Monday, July 19, 2010

Masak segera : Spaghetti Bolognese & Alfredo

2 minggu lepas aku ke TTC kerna ada training. Kat situ ada pulak kaunter Prego tgh buat promo so apa lagi aku kan mudah terpengaruh bab masak dan makan ni, so terjebak la membeli Prego. Kali ini depa promo sbb ada perisa baru : Alfredo. Ini gambonyer:

Hanya RM10 utk 3 tin Prego+2 bungkus spaghetti + 1 beg. Murah kan?

Petang tu jugak aku dah tak sabau nak masak Bolognese. Jom layan masak segera. Mudah aja :)

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan:

1 tin prego tradisi
5 biji bawang putih - potong halus
1/half bawang besar kuning - potong halus
Beberapa batang cili api dipotong halus (abaikan jika tak mahu pedas)
Lobak dadu
Daging cincang
Sedikit soso cili dan sos tomato ( boleh diganti dengan Fresh tomato dadu) sebagai penambah umph!

Cara-cara:
1) Goreng bawang dengan sdikit minyak sampai naik bau
2) Masukkan daging dan taruk sedikit air untuk memastikan daging masak
3) Masukkan lobak
4) Masukkan kuah prego
5) Masukkan cili potong dan sos cili+tomato. Kacau sampai pekat
6) Boleh masukkan sedikit garam kalau anda rasa tak cukop

Spaghetti Bolognese segera. Anak-anak suka!

Spaghetti Alfredo

Bahan-bahan:

1 tin Alfredo
Ayam-potong dadu
Button mushroom
5 biji bawang putih - potong halus
1/half bawang besar kuning - potong halus

Cara-cara:
1) Goreng bawang sampai naik bau
2) Masukkan ayam dan sedikit air untuk mengempukkan ayam
3) Masukkan mushroom
4) Masukkan kuah Alfredo. Kacau sebati sampai masak

Siap!

Yang versi ni Muaz dan Mawaddah je layan...Mus'ab kata " tak suka! tak merah!" huhu

11 comments:

y@tipruzz said...

aku kurang suke alfredo prego..lagi suke carbonara tin biru tu. Bolognese pon tak suke..sbb masam sgt. lagi ske wat sendiri...

Farra Da Smiley said...

yati,dh rasa ke alfredo ni? so not too new la ek...buat sendiri mmg suka..ni pon namanya masak segera

Farra Da Smiley said...

eh bolognese tak pulak masam sgt

mila.ibunajihah said...

yum..yum..hari ni mmg plan nak masak spaggeti, tau2 da ada org mendahului ekk..hehe.

murahnye dgn beg Rm 10 je, sebungkus pasta tu pun mau rm4..untung...untung..

Farra Da Smiley said...

mila, cuma bezanya pek spageti tu ringan sket rasanya dlm 380gm, compared yg biasa di pasaran 420gm kot

ummi said...

pasta mmg senang nak masak. cuma kat umah ni ada sorang tu tak layan pasta2 nehh.. budak2 je suka.

Farra Da Smiley said...

kak tie, terpaksa la akak utamakan tekak ketua keluarga ek? hehe

Tyha said...

Hehehehehe...akak lagi suka wat sendiri...kadang buat bnyk2 kuah dia freezekan lam peti beku.Bila nak masak baru panaskan dan masukkan ayam @ daging sayur2.

Farra Da Smiley said...

kak tyha, sy pon salu wat sendiri..ni promosi punya so of course le terjebak, sbb kelebihannya leh masak segera on weekdays

y@tipruzz said...

dah rasa alfredo n tak suke bau dia...:p

Yan said...

sayangnyer asben kite xske spageti huhuhu

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...