Thursday, May 17, 2007

Ceritera minggu ni

Minggu ni saya terima 5 tempahan kek tapi terpaksa tolak 2 sebab badan tak larat nak buat. Sampai umah lewat, kerja di pejabat berlonggok-longgok.

Terima kasih pada Ina from Cygal untuk Blueberry Supreme Cheesecake small size for her Sister's birthday. I deco it with 3 love shape blueberry jelly made from Halal Gelatine (halalgel). Delivered on Tuesday.

To be delivered today is first Marble Cheesecake big size for Mama Haziq, Zulhanifah. Nak bawa balik Kelantan, so I packed the cake in a tupperware as requested.

Next is Carrot Moist Cake for my officemate, Zatil for her mom. Belated Mother's day actually. Last week dia tak sempat balik kg, so this week baru nak celebrate.

Apa beza Blueberry Supreme Cheesecake dengan Cheesecake blueberry sebelum ini? Bezanya hanya sebelum ini saya cater untuk pelanggan yang inginkan rasa cheesenya kurang. So, amount cheese masih sama dengan Supreme cuma bezanya, kuantiti tepung lebih kurang 30% dalam penghasilan kek. Sementara Supreme hanya ada dalam 3% tepung aje. So, memang sesuai sangat untuk penggemar cheese!

Ingat lagi kek Blueberry yg sy maksudkan tu tak? Senang saya namakan Blueberry Delight Cheesecake. Kek Blueberry Delight terakhir saya buat untuk my friend aka my loyal customer, Aishah (click here) khas untuk belanja jururawat & doctor yang bertugas di wad yang merawat ayahnya. Salam takziah untuknya & keluarga diatas pemergian Ayahanda tersayang, arwah pakcik Abu hassan yg pergi buat selama-lamanya pada Isnin lepas, 14 Mei 07 jam 9.06pm di wad ICU, HUKM. Saya amat terkilan sangat tak sempat menziarah beliau semasa dirawat di HUKM. Itulah, nak buat benda baik selalu sangat ada halangan. Setelah berkongsi rasa sedih & terkilan saya dengan boss, boss saya yg baik ni pon nasihat, “farra, benda macam ni memang selalu sangat terjadi, so kalau tergerak hati nak buat sesuatu yang baik, terutama menziarah orang sakit, kita mesti dahulukan, cuba cari masa untuk pergi” . Aduhai, suka saya berkongsi coretan hati dengan dia ;)

Apapon, alhamdulillah Selasa pagi sempat jugak ke rumah emaknya untuk menziarah. Hampir kesemua rakan pejabat menziarah juga (secara berperingkat). Arwah mukanya sungguh bersih seperti orang sedang tidur. Teringat saya pada arwah Abang kandung yang telah hampir 5 tahun pergi, arwah Fairul Azmi @ Ayoi.

Saya lihat Aishah memang tabah. Saya rasa dia puas dapat menjaga ayahnya di Hospital hampir sebulan walau badan letih & beban kerja di pejabat banyak. Contoh yg baik untuk saya teladani sementara saya masih ada peluang untuk berbakti pada Ayah. Bukan begitu? Al-fatihah buat arwah pakcik abu hassan.

3 comments:

`Ain said...

fara,

kalau awak serius dlm bakery ni, Akak suggest awak beli peti ais yang besar mcm kat kedai kek.dlm rm2k+ aje.so, tak payah nak buat kek bila ada order weekdays.so, masa weekend,awak buat 10 biji kek siap2(variety la).ala2 kedai kek la jugak!kawan akak buat gitu.akak suka2 aje.sebab tu, tak layan order.komitmen ek!

Farra Da Smiley said...

kak, setakat ni belum series sgt, alemak, kalau 2k++ costnya, sy aim to buy heavy duty mixer dulu la..la ni pon pinjam emak punya ehehe
kita buat kek setakat yg mampu aje..kalau tak daya memang terpaksa tolak dengan hormatnya ;)

`Ain said...

hmm..heavy duty mixer pon harganya dlm 2k kan?akak guna mixer kenwood mak akak.mixer akakk, boleh 1 adunan aje:( well, apa2 pun, all the best to you!!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...