Friday, August 1, 2008

Nak jual ke tak jual?

190e ini yang telah bermain-main difikiran suami yang menyebabkan saya sendiri pon terkena tempiasnya. Abang bercadang untuk menjualnya manakala saya pula tiadalah perasaan untuk menyimpan atau menjualnya. Setahun lalu kami pernah juga advertise konon nak jual, but last2 tak jadi gak. Sayang. La ni seorang bakal pembeli dah sangat berminat, bahkan dari jauh pon sanggup datang untuk melihat BabyBenz ini. Langsung dia tak minta tawar turun harga. Tengok sekali terus jatuh cinta la orang kata.

Bagi saya bukan senang untuk buat pilihan. Ini antara kelebihan dan kekurangan jika tidak menjualnya:

Kelebihan
  1. Kami beli murah aja, xxK aje. Kalau jual, gamaknya memang lama lagi ler nak rasa memiliki Merz
  2. Sesuai untuk jalan jauh macam balik kg Kedah sebab Abang tak berapa favor my Proton tahun 92'
  3. Selamat dan agak kuat berbanding my Proton--> cerita accident tahun lepas
Keburukan
  1. Hutang ada lagi 10K. Kalau 10K kita simpan dalam unit trust, boleh berganda jadi RM17K dalam masa 5 tahun
  2. Kereta ini sangat jarang digunakan except jalan jauh. Abang ke pejabat naik motor, saya naik Proton/public transport
  3. Kos minyak tinggi like Waja berbanding Proton dan Honda City
Nak jual ke tak jual?? Apa pendapat anda??

p/s-insyallah hari ini kami pulang ke kg Kedah sehingga Ahad. Kali ni naik Proton sebab roadtax 190e tu belum dihidupkan lagi. Cadangnya nak hidup roadtax lepas bayar habis hutang dan buat 3rd party insurance saja, so roadtax + insurance less than RM1k, dicampur pula dapat rebet. ehh ok kan idea tu? Doakan kami selamat pergi dan balik :) Wassalam

8 comments:

Mommy said...

Salam. Farra. Ini cakap orang yang tak gheti nak berjimat or minyimpan laa.... Kak Cho rasa tak yah jual.... sebab keta merc kami pun dah lama... 230E '89. Sorry la nak jual..... kecuali gantinya ialah Merc or equivalent.. of higher quality cam Vito ke, Grandis, Aeras, Alphard, Elgrand.... The comfort driving an old mercedes will never come close to any new honda or toyota... saloon la... minyak... no sweat la... hidup pun tak lama... kami pilih untuk selesa dan selamat lebih dari yang lain... pakai merc hari-hari... nama dia Benjy... sayang betul kat dia... pakai dari time study kat UK lagi... so... if you ask me... jgn jual... tak yah tambah hutang baru....!! BTW minyak Benjy ni lebih kurang perodua kembara.. baik lagi lenjan Merc... puas hati!!! If you drive smart.. tak selalu tekan minyak mendesak, laju melulu.... lebih ekonomi lagi! However, the decision is totally yours.... buat solat istikharah la....

Farra Da Smiley said...

salam kak chor, streamyx dah pasang ker?? thanks for ur opinion..aduhai my babybenz

eLLe said...

farra, moga selamat pergi n kembali..

Ain said...

Setuju sgt dgn kak cho tu:) JGN JUAL.toksah kira2 lagi.just kira2 bab yg best ada merc aje ok! akak beli apa2 brg sekecik mane pun...sayang.semua ada sentimental value ooo. abg Di yg suka sgt tukar2 kete.dia kata, ada rezeki lepas ni dia nak jual accent lak nak beli innova or odyssey.suka hati.:)

Mommy said...

Salam Farra... dah dapat dah streamyx.... Thank you....tapi kat rumah tak sempat nak godek. Berebut-rebut lagi!! Barang baru kan....

How's your balik kampung trip?

Farra Da Smiley said...

k. ain~ kalau dh beli mpv boleh la kami tumpang balik kg :D..minayk boleh tong tong

k. chor ~ citer balik kg akan menyusul selepas ini, anyway k.ain dah tahu sket2 ehehe :D, eh pasal la external router & beli lg satu laptop..so 2 laptopn boleh connect secara wireless..camtula kat umah kami

Sudirman said...

Sebenarnya isu nak jual merc ni timbul sebab jumlahnya 10K. Options yang ada:

a)Kalo maintain the merc, insya Allah by next year at this time, the car will be free from any debt.

b)Kalo jual the merc, insya Allah by next year at this time, I will have 10K + any appreciation due to pelaburan. Fikirnya nak bantu parents pegi haji dan kalo ada rezeki kami boleh join sekali.

Sebenarnya takde lah fikir nak beli any new car sebab sekarang ni pon lebih selesa bermotorsikal ke tempat kerja -- traffic jam-proof. Kalo naik kereta stress gila. Ingatnya kalo ada satu kereta, just repair and perfect the current proton saga je.

Merc tu selalu parking under porch je. Guna jarang2, kalo nak balik kg (5 kali setahun) atau kalo nak pegi kenduri je. So terasa kerugian yg amat sgt. Lainlah kalo it become everyday car.

And kereta lama biasalah, ade je bende yang wear and tear.

Konfius...

Farra Da Smiley said...

hihi konfius lg ke bang?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...