Saturday, May 12, 2007

Pokok & buku

Laman rumah kami bukan besar sangat. Jadi, tak berapa banyak pokok yg boleh ditanam. Nasib baik depan rumah masih ada tanah tepi longkang buat kami bercucuk tanam sikit (note: depan tade rumah, yg ada jalan besar).


Pokok limau purut. Tanam atas tanah tepi longkang dekat dgn tong sampah. Pokoknya dah berbuah. Buahnya belum pernah makan lg. Daunnya yg byk dah guna buat tom yam or nasi goreng thai


Pokok cili. Sept 06 kami ada 5 pokok cili. 2 kat tepi jalan besar, 3 dalam pasu. Kalau perasan, pokok tepi jalan lebih sihat (gambar kanan) berbanding dlm pasu (gambar kiri). Mungkin sebab akarnya lebih luas boleh meneroka. Jan 07, satu pokok tepi jalan besar mati kerana serangan serangga. Then, Abah ganti 1 pokok cili baru. Sayang sekali baru hidup 2 minggu , ia dah dicuri orang. Sampai akarnya langsung tak seurat pon tinggal. Sungguh cekap pencurinya:p biasala tanam kat bukan tanah kita sukatila orang curi. Bila musim cili berbuah ( macam sekarang) hampir 2 bulan tak payah beli cili. Jimat2.

Pokok daun kucai. Import dari Kulim Kedah, pemberian mak mertua. Daun kucai dah 2 bulan tak beli. Jimat lg. Guna untuk cucur udang/ikan bilis & keow teoh grg kegemaranku. Thanks emak!

Pokok lain yg masih kecil ialah Lengkuas, juga dr Kg Kulim. Lagi satu daun kesum, hidup 2 minggu jek lepas tu mati. Tak suka dok KL kot.

Pokok2 lain yg mmg dah ada kat belakang rumah emak, & kami kongsi : Kunyit & daun kunyit, serai, daun kari. Pokok bunga yg kami ada hanya 3 jenis aje. Huhu. Insyallah nak beli lg lepas ubahsuai umah.
Yang ni plak buku baru saya untuk bulan April, First Steps in Cake Decorating. Harga RM69.15 beli dr Kinokuniya, my fav bookstore. Setakat ni dah lebih sekali khatam.

Ucapan 1: Selamat Pengantin Baru untuk Kak Ema Shahrizat (wedding last week), maaf sangat tak dapat hadir anakku tak sihat, demam. Selamat Pengantin Baru buat Gee@Roslina Marmono, lawo Gee semalam! Alhamdullilah sempat hadir juga walau tak lama dek Nur dah bukak radio masa kenduri. My Nur lepas baik demam tempohari naik bintik2 merah, ingatkan demam campak tapi dah surut macam ekzema plak.

Ucapan 2: Selamat Hari Ibu buat ibu tersayang, Latifah Abdullah & Mak mertua, Mashitah. Dan juga semua kawan-kawan yg telah bergelar ibu! Moga kita semua dapat menjalankan amanah Allah ini dengan jayanya

6 comments:

ummi said...

wah... pokok-pokok.. i like! akak dengar kalau daun kesum mmg susah nak hidup. kena air banyak. takleh kering.

LiTtLe^m3 said...

kak, daun kesum bukan tak suke dok KL tapi dia nak byk air. kan ke daun kesum tu tumbuh kat kwsn berair. kalau tanam dlm pasu tu letakla kat2 ngan paip air. siram jek sampai banjir. insyaallah dia hidup. kene rajin siram.

Farra Da Smiley said...

Ooo
thanks a lot atas nasihat u all berdua
mmg kadang2 tak tersiram pokok2 tu
balik keje pon dah lewat kan

y@tipruzz said...

ohh pokok!! i like, but i guess my hands do not hv magic touch on this, hence our garden is merely a garden without plants, flowers, etc etc....sedey :(

`Ain said...

fara...

kalau balik kulim nanti, bawa buku decorating tu eh..Akak bawa buku akak.Boleh kita marathon reading sama2.

Farra Da Smiley said...

ok kak set!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...