Saturday, January 1, 2011

Roasted Chicken& Wholemeal Bun/Pau Kacang Merah

Black Pepper Roasted Chicken~ versi Xmas

Ekceli my Roasted Chick ada mcm2 resipi. Hak ni nampak kat TV3 last wk sempena krimas. Katanya boleh tukar ngan ayam / turkey.

Bahan2:
1 ekor ayam
Garam halus secukupnya
Chilies flakes
Course Black pepper - yg dalam botol tu
Sos BBQ ( I used jenama Tesco)- optional
Sayur: Carrot, Bawang besar kuning, Kentang ( potong sederhana-takyah kecik sgt)

Kuah:
Serbuk ketumbar ( takdo, skip)
Chilies flakes
Course Black pepper - yg dalam botol tu
Daun ketumbar ( 1st Time guna! percaya? haha)
2 sudu besar mentega
Air secukupnya

Cara:
1. Lumur sos BBS, chili flakes, black pepper & garam ke seluruh ayam, dalam dan luar.
2. Masukkan sayur dalam perut ayam, my kes ada terkeluar gak sayur sbb sayur byk tp body ayam kecik.
4. Marinate 30min-1jam. My kes 30 min je, dh X sabar nak ngap!
5. Ayam sebaiknyer dibakar dalam loyang kek sbb senang nak tutop dengan aluminium foil & bekas yg sama boleh terus buat kuah
6. Tutup ayam dgn a.foil dan bakar selama 30-40 min suhu 180.
7. Bukak a.foil dan bakar lg 20-30 min atau sampai ayam garing/terbakar mengikut tahap kesukaan anda.
8. Alihkan ayam ke pinggan yg lg cantik

Kuah:
1. Sayur2an dikeluarkan dr perut ayam.
2. Gunakan bekas loyang yg sama, letak loyang atas api direct atas dapur
3. Masukkan cili flakes, black pepper, mentega dan air.
4. Last skali masukkan daun ketumbar. Best btol daun ni, mmg kuah jd terangkat.
5. Curahkan kuah atas ayam yg dok berehat dlm pinggan cantik.

Selamat membakar!


Sayuran..

Lom curah Gravy lg..sabo...baru nak pi buat ni
Siap jom ngap!

Wholemeal Pau/Bun Kacang Merah

Bahan-bahan Pau/Bun:
250gm wholemeal flour
375gm high protein / tepung pau
1 paket yis segera (mauripan)
20gm marjerin
15gm brown sugar
360ml air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mixer.
2. Uli dengan mixer selama 10-15 minit dan rehatkan kejap. Ulang 2 kali lagi.
3. Rehatkan doh selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan mula bentuk bulat-bulat dan masukkan initi. Rehatkan sampai doh naik 2 kali ganda
5. Utk Pau: Kukus selama 20-25 min / sampai masak.
6. Utk Roti: Bakar selama 20 min/ sampai masak

Bahan2 inti:
Kacang merah rendam 1 mlm
Minyak masak secukopnya
Gula merah/halus secukopnya
Air utk merebus
Esen vanila

Cara:
1. Rebus kacang merah sampai lembut
2. Masukkan kacang merah dalam blender dan kisar
3. Kacang merah yg dah di kisar dicampur dengan gula, vanila & minyak dan masak didalam kuali kecil hingga pekat dan masak. Rasa je kemanisan dan tambah gula ikut rasa anda.
Minyak tu sket je dlm 1-2 sudu.

*Pau-Gambar atas
*Bun-Gambar bawah dgn model cilik :p

1 comment:

aida said...

Em sedap! Boleh cuba buat

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...