Tuesday, January 11, 2011

Duit belanja anak & AHB

Lepas baca blog kengkawan psl duit belanja anak ke sekolah, semalam aku pon membuat siasatan terhadap Mus'ab. Secara purata aku kasi duit belanja harian paling rendah RM1.60, paling tinggi RM2.00. Ini hasil siasatan:

Minggu pertama:

Isnin-Khamis: Sek pagi beli 1 donut, Sek petang beli karipap 3/4/5 ketul.
Jumaat: Tak beli langsung sbb aku bekalkan 2 biji muffin, Sek ptg karipap.

Minggu kedua ( minggu ni):
Isnin: Sek pagi beli 1 donut, Sek petang beli karipap

Sarapan pagi: Roti sapu milo
Bekal: Honey Star/Biskut Chipsmore

Adoi anak aku ni, asik2 beli yg sama jek. Cemana tak cekeding. Ok so aku tanyer duit lebih beli apa?? So apa hasilnya:
  • Minggu pertama: Pensil ( lupa nak tanyer harga), katanya cikgu jual. Pensil dah byk anak ooi...
  • Semalam: Key Chain jersey MU RM2. Elok tergantung kat beg sekolah, cun plak tu.
Slow-slow nak ajar pasal ilmu kewangan kat anak ni..

So sebagai emak, mmg la aku membebel. Sudah kubebel " Hari ni ingat tau beli Nasi Lemak/ Mee, asyik beli kuih nnti tak kenyang" Katanya pulak, tau beli kuih jek.
Adoiii, sudah kuingatkan " Kata kat pakcik kantin, nak beli nasi lemak terus tunjuk duit".
Lps tu kubebel lagi "Kalau cikgu nak jual apa, kata takmo, duit setiap hari hanya utk makan shj".

Ok kite tgk hasilnya ptg ni. Hari ni 1st day die takmo langsung bawa bekal. Ok layan je la..bawa air kosong je. Macam-macam kisah anak kan? I love them!

Sementara tu, aku tengah berfikir-fikir duit lebih ni mau dicampak kemana pulak? Mari-mari selidik pasal Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB).

12 comments:

Tyha said...

Ok...start ari ni akak memang dah x buat bekal untuk Najmi.Mama surender sebab dia x makan.Nak tengok dia ari ni mcm mana...makan apa kat kantin.

Farra Da Smiley said...

K. Tyha, ye la kite ikut la apa depa mau, asal jgn membazir

Zuraimah Ismail said...

hihihi so sweet....

xtau la anak kak ct nanti plak beli ape...

cecikgu ni pun pandai ek cari extra income kat anak2 murid..:) adoi aiiiiii

Farra Da Smiley said...

Kct, bahaya statement terakhir akak tu ekkeke :p

Mohd Aslam said...

saya xda anak lg,tp seronok la baca kisah anak2 ni.. hehe

Mohd Aslam said...

suma org pandai nk cr extra income.. mari ajak cikgu tu jd UTC.. hehe

kaezrin said...

efi setia makan bekal...so dia belanja everyday rm2 masuk tabung. dia nak balik woody besar boleh bercakap....hahahahaha

ieka said...

wahh..duit lebih ?? marilah campak ke sini kekekke

Farra Da Smiley said...

aslam, cikgu dh jd dealer tupperware...haa..hang baik berguru ngan kakak2 bloggers ni :P

K.elin, efi tu bagus x memilih makanan!

Ika, kasi ebay nak? Ekekek

ummi said...

campak kat akak yang tak bergaji nih :D

Zuraimah Ismail said...

alamak, ada cikgu terasa ke??sowwy sowwy...xde la if bisnes sesama cikgu tak pa la..

Farra Da Smiley said...

k.tie, i like ! ekekek

kct, mana la tahu kan..ehehhe

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...