Tuesday, November 25, 2008

Jogja in memory

Biarlah gambar yang berbicara.The story next entry bleh?


Deretan baju raya tahun depan..bleh? :p

Yang ni exclusive even without manik..dah siap baju nanti kita jahit manik sendiri
Kain ni dah siap manik utk kain, baju & selendang!
Yang ni murah sket..tade manik..but lembut bangat
Kain ni dah siap manik kat kain, baju & selendang too! Nak wat kebaya youuu..before that nak kene diettt

For more picture, kindly visit my Fotopages.

I will sell another 2 kain at Nisastore tomorrow. Today dah ada orang cekup 1 :). All pictures above was captured using Canon cam which I borrowed from a friend Sis Fidah. Thanks ya

Friday, November 21, 2008

Jogja..I'm coming

I'm currently out of Malaysia for 3 days attending a Business Seminar at Jogjakarta. Any inquiries with regards to Unit Trust, Muslimah T shirt/ Telekung and Cheesecake to be channeled to my email: fara_aiza@yahoo.com ;). I shall respond to your email by Mon! I'm gonna miss my loved ones and my blog.

Monday, November 17, 2008

Another wish lists

Yang ku idamkan...




Boleh?
Ni dapat aura dr K.Ain hehe after attending Abir's birthday celebration yesterday. Bila nak gi Kinokuniya ni ek? Gi Yogja dulu kots hehe.

Sunday, November 16, 2008

Alkisah langsirku

Alkisahnya cerita sambungan menjahit langsir.....

Kali ni langsir pintu bilik. Selepas Aida ambil Choc Chip Cheesecakenya, saya rasa semangat pulak nak sambung projek menjahit langsir pintu bilik. Nak tau kenapa dah lama saya stop? Sebabnya saya punya renda tak cukupla..nak pergi semula kedai punyalah LIATT..sebab tu la tergendala. Then, aklau gi kedai pon tak semestinya dapat balik renda yang kita dah beli lama tu.

Disebabkan dapat semangat nak menjahit manik pulak bulan hadapan insyallah, saya rasa baikler di habiskan projek langsir. So tup tup siapla jugak walaupun ada sedikit renda tak cukup. Mak saya kata sambung je la sket guna renda yang dia ada..lagipun warna lebih kurang! Oh ya saya kini menjahit kat umah emak sebab mesin jahit saya dah rosak.

Langsir ringkas yang siap dijahit.

Pintu bilik kiri.

Pintu bilik kanan. Bila dah siap baru saya perasan patternnya berbeza! Dah lama potong beb..sampai tak teringat la. BTW, corak yang atas ni sama corak ngan pintu bilik tidur utama. Apapon syukur je la.

Lepas dah siap..tangan ni rasa tak sabar nak menjahit lagi dan lagi. Dalam kepala otak nak menjahit manik & labuci je sampai buku yang beli hari tu dah khatam dalam masa 2 hari je. Lagi satu teringin nak cari BUKU JAHITAN CADAR. eh ada jual ke ek?

Alhamdulillah aktiviti ukhwahfillah weekend ni:
1) Melawat Zaridah dapat baby Fikri
2) Kenduri doa selamat Siti Aishah nak gi haji. Beliaula yang beli telekung 4 pasang dr Nisastore.
3) Birthday Abir yang ke 6 ;)

what a beautiful weekend ya

++ Mawaddah sihat pulak Jumaat lepas time Mama dia yang jaga..without any medicine she recovers naturally

Friday, November 14, 2008

Poll results!

Salam,

Hari ini saya ingin berkongsi keputusan pool yang anda berikan! Melihat kepada kedua-dua pool yang saya letak di Blog ini dan juga FarraCheese, ini menunjukkan majoriti orang suka makan Blueberry Cheesecake! Bagi saya sendiri, Blueberry Cheesecake adalah kek yang paling kurang saya minati dalam list tersebut. Bukan kerana cheesenya..tetapi kerana blueberrynya yang telah di proses! Saya selalu berangan untuk menggunakan Blueberry Asli dari pokok selepas melihat Martha Stewart buat kek :p

Daripada laman web FarraCheese, 33% individu daripada 33 orang memberi maklumbalas mereka sukakan BlueBerry CC! Dan tempat kedua adalah Choc Chip CC. Seperti yang saya jangkakan.


Daripada laman blog ini, 36% individu daripada 11 orang memberi maklumbalas mereka sukakan BlueBerry CC! Dan tempat kedua adalah Marble CC. Ini pon seperti yang saya jangkakan.

Jadi, jika kelas baking Cheesecake akan bermula tidak lama lagi, kek apa pula yang menjadi pilihan anda?? Saya jangkakan Marble CC ..betul ke tak ek?

