Tuesday, September 21, 2010

Carrot Cake yang mudah drp Carrot Moist Cake

{ updated!! Semah dah berjaya recoverrr jam 4pm++ ...yahoooo..alhamdulillah! baca entrynya disini tq sgt semahhh, terharuuuu sgttt sob sob ;) }

Mari kuubati dukalaraku kerna gambo-gambo raya sudah musnah! Sementara ini Doc IT,ku Semah sedang berusaha cuba retrieve semula gambo2 ku dr my SD card. Korang, doakan dapat balik!!! Aminnnn

Tetiba pd hari Jumaat lepas aku merasakan seperti mau buat Birthday Party Muaz pada hari Sabtu. So apa lagi setelah hubby setuju, aku pon kemas la umah sket2 dan gi beli barang2. Anak2 tumpang umah mak while hubby was working.

Sebelah petang akunyer keje kopek bawang, buat ais2 ketul dan buat kek. Puas kufikir nak wat kek apa, Choc Cake dah jemu! Nak buat Carrot Moist Cake cam susah. So aku google dan jumpa resipi senang sket.

Resipi asalnya aku dapat dr sini. Meh aku copy and paste ajek. Kalau ada yg aku ubah, aku note sket ok.

Carrot Cake

Bahan Kek
1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang ( aku suke sgt, kalau letak lebih lg umph!)
1 cawan kismis kuning (aku guna kismis kuning dan hitam, kalau nak moist kene tambah Nenas)
1 1/2 cawan carrot yang disagat ( aku guna 2 cawan carrot, tu pon mak dh komen " mana carrotnyerr?")
250 gm tepung** (highly recommended - high protein flour) - guna tepung gandum je sbb tu je ada in stok
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis** ( tak masukkan, aku guna esen vanila jek)
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping
250 gm cream cheese ( aku guna Tatura Cheese, kalau guna Kraft lg sodap!!)
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - ikut suka ( aku ganti ngan esen vanila)

Penyediaan Kek

  1. Pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. Masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
  3. Masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan.
  4. Masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
  5. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Check kek guna batang satey untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.

Penyediaan Topping

  • Masukkan semua bhn dlm mixer dan pukul sampai lembut dan creamy.
  • Bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge kejap baru potong untuk dihidangkan.
Kredit kepada : syazwaniadnan @ www.iLuvislam.com.
Ipah, aku dh letak resipi ni, ko buat nooo.

Gambo kek dr handphone yg tak canggih. Dah frosted tp lom taruk edible image dan sedikit deco.


Jam 4.20 gitu Semah dah berjaya recover!! So ni tempek gambar baru. Dah letak lilin dan edible image Pooh.

Layan je la..yg penting sedap! Mawaddah makan paling byk! Lps tu hari Ahad aku buat Cheesetart ngan Adik Ipar. Buat 2 adunan, dapat banyak. Mawaddah jugak yg ngap paling banyak. Oowhh Mawaddah, ada tanda2 boleh gemoks. Aku kene kawal diet die la, kang gemuk tak laku plak anak daraku ihiks :p

Ada choc ada blueberry..puas makan!!!!

Next entry aku citer Besday Muaz la kot..nak update citer raya lom ada mood! muahahah

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...