Wednesday, April 8, 2009

Moga mereka selamat pergi dan kembali..aminn

Sabtu lepas, ada sedikit bacaan doa selamat untuk trip umrah makabah di surau Taman Ehsan. Saya hanya sempat buat agar-agar saja itupon sampai lambat ke surau jam 10pagi sebab buat agar-agar lepas subuh..nak tunggu keras lagi. Tak sempat tangkap banyak gambo ler. Tengok gambo budak 2 org ni je la :D. Kawan-kawan emak tanye " tak ikut ker?". Ikut nak aje..duitnya cemana :p


Isnin trip umrah + ziarah berlepas sebelum maghrib dr surau Taman Ehsan. Sejurus lepas MakAbah naik bas untuk ke KLIA, Mawaddah terus menangis. Kecoh kejap dibuatnya. Keadaan bertambah syahdu sebab sebelum mereka berangkat Azan dilaungkan. Atuk lain pon tegur Mawaddah supaya jangan sedih. Lepas saya pujuk, saya bawa mereka jalan-jalan gi pasar malam.

Emak, Abah, Saya, Mawaddah & Mus'ab

Dalam gambar di atas, hanya emak dan makcik Norida saja yang pergi. Yang lain mengiringi.

Bas yang bawa rombongan ke KLIA

Beg atuk dan uwan sangat berat! I wonder beratnya bila depa balik nanti.


Azan sedang dilaungkan. Abang tanyer " sapa yang azan?". Saya pun tak perasan pakcik yg azan tu sapa. erk...

Hari ni dapat email dr Atuk Mus'ab. Atuk memang bawa laptop kesayangan dia! Dia kata senang nak tgk berita ( ala...politik aa tu!) dan berita ekonomi ( saham turun naik).

From: abdulrahman ibrahim
To: fara_aiza@yahoo.com
Sent: Wednesday, April 8, 2009 3:08:34 AM
Subject: abah mak selamat sampai.
Sekarang jam 9 malam di sini.Malaysia jam 3 pagi. Setiba nya kami di Cairo kami di bawa jalan2 dan sempat tengok piramid dan sphinx.Kami ada tengok juga kilang kristal.Besok pagi kami akan bertolak ke st catherine. Mak kirim salam.OK bye.

Apa itu st catherine?

Saya dah suruh Abah download Skype dan add sy / abang. Senang nak chat kalau kebetulan online serentak :D. BTW, lepas meeting @ TTDI, saya dah pekena Big Apple! :D

Trip umrah + ziarah ini : 6 Apr - 25 Apr 09.

2 comments:

rumet said...

21 hari.. siap pegi Cairo lagi.. syiok nya..

ummu said...

mudah-mudahan selamat pergi dan balik.amin

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...