Nota kaki: Saya EL today (dah lama tak EL ni) sebabnya Mawaddah tak sihat..semalam dia muntah..hari ini dia demam..enjoy my day!

Thursday, November 13, 2008

Kelas Jahitan Manik: Update 1

Sukacita saya maklumkan bahawa sambutan yang hangat dari biasa telah diterima berhubung aktiviti riadah ini. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi wanita yang berkarier ( chewahh) masih berminat dengan aktiviti ini walapun sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.

Dengan rasminya, 10 pelajar batch pertama yang dipilih untuk kelas tersebut adalah seperti berikut:
  1. Farra
  2. Siti Saniah
  3. Maznah
  4. Nor Azlina
  5. Nurul Aini
  6. Rafidah
  7. Sabrina
  8. Hartini Dewi
  9. NorHashimah
  10. NorShelley

Nota buat para pelajar:
1) Saya akan email butiran beserta lokasi kuliah kelas jahitan

Selamat belajar!

Kepada wanita berkarier yang meminta saya mengadakan kelas baking, insyallah saya sedang aturkan. Jadi, tungguuu.

~Don't wait to buy unit trust, buy Unit Trust and WAIT!!

Wednesday, November 12, 2008

KELAS JAHITAN MANIK LADIESS!

Jeng jeng..inilah buku yang saya mengidam. Buat suami tersayang, jangan terkejut ;) . Buku baru saya baru sampai iaitu Beads Sequins Embroidery via PosLaju hari ini.

Insyallah , Kelas Jahitan Manik akan diadakan seperti berikut:


  • Tarikh: 13/14 Dis ( cadangan tarikh lain dialu-alukan)
  • Waktu: 10pagi-2ptg ( 4 jam)
  • Tempat: Bangsar ( akan confirm later)
  • Bahan-bahan : Disediakan dan akan diajar 15 jenis jahitan
  • Bayaran: RM70 ( jika jumlah pelajar mencapai 10 orang bayaran hanya RM60)
  • Tenaga pengajar: Pn Nor Zalmilah, anak murid Rosita Jaafar & telah mengajar hampir 2 tahun. Sila layari fp beliau: http://sweetbeads.fotopages.com/

Cadangan tarikh lain di alu-alukan! Setakat ini saya dah mengumpul 5 org peserta dari unit saya ;) Jika berminat, cepat SMS saya! Terhad kepada 10 orang sahaja.

Nevertheless, saya tengah marathon baca buku Adam Khoo: Nurturing The Winner & Genius In Your Child. Buku ni best. Banyak tips-tips menjadi ibubapa efektif.

Thursday, November 6, 2008

Ngidam bukuu

Finally dah abeh baca buku Travelog Haji semalam..tu pon habis baca sebab menunggu masa buat pasport.

BTW, minggu ni kepingin sangat nak cari buku baru..dah lama tak gi Kinokuniya..arghh..geramm...geram nak beli buku baru..ada buku yg kita sedang mengidam! ahaks
Tunggu yer ;)

Monday, November 3, 2008

Raya closing

1) Last Saturday we went to the final Open House of this year i guess..2 houses : Kak Fariza and Rashid's house. At Rashid's house we were served with Pakistan food. I also get to know new friends from Pakistanese community. We reached home @ 10.10pm!

2) Yesterday was a hectic day. We went to one kenduri kahwin. Then I started making Pau Kaca Merah ( all home made including the filling) and baking 3 Choc Moist Cake for Iman's Birthday. Sorry cannot share any pictures as the digicam is officially malfunction since Sat.

Since I'm going to Jogja another 3 weeks..I'm now considering to buy new DigiCam even though it's hard to use the money for this gadget since I was thinking to buy additional Unit Trust inspired from Warren Buffet :D. Huhu..he invested in 8B in GE and Goldman Sach.

Friends..check out my sharing "Be greedy when others are fearful, be fearful when others are greedy". I would say that this is a very good time for you to start with an investment Unit Trust account because the unit's price is cheap and Public Mutual is now offering only 5% service charge ( instead of 5.5%) for limited time only: 3 Nov - 3 Dec 08. Note tha service charge for investmnet thru EPF is still at 3% rate!

Btw..enjoy some pics before the cam kong last week:


Singgah beraya kat rumah Zila.


Jgn tertipu, ini bukan Zoo. Semasa kami beraya di rumah makcik Saadiah, keluarga mereka membela 3 ekor burung unta di depan rumah! Mus'ab excited, Mawaddah takut!!

Kenduri kahwin di Masjid Wilayah



Di Masjid Wilayah lagi..

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...