Friday, April 10, 2009

Pencapaian

Tidak kira apa jua pencapaian anda sebagai ibu, pekerja, boss, rakyat malaysia kecil atau besar, anda patut mengucapkan Tahniah kerana anda sentiasa maju kehadapan ;). Ini pencapaian kami sekeluarga minggu ini. ahaks :p

Anak -anak
Dah 3 malam berturut tidur di bilik mereka. Mama hanya bangun 1 / 2 kali untuk buat susu Mawaddah / untuk tenangkan mereka kalau terkejut tengah malam. Tapi malam tadi Mawaddah langsung tak bangun minum susu. Dia dah besar kot?

Ayah
Minggu ini ayah berjaya balik awal. Jadi Mama minta izin dengan ayah untuk pergi 'Talk Unit Trust" by the top Manager in PM malam tadi. Terima kasih....luv u ;)

Mama
1. Balut Buku
Mama dah lama simpan impian nak balut semua buku-buku Mama sejak ku sangat kagum melihat buku Aini yang dibalut elok. Dalam sejarah Mama hanya balut buku sekolah je dulu. Lagipun dah ada kawan minta buat 'Book Rental' untuk buku-buku peribadi terutama Personal Finance Book. Setakat ni baru berjaya balut 3 buku. Dan minggu lepas ( hari Jumaat, hari stress) Mama berjaya juga beli buku Baru The Psychology of Selling dan Selling by Zig Ziglar.

3 buku yang baru berjaya dibalut

Teman mama masa balut buku ;). Mawaddah baru 3 tahun, tapi yang baru kenal ingat dia dah 4 / 5 tahun. Elokla dah matang. Tak lama lagi mama ajar masak pulak
2. Tabahkan diri
Mama berjaya tabahkan diri untuk melepaskan anak-anak tidur di bilik mereka. Hati sayu..tapi kene juga belajar sebab tak lama lagi nak dapat baby baru.

3. Isi angin kereta ( korang mesti nak gelakkan aku :p)
Selama ni mama harapkan Ayah. Tapi Mama nak berubah! Jadi dah 2 hari berturut Mama isi angin kereta sendiri. Kene la belajar sbb tak lama lg mama nak ada kereta sendiri . Takmo la susahkan abang lagi. Kenapa 2 hari? Sebab semalam salah isi..hari ini ikut isipadu yang betul hehe :D

4. 1st Streamyx customer
Mama dah dapat pelanggan pertama Streamyx bawah "Program Kenalkan pada Keluarga dan Rakan". In fact setiap tahun mama memang ada rekod Jualan Streamyx tapi mama pass kepada team Telemarketing dalam syarikat ni. Mengikut sejarah sejak tahun ke 2 dalam syarikat lagi mama dan mula ada rekod jualan Streamyx. Mama pon ada sket advantage, dok kat bahagian ni ( sayang pulak nak pindah department lain) , senang nak monitor Order / resolve Streamyx Faulty . Ia datang secara 'semulajadi' sebab kita selalu berinteraksi dengan ramai orang disekeliling. Jadi tak salah la buat Unit Trust, promote sekali Streamyx ;) . Sebab setiap orang perlukan pelaburan dan perkhidmatan Internet. Btol tak? Agak-agak boleh capai rekod jualan Celcom macam dulu tak eh? Best la syarikat ni ada program cenggini hihi. I pon suka tgk my company masuk duit.




5 comments:

CT said... Reply To This Comment

Canteknye blog!!!!!

banyak tul activity Farra ek...siap belajar isi angin tu tyre...:) Kak CT dah laaaama x buat sbb duk hubby yg buat...hahahah dedolu masa bujang ade la buat...

ada tag utk awak ye..sila amik

y@tipruzz said... Reply To This Comment

aku pandai isi angin keta akakka. Tp tukar tayar...ampunnnnn dong!

Puan Hanis said... Reply To This Comment

you go girl !!!
Awak memang superwomen sungguhlah!
Bila due bersalin ni?

Farra said... Reply To This Comment

kct~ok sis, thxxx... meh le isi angin tayar kere kuang kuang

yati~tukar tayar, tukar minyak hitam..ampun dongggg

hanis~insyallah 10 aug

cik mas said... Reply To This Comment

farra, ada award untuk awak. sila amik di blog cik mas..