Friday, June 11, 2010

Ibu - anak dlm tekanan & Kisah Susu Formula

Atas sebab-sebab yang tidak dapat mama elakkan, secara rasminya Muaz dah start minum susu tepung Dupro sebanyak 3 oz Rabu malam lebih kurang jam 9.30pm. Sebelum ni 3 kali percubaan gagal menggunakan susu Enfalac A+. Ingatkan dh minum susu tambahan boleh tido lama. Ternyata sangkaanku silap belaka. Muaz bangun seperti biasa. Setiap jam melekap pada susu gantung sampai tak terdayo den.

Jam 4am, Mama bangun bancuh susu tepung dia 4oz dan Muaz langsung tak layan, dan lebih mengamuk. Terpaksa lagi bagi susu gantung yg secipot . Saya mmg rasa secipot sbb die tak puas minum dan menangis. Then nk gayut jek sampai pagi huhu.

Stok EBM bakal habis minggu ini. Wiken ni mama kene pulun ajar die minum susu tepung lagi. Moga Allah permudahkan.

Susu diperah disiang hari hanya dapat 2 botol (total 6 oz) aje skrang ni. Apakan dayaku melawan qada' dan qadar Allah. DIA lebih mengetahui segalanya.

Pendek kata kedua-dua baby dan ibu dalam tekanan! iaitu:
  • Muaz - masih belum biasa dengan susu tepung. Dia akan menangis malam-malam sebab lapar dan mama dah tak terdayo nak pujuk cemana. Ada la sekali dia minum air masak 2 oz tu aje. Dah die nangis2 susah nak tido, terpaksa hayun dalam buai sampai pagi. In between, bangun setiap jam minum susu ibu ( direct feeding)- susu yg secipot tuh
  • Mama- penat mentally + physically.
1 May 2010. Sekali perahan masih mencecah 10oz. Total dapat 4 botol perah di opis. Each botol dalam 3/4/5 oz

Stok EBM 1 June 2010. Hanya bertahan sehingga hari ini, 11 June 2010.

2 June 2010. Sekali perah mencecah 6 oz. Jadi, total masih dapat 4 botol di pejabat cuma each botol 3 oz saje.
10 June 2010. Sekali perah dapat 3 oz. So total dapat 2 botol sahaja di pejabat = 3 oz each bottle.

Ibu-ibu dan kawan-kawan, doakan Muaz lembut hati nak minum susu formula yer. Kesian dia, kesian juga mama! sob sob ( dh menitis air mato den ni ha!)

Jadi, Mama berjaya Exclusive Breastfeeding Muaz sehingga Muaz 10 bulan 3 hari. Dan kini bermula perjuangan Partial Breasfeeding yg pasti akan berakhir tidak lama lagi, cuma Allah yg akan tentukan. Pasti akan mama kongsikan lg bila tiba masanya kelak. sob sob

Redha..Allah beri rezeki lain.... owhhh jiwangsss

15 comments:

areyou said...

farra, jgn emo2.. dah takat tuh jer rezeki muaz nak breastfeed. insyaAllah adalah hikmahnyer yg lain. amin dulu pun mengamuk sakan jugak mlm2.. dlm 2 minggu jer.. pastuh ok jer

y@tipruzz said...

perjuangan aku sampai 15mths je. takperla, janji anak membesar dgn sihat..mak pon sihat physical dan mental. Tu yg penting :)

Motherhood is not all about breasffeeding, it takes a whole lot more along the way....redha ok.

Farra Da Smiley said...

ayu, 2 minggu? lama gak tuh..huhu

yati,tak mungkin aku akan partial bf die sampai 15 months huhu

zeti said...

fara, jgn risau..lame2 ok..cam anak aku, aku mmg target sethn full breastfeed..then nk start campur (sbb dah x larat nk pam ~ alasan ~ )....so ngam2 sethn,aku pon stat campur tapi anak aku langsung taknak formula..mcm2 jenis aku cube tp tak jln...seb baik ade stok susu sket..dpt la berthn 2 3 bulan je la tp sbb pam2 pon dah tak byk..abih je stok...masih tak mo langsung susu formula..die cume minum air kosong jer..so mase siang, anak aku minum byk air masak + mkn...mlm jer bergayut...n sampai ke hari nih umur dah 2 thn..bkn kate susu..any air berwarne sume anak aku tolak..dah la makcik pon nak stopkan die nyusu bdn, ni sminggu die kat kg..tak gayut ngan aku..mak aku ckp tetap camtuh..air kosong jua :D ..tapi tetap aktif..yg penting sihat :)

Farra Da Smiley said...

zeti~at least masa die bergayut waktu mlm susumu masih banyak, kes aku ni lainnn..yer dulu mawaddah masih bergayut malam and bekalan mmg cukop, anak hang dok nursery ke?
,muaz ni dok nursery, aku dok risau cukup ke makanan yg mereka kasi kat dia? kalau ngan kite mmg sokmo kite kasi makan supaya perut die kenyang

aliss said...

kak farra.. tabah ok. yang penting akak n anak sihat.

mama syaza said...

haiyoh ..same here.. syafiq pun dah tiada bekalan.nak start bg dia minum formula. tp mmg dia tanak. sampe bagi susu kita yg balance2 dlm botol pun susah. kalu dah lapar sgt baru dia nak minum botol. lain minum guna straw.. bley.. minum susu byk bila kita blk kije.n time2 cuti camni..mmg gayut je la. challenge!!!

julie.yaacob said...

farra, aku dulu partial bf dari awal sampai faris 1yr.. sbb dia minum banyak sgt and aku sibuk takde masa nak pam slalu. but aku cuba tanak emo2 sbb life must go on. as long as the bonding is there, bf or not does not matter mudh..

Farra Da Smiley said...

ina, tq sis

shema, siang muaz dah nak susu formula, tengah malam tu masih susah, lg few days hopefully ok kot

juli,aku penat sgt skang ni, hopefully tak lama lg ok la muaz ngan susu formula

Zuedin said...

u've done your best
challenge lak ye nak bagi susu formula gak. wafiy pun formula tak nak...vitagen ke milo semua sapu

Farra Da Smiley said...

zue, challenge!!!

Yan said...

takpe farah... wlupun perjuangan
smpai 10 bulan jek.. atleast berjaya melepasi 6 bulan..
ceria2 selalu ok..

Meisaraa Osrab said...

tahniah farrah =)...bakal new addition ye? take care...

Farra Da Smiley said...

yan, tq..i like ur 'ceria2 selalu' tu..i wish i can

sunflower, u take care too

Hilmi & Faeizah said...

fara, congrat..pregnat lagi ye?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...