Monday, January 3, 2011

Orientasi & Belanja Sekolah Anak-anak

Sambungan kisah siri I disini. Meh nak sambung lg citer :p.

Jumaat lepas Orientasi Sek Rendah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami terus dapat buku Teks Percuma. So balik je proses membalut buku. Semuanya balut buku Instant. Senang kan? sedia je wangnya. eheh. Kami mohon nak terus bayar yuran sek ren. Tapi Cikgu kata hanya hari Ahad sahaja. Mus'ab duduk kelas 1 Bestari.
Belanja: RM30 utk pembalut buku, rubber stamp ( cop nama Ab & Waddah).

Sabtu, hari membayar yuran Sek Agama dan membeli buku dan lencana. Buku Teks percuma. Mus'ab dapat masuk kelas 1 Ikhlas.
Belanja: RM228 utk yuran tahunan, kelas intensif hari Sabtu, buku tulis & lencana.

Ahad, pergi semula ke sekolah utk bayar yuran dan isi segala mala buku rekod adab pelajar, buku rekod kesihatan gigi dan umum.
Belanja:RM55.50 utk yuran tahunan + yuran PIBG.

Lepas tu terus ke Mydin beli lg sket barang stationary utk Mawaddah plak, baru prasan asik prepare for Ab rupanya Waddah yg tak cukup brg. And for Mus'ab beli tali pinggang.

Buku Sek. Rendah, siap semua dibalut.

Pembalut instant. Mudah kerja!

Dulu Maknya sekolah sini, sekarang anaknyer pulak.

So total belanja Mus'ab YTD:
  • RM485: Siri I lists ie Majoriti baju, kasut dll
  • RM30 utk pembalut buku, rubber stamp ( cop nama Ab & Waddah).
  • RM228 utk yuran tahunan, kelas intensif hari Sabtu, buku tulis & lencana.
  • RM55.50 utk yuran tahunan + yuran PIBG- Sekolah Kebangsaan
  • RM22 Tali pinggang dan songkok
  • RM80/month ( bulanan for both school, sesi pagi & ptg)
Total RM820.50 ( tak termasuk transport bulanan sbb belum bayar lagi, bayar hujung bln). So lepas ni kene bayar transport bulanan shj, yuran lain abeh langsai terus. In addition, Uwan Mus'ab setuju utk Ab transit shj di waktu lunch di rumahnya. So keje Mama dah senang! Sebabnya, hari Ahad jek beg sek & 5 pasang baju sek agama dah siap-siap letak kat umah Uwan. So tak la byk benda nak hangkut ke Taska. Alhamdulillah! Dan transport rasmi Ab sebelah pagar umah Uwan! Mama dh boleh letak frozen chic, biskut etc siap2 di umah Uwan utk Ab makan :)

Mungkin tak perlu di masa akan dtg (utk panduan ibu lain):
  • Baju sek rendah sehingga 5 helai sebabnya ada hari Pendidikan Jasmani yg hanya perlu pakai terus baju T-Shirt Sukan.
Beza belanja Sek Rendah & Tadika PASTI :

Mus'ab:
Yuran pendaftaran+tahunan sek rendah: RM55.50
Yuran pendaftaran+tahunan sek Agama: RM216.00
Yuran bulanan: Nil

Mawaddah:
Yuran pendaftaran+ baju sekolah 2 pasang: RM477
Yuran bulanan: RM80

Memangla yuran Tadika lg mahal kan? Sek rendah kerajaan mmg kos rendah, ada bantuan. Pendek kata, sediakan wang dihujung tahun! ehehe. So sekarang barulah faham, knapa ada org amik salary advance, lagi-lagilah anak yg bersekolah ramai. Tak gitu?

Ok esok I citer kisah Mus'ab di hari persekolah yg sebenar! Tungguuuu :)

8 comments:

hanis said...

ha ah farra...tadika mahal kan...
kakak tifa register hari ni utk taski under ABIM total RM 575.Bulan2x rm 70 lagik...hehehe

tapi kami byr half dulu..baju kakak pun elok lagi...hehe..jimat2x duit boleh simpan utk sek.ren tahun depanlaa..

Farra Da Smiley said...

hanis, waddah dah tak muat baju thn lepas..so kene beli gak baju baru..hehe..yg mana leh jimat btol2 kita berjimat..kami bayar terus abeh sbb tade masa nak pi pejabat lg next time to pay ..mudah koje

p!nkerton said...

wah banyak jugak belanja nak sekolah anak2 ni ek kak farra, kalau anak ramai lagi la harus pandai membajet.
cool la mus'ab sekolah sama dgn sekolah akak dulu. nostalgic :)

Tyha said...

Farra,baru nak tanya farra...x de baju sukan ke?Rupa2nya dah dijawap. Sebab najmi kami beli 3 tu,2 hari memang pakai baju sukan setengah hari...senang...x delah asyik tertukar baju time PJ.Yang paling suka...CIkgu PJ I tulah.

Zuraimah Ismail said...

wahhh banyak jugak ongkosnya....bagus entry ni...leh ai prepare tuk anisah sekolah nanti...

gamaknye..anisah + humayraa..almost 1.5k la nak terbang ujung tahun ni...

Farra Da Smiley said...

K.tyha, this wk cikgu akan inform rumah sukan then baru beli tshrt sukan

Kct, aah gitu la kot kosnya, cam saya gak utk 2 kids ni

Sharinginfoz said...

saya punya belanja masuk sekolah darjah satu RM1K++

Zuraimah Ismail said...

apa beza yuran tahunan bayar on satuday n yuran tahunan bayar on sunday?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...