Tuesday, November 24, 2009

She's getting better

Ayah jaga Mawaddah dengan baik sekali semalam. Without fail, ubat diberi mengikut tempoh maa yg ditetapkan.

Dan hari ini giliran Mama menjaga Mawaddah. Selepas bangun dari tidur, dia nak makan Koko Crunch. Alhamdulillah berjaya makan dengan penuh selera. Mulut dah mula berkata-kata. Rasa terharu sangat melihat Mawaddah mula bercakap semula. Menitis air mata ni. Dah beberapa hari diam dan monyok saja.

Dengan berat hati Mama terpaksa hantar Baby Muaz ke rumah pengasuh. Sebabnya untuk mengelakkan terkena jangkitan dan memudahkan Mama mandikan Mawaddah dengan air daun semambu, beri ubat dan pujuk makan. Mawadah pula mmg suka sangat pegang Muaz. Lps pegang Mama terpaksa cuci tangan Baby Muaz. Mama hantar lewat Muaz td, jam 10pagi.

Sekarang sedang operasi mencuci rumah, menukar cadar & sarung bantal, cuci 2 bakul baju, lipat 2 bakul baju dan rancangnya nak masak sedap-sedap skit lunch ini. Tadi mama check dlm freezer ada sebungkus ayam, so boleh la layan ayam masak merah. Memang dah lama tak pergi pasar. Guna saja stok sedia ada.

Begitulah pengorbanan mak dan ayah, amik giliran jaga anak. Hihi. Sudah 1 jam 15 minit Baby kat umah pengasuh, Mama dah rindu ( air mata bergenang). Siap keje kene amik baby terus kot.

5 comments:

ShaFiAti said...

semoga mawaddah cepat sembuh..:)

Arisy said...

farra, kalau HMFD symptom dia apa eh? sebab tak pernah tengok babies yg kena HFMD

and anak aku plak tengah demam je nih.. agak risau..

y@tipruzz said...

aku pi workshop ari ni jek...esok jaga firas plak...lagipon peranan unitku tak penting....buang karen je rasa huhu

Farra Da Smiley said...

HFMD tanda2 demam dan kemudian ada banyak ulcer muncul dlm mulut (bibir, kerongkong). Selain itu tapak tangan atau tapak kaki mungkin akan naik bintik2 merah.

Meisaraa Osrab said...

moga mawaddah cepat sembuh ye...insyaallah berkat kesabaran mama & abah dia...

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...