Sabtu lepas terlalu banyak jemputan. Tak tersempat nak menyinggah ke semua rumah dan keutamaan di beri kepada Walimatulurus. Alhamdulillah kami ke 2 majlis walimatulurus iaitu di rumah x-babysitter anak-anak dan kawan sekolah lama, Rizal.
Kemudian terus ziarah menziarahi rumah sanak saudara yang jarang bertemu, 3 rumah kesemuanya. Bila bertemu orang tua, mereka sangat terharu bila bertemu. Terasa sangat tersentuh perasaan! Beginilah rasanya bila dah berusia, pertemuan itulah yang mereka dahagakan. Kerna itulah menghubungkan silaturahim itu sangat dituntut dan digalakkan di dalam Islam. Walaupun penat ke 5 rumah tapi sangat berpuas hati.
Ahad pagi pula saya mula diserang CB yang agak kronik. Yang peliknya saya sorang je kene. Hai..entah la nape. Agaknya kombinasi makanan hari Sabtu tu ada yang tak kena. Jadi pada hari Ahad, kami ke 1 majlis saja iaitu Jamuan Hari Raya Masjid Al-Faizin.
Dan hari ni , kami di pejabat ada jamuan raya. Saya bawa Choc Cheese Brownies...
Dan hari ni , kami di pejabat ada jamuan raya. Saya bawa Choc Cheese Brownies...


- Sangat mengenali orang & semakin attached to mummy. Jadi, tak boleh jauh sket dr ibunyasure melalak. Daddy pon dah strezz hehe
- Laju merangkak
- Dah mula panjat tangga sampai atas sejak minggu lepas
- Suka makan bubur, tak suka makanan beli
Happy 8 months old lil Maher!
4 comments:
bilalah maher nak jalan? 10 kg :D
aini, maknya target by 11 months! ehehe..wait n see naaa
sedapnyaa kek tu:):)
Farra..nak resepi brownies nih bleh? cam tempting nak try..bleh ker?
Post a Comment