Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010

Raya kali ni kami balik ke 2 kampung iaitu N9 ( familyku) dan Kedah ( family hubbyku).

Rabu aku dah mula bercuti untuk packing barang dan membuat Brownies dan Cheesetart. Anak-anak ada bersama, as usual tak sampai hati hantar ke Taska.
Khamis kami pulang ke N9. Perjalanan sangat lancar.

Negeri Sembilan

1 Syawal (Raya Pertama), Jumaat
Orang lain ke Masjid dan ke kubur sementara aku hanya tinggal di rumah menjaga anak-anak, kemas umah dan susun kuih raya dlm balang.
Sempat menziarah 3 rumah jiran dan saudara-mara di Senaling sampai la ke waktu maghrib.

2 Syawal, Sabtu
Menghabiskan masa di rumah bersama sanak saudara sambil sibuk memasak. Petang kami sudah bergerak ke KL dan sempat menziarahi baby baru AjonHuda di Nilai.

Kedah

3 Syawal, Ahad
Selesai mengemas umah, cuci baju dan siapkan sarapkan, kami pon bergerak ke Utara. Seperti biasa mesti ziarah saudara di Kuala Kangsar. Dan selamatlah sampai kedah jam 5pm gitu.

4 Syawal, Isnin - 6 Syawal, Rabu
Seperti biasa destinasi kami ialah ke 2 rumah saudara di Sg Petani dan ke rumah Tok di Alor Setar. Selainnya, hanya berehat di rumah memasak itu dan ini. Kiranya di Kedah ni baru dpt tgk TV ehehe. Di N9 langsung tak tgk program TV. Kali ni tak gi any umah kawan hubby sebab ramai dah koje semula.

7 Syawal, Khamis
Aku dah berkira-kira nak outing to Bandar Kulim. While hubby berkira-kira nak gi cari Cyber Cafe sbb ada keje + ada meeting sebelah malamnya. Masalahnya CC pon tutup sbb Public Holiday One Mesia. So lepas zohor kami pon pulang jua ke KL. Plan asal pulang hari Jumaat.

8 Syawal, Jumaat
Hari mengemas umah, melipat kain, mencuci baju, membeli barang, buat kek dan kopek bawang. Hubby keje. Aku tetiba mau buat Birthday Party Muaz the next day, so dok sibuk contact sedara-mara terdekat dan 5 kawan rapatku eheh. Nxt entry, birthday Muaz ok? Moh layan gambo jap.
On the way balik kg..I like this pic!
Gambar terbaik kami! Mmg susah woo nak soh kids dok elok-elok. Tema purple. Boys tarak sampin.. sempoi jek.
Tumpang bergambar kat rumah yg agak cun dan moden ehehe :p

Umah kg N9. Umah kami btol2 umah kg. Ada kandang itik dan angsa. Budak-budak suka! Aku kene cekal menahan bau! eheheh :)

Mus'ab dan Mawaddah dengan 2 out of 12 org sepupunya.
Antara gambar di Kedah. Tak banyak tangkap pon huk huk

Muaz suka gile ngan basikal ini sampai takmo balik. Ini bermakna maknyer kene la belikan 1 kan?

Raya kali ni dah dapat kaki..kerjanya berjalan kelililing umah

5 comments:

p!nkerton said...

comeynye gambar 1st tu! mus'ab & mawaddah sama kekdah senyumnye hehe cute :D

Farra Da Smiley said...

fatih, mmg sgt2 sukerrrr ehehhe , dah adik beradik kan giteww

aida said...

kampung aku pun betul2 kampung, selalu kambing jiran nenek aku dtg makan bunga nenek aku.. hahahahha

Zuraimah Ismail said...

wahhh syioknye raya...n9 ni belah awak ke belah hubby?

kampung hubby kak ct kampung x berapa nak kampung...tp ada la reban ayam..

kampung kak ct serupa x kampung..xdak pun reban ayam ke apa..umah pun umah batu :)

Farra Da Smiley said...

aida, yeszzaa..dedua umah N9 dan Kedah very kampung..ada kandang kambing jue

kak ct, N9, family belah mak saya..Kedah hubby..dedua sgt kampung ok..yg N9, toilet luar lg!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...