek sbb  tak plan baik2.

FAQ ( beberapa kawan bertanya soalan berkenaan kelas mengaji anak-anak, jadi saya kongsikan sebagai panduan)

Q: Ab & Waddah mengaji di mana?
A: Mengaji di rumah orang, pangkatnya Opah dan Atuk, specifically kawan Uwan & Atok derang.

Q: Di sekolah agama tiada kelas mengaji?
A: Ada, tapi budaknya ramai. Kami lebih confident kualiti Opah & Atuk, lagipon dah kenal mereka.

Q: Pukul berapa mereka ke kelas mengaji?
A: Sejurus selepas Ab abes sekolah agama. Sek agama tamat jam 5.45pm.

Q: Bagaimana mereka ke kelas Iqra?
A: Ab terus ke kelas naik transport rasmi dia dr sek agama. Mawaddah dihantar oleh atok/uwan/ayah dan kemudian atok/uwan/ayah terus ambil mereka berdua balik rumah

Q: Bila kelas mengaji mereka
A: Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat

Q: Kenapa ibu/bapa sendiri tak ajar mengaji?
A: Tak berkesempatan utk ajar full time sbb kerja full time. Balik rumah banyak urusan dan tiada pembantu rumah ( ok..nampak sangat alasan macam2 right?)

Q: Ab & Waddah dah mengaji kat rumah Opah, so kat umah mengaji lg tak?
A: Mengaji mengikut kerelaan mereka. Mereka selalu juga mengaji suruh kami dengar. Kami tak suruh pon.

Pendek kata, ilmu agama & Iqra al-quran sangat penting, tak kiralah siapa yang mengajar. Pilihan di tangan anda. Jika hantar rumah orang yg menjadi pilihan, kita perlu juga arrange transport.

FAQ dah ada..kalau ada kawan yang call/msg tanya pasal kelas ngaji anak2 boleh tak kite jawab " sila rujuk blog" ish ishhh..boleh ker? tak senonoh betolll

Insyallah jika diberi kesempatan, saya nak ulang lagi akviti begini, mungkin 3 tahun lagi buat Muahmmad Muaz.

4 comments:

Unknown said...

hehe, sila rujuk blog ya? Boleh kot farra...

cepat Mawaddah naik Quran, anak saya Abid belum naik Quran lagi, dia ni mmg lambat sikit...huhu, lain dari abang dan kakaknya dulu...

y@tipruzz said...

like :)))
okla aku nk buat time firas nnt...insya allah!

Farra Da Smiley said...

Yus, teknologi memudahkan urusan ekekke..guna blog je

Yati, good3

Mama_Fatin said...

Lebih bahagia rasanye mendengar anak2 dpt naik Quran daripada sibuk dok baca peter n jane ekekek. sbb tu aku tukor anak aku g tadika islamik. la ni hari2 dgr macam2 doa..mcm2 ayat diorg baca ..sejuk hati..takde le lagu2 mengarut pelik2 lagi hehehe

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...