Saturday, October 9, 2010

Nasi Carrot pertamaku

Kali pertama makan nasi carrot ialah pada tahun 2006, di rumah Hany. Kalau tak silap Hany & Zainal buat makan & baca doa sket ajak jiran sebelum mereka menunaikan Haji. Sejak tu mmg penah la menyimpan impian nak masak Nasi Carrot. So setelah 4 tahun ha baru dan buat, alhamdulillah. Hany yg share resipi tapi tade exact ukuran, kita pon hentam saja tp tetap menjadi.

Resipi untuk anggaran 6 orang makan:

Bahan tumis:
Kayu Manis, Buah Pelaga & Bunga Lawang
Bawang besar 1, Bawang kecil 4, Bawang Putih 3, halia seinchi - diblend halus
Carrot disagat - 1 biji besar pon dah cukop ( i used 2 carrots sbb hantu carrot)

Bahan Lain:

Susu cair - 1/2 tin
Beras Basmathi - 2 cawan
Air - 3 cawan air ( ni dah campur dgn susu cair tu)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Dalam frying pan, tumis dulu kekayu dengan mentega/minyap sapi ( i used mentega)
2. Masukkan bebawang yang dh diblend tadi dan tumis sampai naik bau
3. Masukkan carrot sagat dan kacau-kacau sampai few minutes.
4. Alihkan semua bahan dah ditumis ni ke dalam rice cooker dengan beras, air dan garam.
5. Kacau sedikit nasi masa air dah kering.
6. Boleh dihias dengan gajus bakar dan bawang goreng

Aku menggadingkan Nasi Carrot ni dgn Ayam Masak Merah, Ayam goreng berempah ( khas for kekanak), Daging Black Pepper (yg terhangus sket) dan salad timun dan tomato. Sayur salad sudah abes daa di pasor huhu.
TQ Hany!

Daging black pepper

Ayam goreng berempah

Nasi Carrot!

Ayam masak merah

pstt..series all my kiddos suka Nasi Carrot, ha elokla makan sayur. Kalau tak si mus'ab tu pilih2 sayur dibuangnyer

8 comments:

aida said...

menarik boleh kucubaa...

julie.yaacob said...

aku pon suka nasi carrot.. slalu makan yg mak mertua masak.. nak minta dia masaklah esok.. hehehehe thanks farrah sbb ingatkan daku!

y@tipruzz said...

kuat tak rasa carrot tuh? sbb aku tak suke carrot :p
tapi lebih kurang nasi tomato je betul tak..except buh carrot hihi

Farra Da Smiley said...

aida, good for health, tak gitu?

juli, aa elok la tu ..ko request he mak mu masak sure die buat..cam aku salu req cucur udang punya kuah, mak mertua aku je buat sedap ehehhe

yati, susah nak jawab soalan ko rasa carrot ke tak..aku mkn tak rasa plak..kalau nak try ko kene letak carrot sket kot..btw, 3 kiddos suka sgt nasi ni mmg elok la depa mkn sayur ehehhe

nasi tomato dah lama tak buat , kalau guna beras basmathi , mmg sama la tu kaedahnyer kot

tp ko takleh buat skrang le, tgh pantang cannot eat carrot tauuu , hangin!

CT said...

lapoooonya tgk...boleh copy n paste ni..hehe

Farra Da Smiley said...

ct, i pon tgh lapo ni..sila2 :)

Hany FF said...

wah, anak2 suka...kena buat selalu tu.

yati, aah...sama je dgn nasi tomato, except tomato ganti dgn carrot. the same recipe boleh guna utk basic nasi beriani also, tapi buang carrot ganti dgn rempah beriani la.

kalau tak suka carrot, boleh letak sikit jer.

smlm hany pun buat tak masak nasi putih. buat nasi pulau, rai tetamu yg dtg. simple, 1 meal utk karbohidrat & protien, also fiber :D

Farra Da Smiley said...

hany: ok kasi pulak resipi nasi pulau..kite lak nak buat nasi portugis wiken ni insyallah

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...